Bagi yang baru nak belajar buat kuih Seri Muka, boleh cuba resipi perkongsian saudari Wan Siti Halijah Dzulkiflyni. Caranya mudah dan boleh kukus guna acuan kuih lompang. Senang kan? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA MASAK KUIH SERI MUKA MINI GUNA ACUAN LOMPANG
BAHAN BAWAH:
1 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 sudu makan minyak masak
Secubit garam
CARA MEMASAK: 1. Rendam beras pulut selama 1 jam. Kemudian toskan air dan masukkan ke dalam periuk nasi bersama bahan-bahan yang lain.
Ads
2. Bila pulut dah masak, masukkan ke dalam acuan lompang. Tekan pulut hingga padat menggunakan satu lagi acuan lompang yang telah dibalut plastik. Tidak perlu sapu minyak kerana pulut dah seakan berminyak.
BAHAN UNTUK LAPISAN ATAS:
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
3 sudu makan tepung ubi
1 cawan air pandan (1 cawan air kisar dengan 5 helai daun pandan)
1 biji telur
1/2 cawan gula – lebihkan jika nak lebih manis
1/2 sudu teh kulit kayu manis
1/2 sudu teh jintan manis
Secubit garam dan pewarna hijau
CARA MEMASAK: 1. Satukan santan, telur dan gula. Kacau hingga sebati barulah dimasukkan semua bahan-bahan yang lain. 2. Masak atas dapur seketika sehingga naik wap. 3. Tapis bancuhan kemudian tuang ke dalam acuan lompang yang telah dimasukkan pulut tadi.
4. Kukus kuih selama 30 minit. Bila sampai 5 minit terakhir, buka penutup dan kukus tanpa penutup. Ia bertujuan untuk mengeringkan air.
5. Sejukkan kuih dan boleh dikeluarkan dari acuan. Sedai untuk dinikmati.
Sup Daging citarasa asli Thailand ni memang sedap. Penggunaan sos ikan memang bagi rasa ‘kick’ pada masakan. Memang padu. Nak rasa? Resipi perkongsian saudara Ahmad Shinoda ini boleh anda cuba.
SUP DAGING ORI THAI
BAHAN A:
300gm daging tetel – hiris
3 inci halia – tumbuk kasar
3 hiris lengkuas
2 pokok akar ketumbar
1 biji bawang Holland kecil
Sedikit kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 sudu teh gula
Air secukupnya
BAHAN B:
3-4 ulas bawang putih – ketuk
2 batang serai
Cili padi secukupnya
Daun limau purut
1 biji bawang Holland
Daun ketumbar – hiris
½ biji tomato
2 biji jus limau nipis
3-4 sudu makan sos ikan
Minyak untuk menumis
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan A dan rebus hingga empuk.
2. Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan.
3. Kemudian masukkan serai, bawang Holland, cili padi dan daun limau purut. Tumis sampai layu dan wangi.
4. Masukkan bahan tumisan serta tomato ke dalam sup berisi daging tadi.
5. Tambahkan juga sos ikan dan jus limau nipis.
6. Biar 2-3 minit. Tutup api dan tabur daun ketumbar.
Selain masak stim dan tiga rasa, ikan siakap juga sedap kalau dimasak pedas. Ringkas saja nak buat siakap masak pedas. Tapi jangan lupa letak daun limau purut untuk bangkitkan cita rasanya. Jadi, apa kata kali ni kita cuba buat siakap masak pedas. Rasanya memang sedap dan berbeza dengan tiga rasa. Nak tahu macam mana rasanya, kenalah korang cuba buat.
SIAKAP MASAK PEDAS
BAHAN-BAHAN
• Ikan Siakap (digaul dengan tepung beras, garam, kunyit dan digoreng garing).
• Minyak masak
BAHAN RACIK
• 1 biji tomato
• 2 batang serai
• 1 biji bawang holland / bawang besar.
• 3 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 7 biji cili api (bergantung pada tahap kepedasan diingini)
BAHAN SOS
• 1 sudu besar sos tomato
• 1 sudu besar sos tiram
• 1 sudu besar sos ikan
• 1/2 sudu besar kicap cair
• 1/2 sudu besar kicap pekat
• Sedikit cuka
• 2 helai daun limau purut
CARA MEMBUAT
1. Tumis Bahan Racik kemudian masukkan Bahan Sos.
2. Letakkan sedikit air kalau nak berkuah. Tunggu kuah pekat sikit, baru rasa.
3. Kalau kurang masin atau kurang manis boleh letak gula dan garam.
4. Gaul sekejap, tutup api dan tuangkan kuah ke atas ikan siakap yg telah digoreng.
Korang pernah makan kerabu yang dibuat guna gula perang? Rasanya memang lebih sedap. Selain itu, rasa ikan bilis yang masin-masin tu cukup melengkapi sedapnya resipi kerabu. Rasa yang pedas-pedas ditambah pula dengan masam daripada limau dan manis daripada gula perang, memang cukup menyelerakan. Cubalah!
KERABU IKAN BILIS GULA PERANG
BAHAN UTAMA
1 mangkuk ikan bilis (goreng)
BAHAN HIRIS HALUS
1 kuntum bunga kantan
1 batang serai
1 pokok daun ketumbar
3 helai daun limau purut
1 labu bawang besar
5 tangkai cili padi
1 biji tomato
BAHAN PERASA
8 biji limau kasturi (perah)
2 sudu besar gula perang
2 sudu besar sos ikan
CARA MEMBUAT
1. Campur bahan perasa. Kacau sampai gula cair.
2. Masukkan bahan hiris halus dan gaul sampai semua mesra.
3. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul sehingga semua sebati.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...