Kek coklat super moist ini memang sedap. Kek ini adalah di antara kek yang menjadi pujaan ramai lebih-lebih lagi anak-anak. Aduh, boleh terbayang akan rasanya yang sedap. Ada yang suka kek Coklat Moist?
Lebih menarik lagi, kek coklat moist tanpa gunakan oven dan mixer. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Mai Sitiini ye. Mudah je nak membuatnya tapi sedapnya bukan kepalang ye.
Kek Coklat Super Moist Ini Sangat Sedap, Tanpa Oven Dan Mixer!
Bahan-Bahan Kek Coklat Super Moist:
Bahan kek: 1 cawan / 12gram serbuk koko – boleh beli online di sini 1/2 sudu teh serbuk penaik 1/2 sudu teh soda bikarbonat 1 cawan / 225gram gula kastor – boleh beli online di sini 2 biji telur (saiz A/B) 1/3 cawan / 83ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar) – boleh beli online di sini 1/2 sudu teh garam halus 1/4 cawan / 59ml minyak masak – boleh beli online di sini 1 sudu teh Nescafe 1/3 cawan / 83ml air panas 1 sudu makan cuka makan/jus lemon
Bahan Coklat Ganache: 1 cawan / 250ml susu full cream (atau susu cair/low fat/segar) 2 sudu makan gula kastor – boleh beli online di sini
5 sudu makan susu pekat manis – boleh beli online di sini 1/3 cawan / 33gram serbuk koko – boleh beli online di sini
Untuk membuat kek; Ayak 1 cawan tepung gandum, 12/ sudu kecil baking powder, ½ sudu the soda bikar bonat dan 1/2 cawan serbuk koko ke dalam mangkuk,
Masukkan 1 cawan gula kastor dan ½ sudu the garam halus. Kacau rata.
Masukkan ¼ cawan minyak masak, 1/3 cawan susu full krim dan dua biji telur- gaul sebati.
Bancuhkan satu sudu the nescafe dengan 1/3 cawan ar panas. Masukkan dan gaul sebati.
Masukkan satu sudu makan cuka atau jus lemon. Kacau sebati.
Ads
Alas loyang bersaiz 8 inci dengan baking paper atau sapukan sedikit mentega di bahagian dalamnya, dan masukkan adunan tadi ke dalam loyang.
Bila air kukusan mendidih, masukkan loyang dan ukus selama 40 – 50 minit atau sehingga kek masak.
Terbalikkan kek atas redai, buang baking paper dan biar kek sejuk di atas relai pada suhu bilik.
Bila kek sejuk, bolehlah potong menjadi dua bahagian. Langkah ini adalah atas pilihan. Boleh skip jika tak nak buat ye.
Untuk Buat Coklat Ganache:
Masukkan 1 cawan susu full cream, dua sudu makan gula kastor, lima sudu makan susu pekat manis, 1/2 cawan serbuk koko dan dua sudu makan tepung gandum ke dalam bekas. Kacau semua bahan biar sebati.
Tapiskan dan masukkan ke dalam kuali. Buka api kecil, dan sentiasa kacau selama 3 minit.
Selepas 3 minit, tutup api dan masukkan dua sudu makan butter/marjerin, kacau sehingga mentega larut.
Ads
Biarkan coklat ganache sejuk pada suhu bilik sebelum disapu di atas kek. Tambahan 1 sudu teh Nescafe ke dalam kek coklat akan mengharumkan dan meningkatkan lagi rasa coklat dalam kek. Jangan risau kek tidak akan rasa kopi pun dengan tambahan sedikit Nescafe ke dalam adunan.
Penggunaan jus lemon atau cuka makan adalah untuk memastikan kek naik dengan sekata dan cantik.
Cuka atau jus lemon bersifat asid, bertindak balas dengan bahan-bahan bersifat alkali dalam kek untuk membebaskan gas karbon dioksida dan menjadikan kek naik cantik.
Tuangkan coklat ganache di atas kek, ratakan. siap!
Jika nak potong, tuang dan sapu sedikit coklat ganache ke bahagian tengah kek yang dipotong. Lapiskan dengan satu bahagian lain dan tuang coklat ganache selebihnya di atas kek.
Siap! Memang mantap!!
Ads
EKSTRA!
