Sana sini orang duk cuba buat Soft Cookies. Anda dah cuba ke belum? Jika belum jom ‘try’ resipi perkongsin Kak MJ ni. Sedap, mudah dan sangat ringkas. Kak MJ juga kongsikan tip supaya biskut tu kekal bentuk bila dibakar dan Nampak cantik. Tak ada la nipis dan nampak benyek sangat kan. Jom cuba! Anda pasti sukakan rasanya.
CARA MEMBUAT SOFT COOKIES YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1 buku mentega (empunya resipi guna mentega unsalted 227gm) – beli online disini
1 cawan gula perang/ brown sugar – beli online disini
1/2 cawan gula kastor (boleh dikurangkan jika suka) – beli online disini
1 biji telur saiz jumbo (kalau telur kecil, boleh guna 2 biji)
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum – beli online disini
2 sudu besar tepung jagung – beli online disini
1 sudu teh baking soda – beli online disini
1/2 cawan chocolate chip – beli online disini
Toppings jika suka (coklat berwarna, biskut atau marshmallow)
CARA MEMASAK:
1.Cairkan mentega hingga keluar selaput putih. Kemudian matikan api.
2. Dalam bekas berasingan, satukan gula perang dan gula kastor. Kemudian tuang mentega tadi semasa masih panas. Sebatikan.
3. Tambahkan telur dan esen vanila. Kacau.
4. Masukkan tepung gandum, tepung jagung dan baking soda. Uli sebati.
5. Masukkan juga coklat chip dan juga topping jika ada. Uli sebati.
6. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian, bulatkan dan susun dalam loyang atau tray yang dialas dengan baking paper. Jika suka, boleh letak topping kegemaran.
7. Bekukan doh minimum satu jam (di bahagian chiller) sebelum dibakar. Jika nak biskut kekal bentuknya, bekukan semalaman.
8. Keluarkan doh dari loyang, susun dalam dulang pembakar yang telah dialas baking paper dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.
Kurma atau tamar adalah sejenis buah di tanah Arab. Selain dimakan begitu sahaja, kurma juga sedap jika dijadikan sebagai bahan pelengkap dalam resipi biskut.
Melalui facebook, Samsiah Hj Mat Ali berkongsi resipi membuat biskut mentega kurma yang kelihatan amat sedap. Jom kita cuba resipinya yang boleh dikatakan mudah juga untuk diikuti.
Jom kita lihat resipinya.
BISKUT MENTEGA KURMA
BAHAN-BAHAN
100 gram kurma
125 gram mentega
40 gram gula perang
1/2 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan tepung gandum
Bahan-bahan ini boleh dapat 34 biji biskut.
CARA MEMBUAT
1. Potong kurma mecil-kecil. Buang bijinya. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk, masukkan mentega, gula perang dan esen vanila. Gaul sebati.
3. Kemudian masukkan susu tepung, tepung jagung, tepung beras, serbuk penaik, soda bikarbonat dan tepung gandum. Gaul sebati sehingga menjadi doh.
4. Masukkan kurma tadi. Gaul lagi.
5. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
6. Kemudian, ambil sejemput menggunakan sudu. Letakkan di atas dulang pembakar. Buat sehingga habis adunan.
7. Bakar pada suhu 140 darjah selsius selama 20 minit menggunakan api atas dan bawah.
8. Siap!
Inginkan kudapan untuk dikunyah, manisan dari Timur Tengah . Dah nak puasa ni sedap juga makan moreh dengan manisan Arab ni. Manis dan berempah secukup rasa, bahan rempahnya dari saffron, pes kurma, kekacang, yogut dan susu dalam manisan dan ‘dessert’ mereka.
Tak payah tunggu ke Timur Tengah, kat Malaysia kita pun ada kedainya. Jom pakat singgah Damas Sweets di Taman Serdang Perdana, Selangor atau cawangannya di Verandah Plaza Shah Alam, macam-macam manisan ada. Boleh juga kalau nak cuba buat sendiri, resipi dari Ezat dan Abdul Rahman Mohd Al Tahan usahawan dari Syria ini boleh dijadikan rujukan.
Jom semak 5 resepi manisan yang popular di Timur Tengah ini.
1.BASBOSA
BAHAN-BAHAN :
500 gm semolina @ suji (tepung berbiji /kasar dibuat dari gandum durum )
250 ml air
250 gm gula
50 gm mentega @ minyak sapi /dicairkan
8 gm serbuk penaik
10 gm serbuk kulit kayu manis
1 sudu makan tahina (pes@ sos bijan)
350 gm sirap (campuran gula dan madu,)
300 gm kacang pistachio
CARA MEMASAK : 1. Campurkan semolina dengan serbuk kulit kayu manis, serbuk penaik dan gula hingga sebati. 2. Masukkan mentega yang dicairkan dan kemudian masukkan air secara sedikit sedikit sedikit. Gaulkan dan campurkan sekali sahaja. 3. Sapukan sos bijan di atas dulang pembakar. 4. Tuangkan campuran tadi perlahan-lahan di dalam dulang pembakar (ketebalan hanya 2 sm sahaja. 5. Biarkan campuran berehat selama 8-12 minit dalam suhu bilik, sebelum ia dibakar ( boleh juga dibuat pada sebelah malam untuk dibakar esoknya) 6. Letakkan kacang pistachio di atasnya dan tekan perlahan agar ia melekat pada permukaan. 7. Masukkan dulang ke dalam oven yang sudah dipanaskan, dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 darjah celcius. 8.Keluarkan dulang dan potong bentuk empat segi (5-6 sm) 9. Sambung bakar dalam suhu yang sama. Lagi 20 minit atau sehingga perang keemasan. 10. Keluarkan dulang dan tuangkan sirap panas di atas barbosa tadi. 11. Basbosa siap dihidang.
Saiz hidangan : 35 keping Masa memasak: 1 jam 40 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Tepung semolina memberikan rasa lembut berbiji. Rasa yang manis dan berkacang dengan aroma kayu manis
INFO CHEF : Untuk mendapatkan rasa yang lebih ‘kaya’ berkrim anda boleh menambahkan dua sudu makan susu tepung.
2.MOHALABIA MILK PUDDING
BAHAN-BAHAN :
1000 ml susu segar
80 gm tepung jagung
60 ml air
2 ml blossom water (esen dari bunga)
5 ml air mawar
100 gm gula
1/2 sudu teh esen vanilla
1 gm mastic @mistekah /jadikan serbuk (sejenis gam arab memberi perisa)
100 ml krim putar
100 gm kacang pistachio
5 gm serbuk kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Campurkan susu dan vanila ke dalam periuk, nyalakan api. 2. Selepas 10 minit apabila susu sudah menjadi panas, masukkan gam arab dan gula sambil mengacau hingga gula larut dalam susu. 3. Campurkan air dan tepung jagung sehingga pekat melekit. 4. Apabila susu mula mendidih, masukkan campuran tepung jagung sambil mengacau selama lima minit. 5. Perlahankan api selama lima minit. 6. Masukkan krim putar dan air mawar,sambil kacau perlahan-lahan. 7. Setelah itu alihkan periuk dari api, dan tuangkan mohalabia panas ke dalam bekas sesuai. 8. Biarkan sejuk selama 20 minit dan hiaskan dengan pistachio dan kulit kayu manis di atas 9. Simpan dalam peti sejuk dulu, setelah sejuk baru dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk (150 gm tiap satu) Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Didih dan reneh, dan dinginkan dalam peti sejuk Keistimewaan : Puding dingin lemak berkrim dan rasa susu yang enak
INFO CHEF : Anda boleh menambahkan biskut mentega sebagai lapisan bawah atau memasukkan serbuk koko di dalam susu jika anda mahukan rasa bercoklat.
