Bosan makan nasi tapi ingin hidangan sahur yang penuh tenaga dan ringkas. Beli roti pita segera dan hanya filling mengikut kegemaran anda.
KEBAB AYAM RINGKAS
Ads
BAHAN-BAHAN: • 3 keping roti pita • 200gm isi ayam | dipotong dadu • 1 ulas bawang putih | dicincang halus • ½ biji bawang besar | dimayang halus • 1 sudu besar sos cili • 1 sudu besar sos lada hitam • 1 sudu besar mayones • 8 helai daun salad | dibersihkan • 2 sudu besar mentega
CARA MEMASAK: 1. Cairkan mentega dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. 2. Masukkan isi ayam dan gaul sehingga masak. Angkat dan masukkan ke dalam mangkuk. 3. Kemudian masukkan sos cili, sos lada hitam dan mayones. Gaul hingga rata bersama isi ayam. 4. Potong roti pita dan letakkan daun salad. 5. Sudukan inti ayam tadi secukupnya. Hidangkan.
Info: Panaskan roti seketika untuk tekstur yang lebih lembut. Boleh juga letakkan cili padi kalau mahukan rasa pedas ‘terangkat’.
Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung. Wow.. Bagi peminat sajian Negeri Sembilan ni pasti dah kecur liur. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Tapi paling penting, kena guna kelapa asli. Barulah lagi enak. Jom cuba resipi perkongsian saudari SuiSan Aliezsha ni. Pasti berselera.
CARA MASAK LAUK MASAK LEMAK CILI API TENGGIRI BERSAMA REBUNG
BAHAN-BAHAN:
Ikan tenggiri
Cili api hijau dan merah – ditumbuk
2 inci kunyit hidup – ditumbuk
Rebung
1 1/2 biji kelapa parut (diperah ambil pati sahaja. Pastikan guna kelapa tua)
1-2 keping asam gelugur
CARA MEMASAK:
1. Ambil rebung, cuci bersih, diramas sedikit untuk buang bau air rendaman rebung. Kemudian toskan.
2. Sediakan kuali. Masukkan ikan, cili dan kunyit yang telah ditumbuk, rebungdan juga santan. Sebatikan.
3. Kemudian buka api dan didihkan. Masak seperti biasa. Pastikan kuah sentiasa dikacau. 4. Bila kuah hampir pekat, masukkan asam keping dan perasakan dengan garam secukupnya
5. Masak Lemak Cili Api Tenggiri bersama Rebung siap untuk dinikmati.
INFO: Empunya resipi suka guna Tenggiri Bunga kerana isinya lebih lembut.
Bihun goreng memang nampak senang je nak masak. Tetapi benda yang senang ni la yang kita selalu ‘fail’ nak masak. Ada je bihun keras la, bihun lembik macam bubur lah. Tawar lah. Memang macam-macam. Jom lihat panduan basic untuk memasak bihun agar elok sempurna.
1. Kenali ‘Perangai’ Bihun
Bihun ni nampak je sama tetapi ‘perangai’nya berbeza-beza. Mana tak nya, ada yang masa masak, kena lebihkan air, ada yang kena kurangkan air. Macam-macam. Oleh itu, jika nak masak hidangan bihun ni sebaiknya gunalah jenama yang anda biasa masak. Ini kerana kita dah tahu jumlah air yang diperlukan, berapa lama kena rendam dan sebagainya. Barulah bila masak, elok je rupa bihun goreng anda.
foto: theindigokitchen.com
2. Rendam Dengan Air Biasa
Ramai yang keliru, nak rendam bihun ni guna air panas ke air biasa? Maklumlah, nampak keras kejung je kan? Sebaiknya, guna sahaja air paip biasa tu. Jika nak cepat masak, boleh lebihkan air semasa menggoreng. Jika anda merendamnya menggunakan air panas, dikhuatiri bihun anda akan terlebih lembik seterusnya menyukarkan proses menggoreng. Bihun yang direndam dengan air panas ni lebih sesuai digunakan untuk masakan berkuah seperti bihun sup, soto, kari dan sebagainya.
3. Jangan Banjirkan Kuali
Setelah rencah ditumis, kita akan masukkan air. Masa proses ni, sebaiknya jangan masukkan air dalam kuantiti yang banyak sekaligus. Untuk satu paket bihun, sebaiknya masukkan dahulu dalam dua gelas air dan setelah mendidih, masukkan bihun. Jika setelah digaul, bihun anda masih keras, barulah tambahkan air. Ia adalah cara selamat untuk memastikan bihun goreng anda tak jadi bubur.
Selain itu, jika sebelum goreng kondisi bihun anda memang sudah lembut dan lembik, sebaiknya jangan masukkan air. Gaul sahaja bersama bahan tumisan dan tambah air jika perlu sahaja.
foto: finecooking.com
4. Gaul Dengan Lemah Lembut
Bihun sifatnya lembut. Oleh tu, janganlah terlalu ganas masa menggaul. Lakukan dengan lemah lembut. Jika tidak, akhirnya nanti pasti bihun anda akan menjadi terlalu hancur. Tak sedap uols!
5. Tambah Garam Gula. Jangan Biar Tawar Heber
Waktu yang sesuai untuk menambah perasa seperti gula dan garam ke dalam bihun adalah selepas masukkan bihun dan airnya masih ada. Namun, jika air telah kering tetapi bihun anda masih lagi kurang rasa, usah risau. Ada caranya. Ambil garam dan gula dalam kuantiti yang secukupnya ke dalam mangkuk, tambah sedikit air dan kacau hingga larut. Kemudian, tuang ke atas bihun goreng dan gaul sehingga rata. Cara lain, anda juga boleh tambahkan kicap atau sos ikan. Ikut citarasa masing-masing.
6. Api Jangan Over
Bihun ni berkanji. Jadi, semasa menggoreng elakkan guna api yang terlalu besar lebih-lebih lagi setelah air bihun kering. Guna api sederhana sahaja bagi mengelakkan bihun goreng anda hangus. Kurang sedaplah nanti rasanya. Kuali pun jadi berkerak. Penat tu nak sental.
foto: pxhere.com
7. Guna Sudip Bersesuaian
Ha..jangan tak tahu. Sudip masak pun mempengaruhi rupa paras bihun goreng tau. Jika masa memasak tu, gunalah sudip yang mempunyai bentuk empat segi yang memang sesuai digunakan untuk masakan kacau goreng. Jangan pula anda guna sudip berbentuk bulat yang biasa guna untuk goreng cekodok tu. Tak sesuai tau! Nak ceduk pun payah.