
Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera makan.
Selain itu ia juga boleh dikatakan menu jimat kos kerana bahan-bahannya cukup murah dan sedia ada di dapur.
Cara buat telur tumis bawang
Bahan kisar
6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan-bahan lain
5-6 ulas bawang merah kecil
5 biji telur
3 sudu besar ikan bilis -digoreng garing
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Marjerin
Cara memasak telur tumis bawang
1. Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang (tak perlu hiris) bersama bahan kisar hingga layu.
2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.
3. Matikan api ,masukkan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata. Siap.
4. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
INFO: Boleh juga guna cili oil
Tip pilih telur
Memandangkan resipi ini menggunakan banyak telur, penting untuk memastikan semua telur yang digunakan dalam keadaan elok untuk dimakan dan tidak busuk. Kita boleh mengenalpasti telur yang tidak elok dengan cara berikut;
- Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
- Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bintik hitam. Buang terus telur ini.
Kredit resipi & foto: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI