![Untitled design - 2020-05-13T081733.954](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/05/Untitled-design-2020-05-13T081733.954.jpg)
Kalau korang suka makan kuih tradisional, mesti korang akan suka jugak makan sekaya telur. Kuih simple tapi sedap ni boleh dijadikan juadah berbuka puasa yang amat menyelerakan. Nak buat pun bukannya susah. Ini resipi daripada Imah Rahman yang dikongsikan dalam telegram KakiMakan. Korang boleh cuba buat. Simple je. Selalunya kuih simple-simple ni yang lebih syok dimakan.
SEKAYA TELUR
Bahan-bahan
1 1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan gula
1 ketul gula melaka (potong kecil)
10 biji telur ayam (gred B atau C)
Secubit garam
Sedikit esen vanilla
Cara membuat
1. Campurkan santan, gula dan gula melaka. Kacau sehingga larut.
2. Masukkan telur ayam dan kacau sampai sebati. Jangan dipukul. Kacau perlahan-lahan sampai sebati.
3. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau lagi.
4. Tapis dan masukkan ke dalam loyang.
5. Kukus lebih kurang 30 minit atau sehingga masak. Nak tahu dah masak atau belum, cucuk lidi. Kalau tak melekat, itu tandanya dah masak.
6. Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap dimakan ketika sejuk.
Resipi oleh Imah Rahman dari Telegram KakiMakan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Mudah Apam Mekar Mini Aiskrim Soda Yang Sedap & Gebu
![Resipi Mudah Apam Mekar Mini Aiskrim Soda Yang Sedap & Gebu](https://cdn.rasa.my/2021/09/395733.jpeg)
Apam Mekar, antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai. Sesuai dinikmati pada bila-bila masa, tak kira pagi atau petang.
Malah resipi nak buatnya pun mudah dan cepat disediakan. Tidak perlu menunggu lama untuk ngap terus masuk dalam mulut.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi daripada Ci Yuk Muaayat.
RESIPI CARA BUAT APAM MEKAR MINI AISKRIM SODA
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 cawan gula – beli online di sini
Sedikit ovalet – beli online di sini
1 sudu teh esen vanilla – beli online di sini
1 cawan air ice cream soda
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
Pewarna makan yang dibenarkan – beli online di sini
Acuan lompang saiz kecil
Paper cup saiz kecil
TONTON Minit Ekspress Special Bersama MAGGI®: Kari Ayam
TONTON Dapur Rasa Live: Daging Kerutuk
CARA-CARA:
1. Masukkan telur, gula, ovalet dan air ice cream soda di dalam satu bekas. Putar sampai putih gebu.
2. Kemudian, masukkan tepung gandum. Kacau lagi sehingga semuanya sekata. Bahagikan kepada beberapa bekas lain mengikut warna yang ingin digunakan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Titiskan pewarna makanan. Kacau sehingga semuanya sekata.
4. Susun paper cup di dalam acuan loyang. Tuang adunan secara berselang-seli dengan adunan asal dan adunan yang berwarna ke dalam paper cup.
[KLIK DI SINI SERTAI RASA MERDEKA: AISKRIM MALAYSIA TETAP DI HATI]
5. Kukus selama 10 minit dengan menggunakan api besar.
*Resipi ini akan menghasilkan 75 ketul apam mini
Kredit resipi: Ci Yuk Muaayat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Simple Untuk Yang Baru Nak Belajar Buat Karipap
![Resipi Simple Untuk Yang Baru Nak Belajar Buat Karipap](https://www.rasa.my/wp-content/uploads/2020/05/Untitled-design-2020-05-14T124827.637.jpg)
Sedap juga buat karipap untuk berbuka puasa kan? Boleh bekukan. Esok-esok nak makan lagi, tinggal goreng je. Tapi tak pernah buat. Macam mana ya?
Resipi ni sangat sesuai untuk orang yang baru nak cuba belajar buat karipap. Terutamanya orang bujang. Terima kasih pada Dapur Bujang yang sudi berkongsi dengan pembaca RASA. Walaupun rupa karipap tu kurang menarik tapi rasanya sudah cukup sedap untuk dinikmati sendiri atau berkongsi dengan kengkawan. Bolehlah cuba.