3. BAKLAVA WITH WALNUTS
BAHAN-BAHAN:
700 gm doh filo@phyllo (14 lapisan nipis)
200 gm mentega
Bahan inti :
300 gm walnut / ditumbuk kasar
8 gm serbuk kayu manis
300 gm sirap
1/4 sudu teh air mawar
1/4 sudu teh air blossom (esen dari bunga)
CARA MEMASAK : 1. Ambil mangkuk dan masukkan walnut, kayu manis, air blossom dan air mawar. Gunakan sudip dan kaup balik biar ia bercampur sempurna. 2. Ambil bekas lain, cairkan mentega. 3. Sediakan dulang pembakar bersaiz 13 atau 9 inci. (33 sm atau 23 sm). 4 .Ambil doh filo dan sapukan dengan sedikit mentega. Letakkan di dalam dulang pembakar. 5. Ulangi langkah (sebanyak 7 lapis ) iaitu separuh dari doh filo. 6. Letakkan inti secara rata menyeluruh menutupi doh filo. 7. Ulangi langkah, dan habiskan baki lapisan doh filo di atas inti. 8 .Gunakan pisau tajam untuk memotong tepi doh, dan potong ikut bentuk yang disukai. 9. Sapukan mentega di atasnya. 10 .Panaskan oven dengan suhu 180 darjah celcius. 11. Bakar baklava selama 35 hingga 45 minit sehingga perang keemasan. 12. Keluarkan baklava dari oven dan tuang kan sirap dengan segera. Biarkan ia sejuk, baharulah boleh dipotong untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 20 keping Masa memasak : 1 jam 35 min Jenis masakan : Manisan Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Doh nipis menyebabkan ia rangup dan garing
INFO CHEF : Doh Phyllo atau filo yang sudah siap ada dijual di kedai Damas Sweets atau di pasaraya atau kedai runcit Arab. Rasanya tidak terlalu manis kerana campuran kacang menjadikan ia snek rangup yang digemari
4.KRIM KARAMEL DENGAN SAFFRON
BAHAN-BAHAN:
1000ml susu segar
4 biji telur
300 gm gula (dibahagi 100 gm dan 200 gm)
2.5 gm esen vanilla
2-3 helai saffron
Bahan hiasan : Sedikit saffron Kulit kayu manis
CARA MEMASAK : 1. Ketukkan safron dan tambahkan 1/4 cawan air panas untuk mendapatkan warna dan rasa saffron. 2. Didihkan susu elama 10 minit dan biarkan reda ke suhu 45 darjah celcius. 3. Pukul telur dan tambahkan 100 gm gula, sambil mengacau. 4. Masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga habis. Masukkan esen vanilla. 5. Tapiskan campuran dengan penapis Cara masak gula karamel : 6. Masukkan 200 gm gula ke dalam periuk (tak melekat), di atas api yang sederhana. Biarkan ia bertukar menjadi perang. 7. Masukkan karamel di dalam mangkuk, bahagikan sama rata. 8. Tuangkan campuran krim di atas gula karamel tadi 9. Letakkan mangkuk di dalam dulang yang berisi air (paras separuh dari mangkuk) 10. Masukkan dalam oven yang sudah dipanaskan dengan suhu 165 darjah celcius. 11. Periksa permukaan krim karamel selepas 40 minit (ia seharusnya memekat dan membentuk lapisan atau tekstur seperti jelly di atasnya. 12. Tambahkan air panas di dalam dulang, sehingga separuh dari paras mangkuk. 13. Bakar lagi 20- 30 minit untuk mendapatkan warna emas. Bila sejuk masukkan dalam peti sejuk selama 2 jam. Terbalikkan krim karamel sebelum dihidang.
Saiz hidangan : 7 mangkuk, 150 gm tiap satu Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Puding Cara memasak : Bakar secara ‘baine marie’, dulang pembakar di dalam bekas berair. Keistimewaan : Puding manis berkrim dan berempah
INFO CHEF : Penggunaan rempah arab popular , saffron memberikan rasa unik dan lazat dan membezakannya dari krim karamel yang biasa.
5.DATE BALLS
BAHAN-BAHAN :
50 gm pes kurma
100 gm mentega atau minyak sapi
200 gm kacang / ditumbuk kasar
8 gm serbuk kayu manis (jika suka)
20 gm serbuk buah pelaga
CARA MEMASAK : 1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api dan masukkan pes kurma. 2. Masakkan campuran selama 10 minit dan sentiasa kacau menggunakan sudip. 3.Padam api dan biarkan ia menjadi kurang panas/suam 4 .Masukkan buah pelaga dan serbuk kayu manis dan gaulkan sebati. 5. Potong doh dalam kepingan kecil (20 gm setiap satu) dan bulatkan ia. 6. Letakkan kekacang atau kuaci yang dipanggang di atas dulang. Ikut salutan yang anda suka. 7. Masukkan dalam cawan kertas, dan ia siap untuk dimakan.
Saiz hidangan : 40 keping (20 gm setiap satu) Masa memasak : 1 jam Jenis masakan : Snek dan pencuci mulut Cara memasak : Bakar secara ‘baine marie’, dulang pembakar di dalam bekas berair. Keistimewaan : Bebola kurma ini lembut di dalam dan rangup di luar kerana salutan kekacang panggang Anggaran kos : RM 40
INFO CHEF :Anda boleh memilih untuk menyalut bebola kurma ini dengan kacang atau bijirin panggang yang disukai.Samada badam, pistachio, kuaci yang ditumbuk halus atau kasar.
6.BUTTER COOKIES WITH ANISE SEED
BAHAN-BAHAN :
500 gm tepung gandum
325 gm mentega tanpa garam
100 gm mentega putih ( dari sumber sayur)
150 gm gula aising
1/4 sudu teh vanilla
25 ml air
30 gm jintan manis
CARA MEMASAK : 1. Adunkan tepung dengan dua jenis mentega dan gula aising (suhu bilik). Masukkan juga esen vanilla. 2. Apabila teksturnya menjadi lembut, masukkan air dan adun dengan lembut sehingga ia menyerap kesemua air. 3. Tebarkan doh di atas meja, gunakan pencanai (letakkan sedikit tepung agar tidak melekat) dan canaikan doh menjadi 5mm tebal. 4. Gunakan acuan dan terap doh ikut bentuk yang disukai. Susun di dalam dulang pembakar dan taburkan jintan manis di atasnya dan tekan perlahan. 5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 145 darjah celcius selama 30 minit sehingga keperangan.
Saiz hidangan : 150 keping Masa memasak : 1 jam 30 min Jenis masakan : Biskut Cara memasak : Bakar Keistimewaan : Kaya dengan rasa mentega dan jintan manis menambah kelazatan
INFO CHEF : Anda boleh menambah halia, serbuk koko atau pewarna untuk mendapatkan rasa dan rupa yang bervariasi.
Terima kasih : DAMAS SWEETS SDN BHD, B-G-7 & 8 TAMAN SERDANG PERDANA, SERI KEMBANGAN, SELANGOR, & VERANDAH PLAZA SHAH ALAM
Tak perlu tunggu raya. Bebila pun boleh buat biskut ni. Nak buat pun senang. Tapi harganya memang mahal sikit sebab bahan-bahannya agak mahal. Pun begitu, bagus dimakan kerana ada almond. Almond kan antara kekacang yang mempunyai banyak khasiat.
BISKUT FLORENTINE
BAHAN – BAHAN
500 gram tepung florentine
500 gram almond slice | bakar selama 5 minit
200 gram biji labu hijau | bakar selama 5 minit
100 gram kuaci putih | bakar selama 5 minit
40 gram bijan hitam / putih | bakar selama 5 minit
**Suhu bakar kekacang dlm 150c -160c
CARA MEMBUAT
1. Campur semua bahan dan gaul rata.
2. Masuk dalam bekas cup cake lebih mudah nk keluarkan.
3. Bakar pada suhu 150c. Guna api atas bawah selama 15 minit.
4. Dah siap bakar tunggu agak sejuk baru keluarkan.
5. Bila dah agak sejuk kita akan dengar bunyi kriuk-kriuk dan masa itu dah boleh keluarkan. Jangan keluarkan semasa panas kerana biskut akan pecah.