Kuih legend seperti kaswi ni kalau buat seloyang pun gerenti habis. Rasa lemak manis pada kuih memang puas makan. Lebih enak bila digaul dengan kelapa putih. Hidang bersama kopi panas, cukup lengkap.
Cara memasak: 1.Bancuh semua bahan atau blender halus. Tapiskan 2.Loyang size 8 inci, sapu dengan sedikit minyak. Panaskan loyang dalam 2 minit. 3.Tuang adunan dalam loyang. Kukus 30 minit. 4.Kalau ada wap air jatuh. terus lap/alas dengan tisu dapur di permukaan kuih bagi meresap air wap.Buat dengan perlahan-lahan agar tak merosakkan permukaan kuih. 5.Tunggu betul-betul sejuk, baru potong dan gaul dengan kelapa. 6.Sedia dihidang.
Kuih LepatLabu memang sedap. Rasa lemak-lemak manis, memang sesuai sangat dijadikan sajian untuk minum petang malah boleh juga dinikmati pada bila-bila masa. Bagi anda yang suka makan kuih tradisional ni, resipi perkongsian saudari Linda Idris antara yang mudah boleh dicuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1. Kukus labu hingga lembut. Kemudian sukat ikut sukatan yang diperlukan. Seterusnya ambil kelapa muda, campurkan dengan sedikit garam. Gaul rata dan ketepikan. Ia akan digunakan sebagai inti.
2. Masukkan juga sedikit garam ke dalam santan. Sebatikan. 3. Dalam bekas besar yang bersesuaian, campurkan semua bahan. Sebatikan dan pastikan tidak berketul.
4. Ambil daun pisang, sudukan adunan Lepat Labu tadi dengan secukupnya. Kemudian letak kelapa parut.
5. Bungkus dengan kemas. Lakukan hingga habis adunan. 6. Susun bungkusan Lepat Labu dalam periuk kukusan. Kukus guna api sederhana hingg masak.
7. Angkat dan Lepat Labu enak sedia untuk dinikmati.
Bagi penggemarnya, sajian Nasi Kandar memang sedap dan membuka selera. Hidang dengan kuah banjir, lengkap dengan bendi dan cili hijau. Wah..memang makan tak pandang kiri kanan dah. Biasanya sajian begini boleh dinikmati di restoran-restoran sahaja. Kali ni apa kata cuba buat sendiri. Resipi perkongsian saudari Siti Fatimah Mohd Jamil ni memang terbaik dan lengkap. Nak masak pun mudah. Suami dan anak-anak anda pasti puji.
CARA MASAK NASI KANDAR SEDAP SECARA HOMEMADE
KARI SOTONG
BAHAN-BAHAN:
4-5 ekor sotong – dibersihkan
3/4 cawan serbuk kari daging babas – bancuh dengan air hingga pekat
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
1 biji terung – potong kecil
1 biji tomato – belah 4
Cili padi
Garam, gula & perasa secukupnya
BAHAN TUMIS:
1 biji bawang besar – hiris memanjang
4 ulas bawang putih – hiris
1 inci halia – hiris
1 inci kunyit hidup – hiris
2-3 tangkai daun kari
Sup bunjut
CARA MEMASAK: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari daging yang telah dibancuh dengan air.
3. Bila rempah telah pecah minyak, masukkan sedikit air.
4. Kemudian masukkan sotong bersama 2 cawan air. Biar hingga mendidih dan masak.
5. Masukkan juga 1 keping asam gelugur. Jika masuk awal, isi sotong akan jadi liat. 6. Seterusnya masukkan terung dan cili. Cili adalah optional. Jika tidak suka pedas, abaikan.
7. Akhir sekali masukkan tomato. Biarkan kuah memekat dan perasakan dengan garam, gula serta perasa dengan secukupnya.
8. Angkat dan sedia dihidangkan.
KUAH KICAP PEKAT ALA DEEN MAJU
BAHAN-BAHAN:
8-10 tangkai cili kering – kisar
1 biji bawang besar – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
1/2 cawan air
Hirisan bawang besar secukupnya
Cili padi – optional
Kicap manis secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan air.
2. Bila sudah pecah minyak, masukkan hirisan bawang besar.
3. Masukkan juga cili padi (jika suka).
4. Masukkan kicap manis hingga warnanya cantik.
5. Perasakan dengan gula, garam dan perasa dengan secukupnya. 6. Kuah kicap ini mesti rasa manis yang seimbang barulah sedap. Siap untuk dihidang.
AYAM GORENG MAMAK
BAHAN-BAHAN:
4-5 ketul ayam
4 ulas bawang putih – kisar
1 inci halia – kisar
1 sudu teh garam
3 sudu serbuk kunyit
3 sudu serbuk kari
3 sudu seerbuk cili
2 sudu gula
Serbuk perasa secukupnya
1-2 tangkai daun kari
1 senduk kecil tepung beras
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK: 1. Bersihkan ayam dan lumur bersama bahan kisar dan garam. Perap selama 30 minit.
2. Bila ayam sudah sedia untuk dimasak, masukkan serbuk kunyit, serbuk kari, serbuk cili, gula dan serbuk perasa ke dalam bekas. Gaul bersama ayam. Tidak perlu perap kerana ayam akan rasa pahit.
3. Masukkan daun kari. Lagi banyak digunakan, lagi harum baunya.
4. Apabila minyak mula dipanaskan, masukkan tepung beras. Lumur pada ayam.
5. Ayam yang telah siap dilumur dengan tepung beras.
6. Goreng ayam dalam minyak yang banyak dan betul-betul panas. Kemudian guna api kecil bagi memastikan ayam masak sekata.
7. Angkat dan toskan minyak.
NASI HARUM & TAK MUAK
BAHAN-BAHAN:
2.5 pot beras + 3 pot air ( empunya resipi guna beras faiza dan sukat guna pot periuk nasi elektrik)
2 helai daun pandan
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen pandan
CARA MEMASAK: 1. Basuh beras dan masukkan bahan-bahan lain. Kacau sebati.
2. Masak nasi dalam periuk elektrik seperti biasa. 3. Bila masak, hidangkan nasi bersama Kari Sotong, kuah kicap pekat, Ayam Goreng Mamak, telur masin, bendi celur dan cili hijau.
INFO: Rebus telur masin bersama akan melemakkan lagi rasa nasi.
Makan Nasi Ambeng tanpa sambal goreng bagai tidak lengkap. Di dalamnya lengkap dengan sayur pucuk, kacang Panjang, suhun dan sebagainya memang puas makan. Sukar nak dapat sambal goreng yang kena dengan cita rasa. Boleh saja membuatnya sendiri ikut resipi ini. Sambal goreng kalau kena rasa, meratahnya sahaja pun sedap.
Sambal Goreng Jawa Bahan-bahan: Sayur pucuk -direndam Ubi kentang Kacang Panjang- dihiris Tempe Suhun Ikan bilis Paru,hati ayam@pedal-terpulang Cili merah Bawang merah Air asam jawa Garam &gula secukupnya Sos tiram Kicap pekat &kicap manis
Cara memasak: 1.Ubi kentang,tempe,ikan bilis, digoreng terlebih dahulu. 2.Suhun digoreng macam soto. 3.Tumiskan bawang merah dan cili dihiris. 4.Masukkan sayur pucuk.masukkan air.masukkan air asam jawa,garam,gula . 5.Masukkan sos tiram.bila sayur pucuk dah empuk masukkan kacang panjang. 6.Akhir sekali masukkan bahan yang digoreng terlebih dahulu tadi.Gaul.masukkan kicap pekat & kicap manis.gaul sebati.siap.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!