KARIPAP AYAM
BAHAN INTI
Minyak masak untuk menumis
2 inci halia (ditumbuk)
2 biji cili merah (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 helai daun kari
1/2 bawang besar (dipotong dadu)
2 isi dada ayam sederhana besar (dipotong dadu)
2 sudu besar rempah kari
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 biji kentang (potong dadu)
Daun bawang
BAHAN DOH
1 1/2 cawan kecil tepung gandum
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air garam
CARA MEMBUAT INTI
1. Panaskan minyak masak dan tumis semua bahan yang ditumbuk, bersama daun kari dan bawang besar.
2. Masukkan dada ayam serta rempah kari. Gaulkan.
3. Masukkan setengah cawan air dan garam secukup rasa.
4. Masukkan kentang dan tutup periuk. Biarkan kentang masak dan kuah menjadi pekat.
5. Setelah kentang empuk, dan kuah pekat, masukkan daun bawang. Alihkan ke dalam bekas, biar inti sejuk.
CARA BUAT DOH KARIPAP
1. Masukkan tepung ke dalam mangkuk. Buat bulatan kosong di tengah.
2. Panaskan minyak, setelah minyak masak panas, curahkan minyak ke tengah bulatan dan gaulkan bersama tepung sehingga menjadi seperti serbuk roti.
3. Masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli tepung. Pastikan tepung yang diuli tidak telalu lembik dan tidak terlalu keras.
4. Setelah diuli, masukkan ke dalam plastik selama 10 minit supaya doh menjadi lembut.
5. Keluarkan doh. Ambil sedikit doh dan buatkan bulatan. Leperkan doh dan masukkan inti. Kelim doh karipap dan gorengkan di dalam minyak panas. Setelah warna doh bertukar kuning keemasan, boleh angkat dan siap untuk dihidang!
Selamat mencuba!
Kredit Resipi Dapur Bujang
Peminat Kuih Tepung Bungkus Gedik, Boleh Cuba Tanpa Daun Pisang
![Peminat Kuih Tepung Bungkus Gedik, Boleh Cuba Tanpa Daun Pisang](https://cdn.rasa.my/2023/04/i-87.jpg)
Kuih tepung bungkus, kuih tradisional yang sentiasa menjadi kegemaran ramai, tak luput dek zaman. Dibungkus dengan daun pisang, rasanya yang lemak-lemak masin dan inti kelapanya yang manis membuatkan gabungan ini berjaya menaikkan selera kepada sesiapa yang memakannya.
Kali ini ini, kita ikuti resipi kuih tepung bungkus hasil perkongsian Puan Eha. Mudah saja membuatnya.
Awalnya, kuih ini diminta oleh ibu mertuanya yang teringin untuk menikmati kuih tepung bungkus ini, Maka, gigihlah mencari daun pisang, tapi rupa-rupanya daun pisang tersebut hanya mencukupi untuk membungkus 6 biji kuih sahaja dek kerana keadaan daun tersebut ada yang kurang elok.
Maka, tercetuslah idea untuk mengukus kuih tersebut di dalam bekas kecil-kecil. Sama sahaja rasanya. Cuma, tiada aroma daun pisang. Jadi, kepada yang sukar mendapatkan daun pisang di tempat anda, mungkin boleh juga mencuba cara ini.
BAHAN-BAHAN:
1 biji kelapa parut putih
Daun pandan
2 cawan air
2 sudu gula putih
2 sudu gula merah – Boleh beli online di sini
Sedikit garam
1 sudu tepung gandum – Boleh beli online di sini
Gula nise/gula Melaka – Boleh beli online di sini
Daun pisang
CARA MEMASAK:
INTI KELAPA
Masak gula dengan air sehingga larut.
Kemudian, masukkan daun pandan dan kelapa parut. Gaul sebati.
Apabila air agak kering, masukkan pula tepung gandum. Bolehlah sejukkan inti.
BADAN PUTIH GEDIK
2 cawan santan
2 cawan air
1 ½ cawan tepung beras – Boleh beli online di sini
Garam – Boleh beli online di sini
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam periuk. Kacau sebati, baru buka api.
Kacau sehingga pekat dan dah siap.
Kemudian, bolehlah letakkan inti dan bungkus seperti biasa.
Kukus selama 10 hingga 15 minit dan dah siap.
Beginilah hasilnya.
Sedap. Gedik-gedik je bahagian putih tu.
NOTA: Jika kehabisan daun pisang, bolehlah mencuba untuk meletakkan di dalam bekas kecil-kecil. Sama sahaja rasanya.
Kredit: Puan Eha
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Ayam Goreng Bawang Putih, Goreng Sampai Garing, Wangi Aromanya
Jom Buat Sendiri Air Lai Chi Kang, Redakan Panas Penyejuk Tekak
Nak Keria Rasa Crunchy Di Luar Lembut Di Dalam, Tambah Satu Bahan Ni
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official