Nikmatnya makan kacang gajus ni kat depan TV. Ada rasa manis, pedas dan rasa daun limau purut.Itu yang best sangat. Pada mak- mak yang dah tak tau nak masak apa dah. Almakhlum lah masa semua orang ada di rumah, mulut asyik nak mengunyah aje kan.
Cara membuatnya:
Ads
1. Goreng kacang gajus sehingga keperangan. Angkat dan toskan.
2. Tinggalkan dalam 2 sudu besar minyak dan tumis bawang putih yang telah dicincang (5 ulas).
3.Apabila sudah terbit bau, masukkan 5 helai daun limau purut yang sudah dihiris halus.
4.Masukkan 2 sudu teh serbuk cili dan tuangkan kacang gajus tadi. Kacau rata.
5.Tuangkan sos ikan dan madu ikut suka banyak mana dan… siap.
Resipi Lempeng Korea ni menggunakan sayuran sahaja tetapi rasanya memang sedap dan rangup! Cara penyediaan Lempeng Korea ni sangat mudah dan menggunakan sayuran sebagai bahan utama pembuatan Lempeng Korea ni. Resipi penuh telah dikongsikan oleh Zurina Zulkefli di Facebook. Resipi ini sangat sesuai untuk dijadikan menu minum petang. Jom kita cuba!
Haritu terjumpa La Vinnce Blue Diamond Cookware Set ni cantik betul! Rasa macam setiap masa nak masak. Dapatkan dengan harga istimewa menggunakan code RASGSP5DISINI!
Dalam peti sejuk ada kulit popia? Cubalah buat Popia Lapis Rangupperkongsian saudari Mak Encik ni untuk sajian minum petang. Sangat mudah, ringkas dan tentunya sedap. Krup…krup rangup bila dimakan. Pasti kena dengan selera. Intinya boleh dipelbagaikan dan sukatannya juga boleh diubah mengikut jumlah serta cita rasa masing-masing. Paling penting, kena dengan selera. Selamat mencuba!
CARA MASAK POPIA LAPIS RANGUP SEDAP
BAHAN-BAHAN: 7 ke 8 keping kulit popia – potong 2 – beli online disini 3 sudu makan minyak masak
1.Satukan semua bahan inti dan gaul hingga sebati. Tambah perasa mengikut cita rasa masing-masing. 2. Sudukan inti diatas kulit popia. Tutup inti dengan sekeping lagi kulit popia dan gam dengan bancuhan telur.
3. Cucuk popia dengan garpu dan goreng dalam kuali yang sudah dipanaskan dengan 3 sudu makan minyak masak.
4. Goreng hingga popia keperangan dan inti masak. 5. Angkat dan hidangkan dengan sos kegemaran.
Tak susah pun nak buat kudapan untuk dimakan di rumah. Paling penting kudapan yang dibuat sendiri lebih terjamin kesihatannya dari segi bahan-bahan yang digunakan sebagai ramuan. Korang boleh pantau jumlah gula dan garam yang hendak digunakan.
Kali ni RASA nak share kudapan berupa maruku cheese yang rasanya lemak manis. Sedap sangat tau. Senang pulak tu nak buat. Bahan-bahan yang digunakan pun simple je. Bolehlah cuba. Bukan orang dewasa je suka, kanak-kanak pun suka makan maruku macam ni.
MARUKU CHEESE
Bahan-Bahan
175 gram tepung beras pulut
250 gram krim keju
100 gram gula ising
1 biji telur ayam
60 gram air
1/2 sudu teh garam
Minyak masak untuk menggoreng
Cara memasak
1. Satukan tepung beras pulut, krim keju dan gula ising. Gaul rata.
2. Kemudian masukkan telur ayam dan air. Perasakan dengan garam.
3. Adun sehingga sebati dan tidak berketul.
4. Masukkan adunan maruku ke dalam acuan dan goreng dalam minyak menggunakan kepanasan sederhana.
5. Angkat maruku setelah ia kelihatan kekuningan.
Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera...