Biskut Coklat Cip memang jadi kegemaran ramai. Rangup, manis dan ada lemak-lemak badam, memang layan kalau makan. Biskut Coklat Cip ni mudah je nak buat jika jumpa resipi yang tepat. Nak cuba? Min kongsikan resipi ala-ala kedai biskut tersohor yang anda boleh cuba. Pasti puas hati.
CARA BUAT BISKUT COKLAT CIP / CHOCOLATE CHIP COOKIES
BAHAN-BAHAN:
3/4 buku mentega (mentega yang seberat 250gm. Ambil 3/4 sahaja)
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan gula perang
2 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 1/4 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum
3/4 cawan cip coklat
CARA MEMASAK: 1. Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga sebati sahaja. 2. Kemudian masukkan telur, soda bikarbonat, garam dan esen vanilla. Gaul lagi hingga rata. 3. Masukkan tepung. Kacau hingga betul-betul sebati denagn bahan-bahan basah tadi. 4. Akhir sekali, masukkan cip coklat. 5. Sudukan doh diatas dulang pembakar dan bakar pada suhu 170C selama 27 minit. Masa memasak mungkin berbeza mengikut ketuhar.
Ads
6. Sejukkan biskut dan simpan dalam balang kedap udara.
Hari ni teringin nak masak kek yang tidak jemu makan. Nak mudah kita tak bakar tapi kita kukus. Bila kek dikukus rasa lebih sedap dan lebih gebu.Sebelum dikukus sebaiknya dihentak dulu loyang atau acuan untuk buang angin atau gelembung pada adunan kek.Adunan kek seterusnya juga dihentak-hentak sebelum tuang untuk lapisan seterusnya. Jom kita buat Kek Kukus 3 Layer ikut resipi yang dikongsi oleh Zura Zul.
Kek Kukus 3 Lapis Bahan-bahan: 2 cawan tepung gandum 1 sudu teh baking powder-BELI ONLINE DI SINI (ayak bersama) 1 cawan gula halus 4 biji telur 1 sudu besar ovellete-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan susu cair-BELI ONLINE DI SINI 1/2 cawan minyak masak 2 sudu besar serbuk koko 1 sachet Nogula Caffe @sweetlab_dapor (boleh tukar 3 in 1 macam nescafe tu) Sedikit pewarna chocolate brown
Cara membuat: 1.Adun telur,ovellete, gula dan esen vanilla sampai kembang dan putih. 2.Masuk minyak masak dan adun sebati. 3.Kemudian susu cair dan adun hingga gebu. 4.Masukkan tepung sikit-sikit sambil adun perlahan/kaup balikkan dengan spatula hingga rata/sebati. 5.Bahagikan tiga bekas. 1 bekas dengan Nogula Caffe @sweetlab_dapor.. 1 bekas dengan serbuk koko,1 bekas yang plain. 6.Loyang atau acuan disapu minyak dan lapik baking paper. 7.Pastikan air kukusan betul-betul mendidih. Lapis 1(koko) 10 minit api sederhana. Penutup pengukus bungkus dengan kain yang sesuai. 8.Tuang layer kedua (caffe) kukus 10 minit, layer ketiga (plain) kukus 20 – 25 minit.
9.Sejukkan dulu, baru keluarkan kek tadi. Guna pisau plastic,cungkil dari tepi keliling loyang atau acuan. 10.Potong ikut cita rasa, sedia untuk dihidang. Kredit: Zura Zul
Siapa suka makan Honey Butter Biscuit Texas Chicken? Melalui facebook Nurza Ismail, ibu ini kongsikan resipi membuat biskut yang ala-ala restoran makanan segera terkenal itu. Resipi ni senang sangat. Anak anak pun boleh tolong kacau adunan. Jom tengok cara nak buat biskut ni.
CARA MEMBUAT
1. Gaul tepung gandum, baking powder, gula pasir dan mentega sejuk.
2. Gaul sampai sebati tekstur macam crumb bukan doh.
3. Masukkan sedikit demi sedikit susu segar dan gaul sampai sebati. Tekstur tak terlalu kering dan tak terlalu lembik.
4. Masuk adunan ke dalam loyang atau aluminium foil dengan menggunakan sudu. Bentuk tak perlu nak bulat sangat.
5. Masak dalam air fryer. Suhu 180 darjah selama 10 minit.
6. Cairkan madu dan mentega atas dapur dan sapukan atas biskut panas-panas.
Boleh juga dihidang dengan jem strawberi atau coklat. Korang just belah tengah masukkan filling.
Nota: Adunan ini dapat dalam 20-25 pcs. Kalau nak buat sikit, korang cut half je sukatan ye.
Kek minyak boleh juga dipanggil kek dulu-dulu. Maksudnya kategori kek lejen la sebab orang dulu selalu buat kek macam ni. Kek minyak selalu dibuat untuk raikan tetamu pada majlis rasmi di kawasan pedalaman. Misalnya ketika majlis bertunang ataupun majlis kahwin. Ketika hari raya pun kek minyak selaly jadi pilihan. Jom try buat.
KEK MINYAK PELANGI
.
BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung kek (bukan tepung naik sendiri)
1 sudu teh baking powder
5 biji telur ayam grade A
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh garam
1 sudu besar ovalette
3/4 cawan susu pekat atau krimer manis
1 sudu besar esen vanila
1 cawan minyak jagung
Pewarna (oil base untuk warna yang cantik)
CARA MEMBUAT
1. Lenser loyang berukuran 8 inci dengan marjerin atau mentega.
2. Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
3. Pukul telur ayam bersama gula kastor dan garam. Pukul sehingga betul-betul kembang dan gebu. Pukul selama lebih kurang 20 minit dengan menggunakan mixer berkelajuan tinggi (kalau tak kembang kek tak akan naik dan gebu).
4. Masukkan ovalette, susu pekat dan esen vanila. Mix lagi dalam 10 minit.
5. Masukkan minyak jagung dan kacau guna spatula sahaja.
6. Masukkan tepung dengan teknik kaup balikkan sahaja.
7. Apabila telah sebati, bahagikan adunan kepada 6 bahagian. Warnakan ikut warna yangg digemari. Setiap satu bahagian beratnya 200 gram.
8. Lapiskan setiap warna 4 sudu besar dan lapisan akhir untuk setiap warna adalah 2 1/2 sudu besar sahaja.
7. Kalau nak buat motif batik di atas permukaan kek, boleh lorekkan menggunakan lidi ikut kreativiti masing-masing.
10. Bakar pada suhu 160 darjah selsius selama 1 jam dengan api atas dan bawah.