TIP UNTUK ELAKKAN KEK COKLAT MEREKAH PADA BAHAGIAN PERMUKAAN:
Jangan gunakan loyang yang kecil, loyang yang kecil akan menyebabkan kek mudah merekah.
Masukkan satu sudu makan cuka makan/jus lemon untuk memastikan kek naik dengan sekata.
Gunakan api yang sederhana dan sedikit kecil semasa mengukus menggunakan saiz loyang 8 inci.
Biskut raya yang kita biasa makan masa zaman kanak-kanak dulu memang sedap. Tak ada pun berwarna warni macam biskut zaman sekarang. Simple sahaja. Namun rasanya memang sedap dan teringat-ingat sampai sekarang. Mahu mengimbau kembali nostalgia zaman kanak-kanak anda? Jom, kita cuba resipi biskut oldschool yang RASA tampilkan kali ini.
1. BISKUT SAMPRIT
BAHAN-BAHAN:
185gm gula
375gm mentega
60gm tepung kastad | diayak
60gm tepung jagung | diayak
375gm tepun gandum | diayak
1 sudu makan esen vanilla
1 biji kuning telur
Ceri merah secukupnya | dipotong kecil
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga sebati.
Kemudian masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Teruskan memukul sehingga kembang.
Masukkan kesemua tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam acuan samprit dan terapkan diatas loyang pembakar yang telah disapu sedikit mentega. Hiaskan dengan ceri merah.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipaskan pada suhu 150°C selama 10 minit.
Biarkan biskut sejuk seketika dan sedia untuk dinikmati.
2. BISKUT MAKMUR
BAHAN-BAHAN:
160gm mentega
100gm minyak sapi
1 biji telur
80gm gula halus
400gm tepung naik sendiri
200gm gula ising | ditabur
BAHAN INTI:
150gm kacang tanah | digoreng tanpa minyak & dikisar halus
60gm gula halus
30gm mentega
CARA MEMASAK:
Untuk inti, campurkan kacang tanah bersama mentega dan gula halus. Gaul rata dan ketepikan.
Campur mentega bersama minyak sapi dan gaul hingga sebati.
Masukkan telur, tepung dan gula halus. Uli adunan tersebut sehingga rata.
Ambil satu sudu teh adunan dan masukkan inti. Bentukkan menjadi bentuk bujur dan susun di atas dulang pembakar.
Bakar dalam ketuhar pada suhu 170°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Angkat biskut dan salutkan dengan gula ising secukupnya.
3. BISKUT TELUR REBUS
BAHAN-BAHAN:
500gm mentega
350gm gula halus
250gm tepung gandum |diayak
250gm tepung jagung | diayak
125gm tepung kastad | diayak
1 biji kuning telur
1 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh esen vanilla
Gula berwarna secukupnya | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati. Masukkan esen vanilla dan kuning telur yang telah dilecek. Pukul hingga rata.
Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.
Canai doh tadi dan terap menggunakan acuan yang digemari. Susun di dalam loyang yang telah disapu mentega.
Sapukan telur di atas biskut dan susun hirisan badam dengan secukupnya.
Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 15-20 minit.
Info Chef: Pastikan disapukan sedikit kuning telur di atas kuih sebelum dibakar.
4. ALMOND LONDON
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega | dibiarkan pada suhu bilik
450gm tepung gandum
2 sudu teh emplex
220gm gula ising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
150gm badam | dibakar seketika di dalam ketuhar
BAHAN SALUTAN:
450gm coklat masakan
1/2 sudu makan lemak sayuran
3 sudu makan badam cincang | dibakar seketika
Cawan kertas secukupnya
CARA MEMASAK:
Ayak tepung gandum bersama emplex. Ketepikan seketika.
Pukul mentega bersama gula ising sehingga sebati dan masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit. Kacau sebati.
Ambil sedikit doh dan salutkan nipis pada sebiji badam. Ulang langkah sehingga habis adunan.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C dan bakar biskut selama 20-25 minit.
Untuk menyalut, panaskan coklat menggunakan tenik double boiler. Kemudian masukkan lemak sayuran, Kacau hingga sebati.
Ambil biskut yang telah disejukkan tadi dan celupkan ke dalam coklat masakan. Kemudian masukkan ke dalam cawan kertas.
Sudukan sedikit coklat ke dalam cawan kertas tadi dan taburkan badam cincang dengan secukupnya. Biarkan coklat mengeras dan bolehlah dinikmati.
Info Chef: Coklat hendaklah dipotong kecil sebelum dicairkan. Selain teknik double-boil, boleh juga dicairkan menggunakan ketuhar gelombang mikro.
5. TAT NANAS TERATAI
BAHAN-BAHAN:
120gm mentega
120gm minyak sapi
450gm tepung gandum
1 biji telur gred B
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Pecahkan telur ke dalam mangkuk adunan diikuti mentega dan minyak sapi. Gaul hingga sebati menggunakan pemukul tangan.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul sehingga menjadi doh.
Terapkan adunan dan bentukkan tat mengikut kesesuaian dan citarasa anda.
Sudukan inti nanas ditengah-tengah biskut dengan secukupnya.
Panaskan ketuhar pada suhu 170°C – 180°C dan bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak.
Info chef: Biskut ini amat mudah disediakan kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Lebih enak dimakan bersama jem nenas kerana ia memberikan rasa manis pada tat selain mempunyai tekstur yang rapuh apabila dikunyah.
6. BATANG BURUK
BAHAN-BAHAN:
300gm tepung gandum
150gm tepung beras
1/2 biji santan kelapa
100gm tepung kacang hijau
120gm gula ising
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.
Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.
Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak. Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.
Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm. Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.
Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.
Angkat dan toskan minyak. Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.
Sedia untuk dinikmati.
7. BISKUT AISKRIM
BAHAN-BAHAN:
130gm mentega
60gm gula ising
160gm tepung gandum
30gm tepung jagung
20gm tepung ubi
1/4 sudu teh serbuk penaik
20gm serbuk badam
Sedikit esen vanilla
1 biji kuning telur | untuk sapuan
Sedikit coklat masakan | dicairkan
Gula-gula manik | hiasan
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga kembang.
Kemudian campurkan kesemua tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik dan juga serbuk badam. Gaul sehingga menjadi doh.
Canai doh dan terap menggunakan acuan berbentuk aiskrim.
Susun kepingan doh yang telah diterap tadi diatas loyang pembakar. Sapukan telur diatasnya dan bakar pada suhu 180°C selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan biskut seketika dan kemudian celup hujung biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
Taburkan gula-gula manik berwarna dengan secukupnya. Sedia untuk dinikmati.
8. MAMA CAREY
BAHAN-BAHAN:
250gm mentega
125gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
330gm tepung gandum | diayak
65gm tepung jagung | diayak
65gm susu tepung | diayak
BAHAN ISING:
1 biji putih telur
1 sudu makan tepung jagung
90gm gula ising
CARA MEMASAK:
Pukul mentega dan gula hingga sebati.
Masukkan kuning telur bersama esen vanilla. Pukul lagi sehingga kembang.
Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak lekat di tangan.
Masukkan doh ke dalam plastik kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
Keluarkan doh dan canaikan. Teraop doh menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150°C selama 10 minit. Keluarkan dan biarkan sejuk,
Untuk menghasilkan isingnya, pukul putih telur sehingga kembang.
Kemudian masukkan gula ising dan tepung jagung. Pukul lagi menggunakan kelajuan maksimum sehingga adunan menjadi likat.
Masukkan bancuhan ke dalam beg piping dan paipkan diatas biskut tadi. Hiaskan mengikut kreativiti anda.
Masukkan kembali biskut ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 150°C selama 10 minit.
9. BISKUT CORNFLAKES
BAHAN-BAHAN:
125gm mentega
90gm gula kastor
1 biji telur
80gm kismis hitam
125gm tepung naik sendiri | diayak
375gm cornflakes | diramas kasar
CARA MEMASAK:
Pukul mentega bersama gula hingga rata.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga kembang.
Dalam bekas berlainan, campurkan tepung dan kismis. Kemudian masukkan ke dalam adunan dan gaul rata.
Dengan menggunakan sudu the, ceduk adunan menjadi ketulan kecildan salutkan dengan cornflakes yang telah diramas kasar. Letakkan diatas dulang pembakar.
Panaskan ketuhar pada suhu 180°C dan bakar biskut selama 12-15 minit atau sehingga biskut menjadi kuning keemasan.
Biarkan sejuk seketika dan bolehlah disimpan di dalam bekas kedap udara.
10. BISKUT MAZOLA
BAHAN-BAHAN:
185gm tepung gandum | diayak
60gm tepung gandum | diayak
140gm gula halus
125gm kacang tumbuk
1 sudu teh esen vanilla
Minyak Mazola secukupnya
BAHAN HIASAN:
Kacang tumbuk kasar secukupnya
Kuning telur untuk sapuan
CARA MEMASAK:
Campurkan kesemua bahan kecuali minyak. Gaul sehingga sebati.
Kemudian masukkan minyak Mazola sedikit demi sedikit sambil diuli sehingga menjadi dohyang boleh dikepal.
Ambil doh yang siap diuli tadi dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
Letakkan doh diatas dulang pembakar dan sapukan kuning telur di bahagian atasnya. Taburkan juga kacang tumbuk dengan secukupnya.
Bakar biskut tadi selama 20 minit pada suhu 180°C.
Angkat dan sejukkan seketika sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
Info chef: Untuk menyediakan kacang tumbuk, kacang tanah hendaklah digoreng tanpa minyak, dibuang kulit dan ditumbuk sehingga halus.
Biskut berasaskan emping jagung memang sedap dan mempunyai rasa enak yang tersendiri. Bagi anda yang sudah berkira-kira untuk membuat perniagaan biskut raya atau mungkin buat untuk kudapan keluarga sendiri, resipi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips perkongsian saudari Syuhada Che Din ni antara yang boleh dicuba.
CARA MEMBUAT BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY CHOCOLATE CHIPS
CARA MEMASAK: 1.Kacau sebati mentega, gula aising dan esen vanilla mengguna senduk sahaja. Jangan pukul sampai kembang.
2. Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit. Tepung tidak perlu diayak. Kacau sebati. Tekstur adunan memang lembik.
3. Masukkan cornflakes, cip chocolate dan badam. Gaul sebati.
4. Sudukan adunan ke atas loyang yang sudah disapu mentega/ marjerin. Nak cubit-cubit doh guna jari atau golek doh dalam baki emping jagung pun boleh. Terpulang cita rasa masing-masing.
5. Jarakkan sedikit susunan kerana nanti doh biskut akan mengembang.
6. Panaskan ketuhar pada suhu 160C selama 5-10 minit. Kemudian bolehlah bakar biskut pada suhu 160C selama 20 minit menggunakan api atas bawah atau mengikut ketuhar masing-masing.
7. Bila sudah masak, sejukkan biskut sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
INFO: Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips yang baru keluar dari ovenbiskut memang lembut. Ia akan beransur keras bila sejuk.
Tengok pun dah cukup menyelerakan. Dah tentu rasa pun sedap dan memang viral dan disukai ramai. Gerenti makan sekali nak lagi. Boleh juga buat untuk jualan nanti.
Bake cheese cakes viral biscoff
Base
Bahan-bahan:
Biskut biscoff crumbs nak tambah biskut merry pun boleh
100g serbuk badam
Gaulkan
150g majerin cair
Cairkan dan gaul sebati
Tekan dekat base cup cake cari cup yang boleh regang tepi untuk keluarkan.Ade jual dekat bakery. Saiz S akan dapat 23 cup.
Adunan cheese:
1kg cream cheese tatura wajib pada suhu bilik dulu,bagi cheese tak berketul
150g gula kastor
500g fresh yogurt plain
70g tepung gandum
5 biji telur gred b
Cara membuat:
1.Adun cream chese dan gula.
2.Masukkan fresh yogurt.
3.Masukkan tepung
4.Masukkan telur akhir sekali.
5.Masukkan 150g biscoff spread ke dalam, kacau sebati masuk dalam crust yang kita padatkan penuhkan.
6.Bakar 150 darjah selama 30-35 minit sebelah dulang cup tadi letak tuala basah,betul-betul basah letak dalam loyang dan bakar macam biasa.Kalau loyang kecil buat teknik water bath( teknik water bath ni ambil masa sikit dan lambat sebab tu suka teknik pertama tadi.Biasa tambah masa jadi 40-45 minit baru masak)
Biscoff
5 senduk biscoff spread
10 sudu besar minyak jagung
Kacau sampai jadi tak pekat sangat
Masuk piping beg
Paipkan atas bake cheese yang korang dah buka cup dia
Nak hasil masakan garing di luar, lembut di dalam tanpa minyak banyak? Jom tengok Carta Cheat Sheet Air Fryer lengkap — panduan suhu & masa untuk semua jenis makanan, cepat dan sedap setiap kali!