Ada macam-macam jenis rempeyek. Kali ni RASA nak tunjukkan resipi rempeyek mini. Bulat-bulat comel je. Rasanya sama sahaja cuma saiznya yang berbeza. Tapi sedap jugak makan rempeyek mini ni sebab macam jajan. Jom cuba!
REMPEYEK KACANG TANAH MINI
Ads
BAHAN-BAHAN
2 labu bawang putih
Segenggam udang kering
10 tangkai cili kering
Sedikit ketumbar
Sedikit jintan putih
Sedikit jintan manis
1 kg tepung gandum
200 gram tepung beras
1 bekas air
4 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu besar kapur
Kacang tanah secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
Ads
CARA MEMBUAT
1. Kisar halus bawang putih, udang kering, cili kering, ketumbar, jintan putih dan jintan manis. Ketepikan.
2. Satukan tepung gandum dan tepung beras
3. Masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan telur ayam.
5. Masukkan bahan-bahan kisar, garam, gula sedikit dan air kapur.
6. Kacau sehingga dapat bancuhan sederhana. Tidak cair sangat dan tidak pekat sangat.
7. Letakkan bancuhan pada acuan sudip bulat leper (masukkan kacang tanah) dan goreng dengan minyak panas. Api perlahan.
8. Goreng sampai garing, toskan, biarkan sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
Ads
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Manis, lembut dan penuh nostalgia, inilah keistimewaan manisan tradisi Lengat Pisang!
Kalau anda membesar di kampung, pasti pernah merasa keenakan sajian tradisional yang satu ni. Ia berupa pisang emas yang dicampur dengan beberapa bahan tertentu dan kemudiannya dikukus. Sangat sedap! BAgi yang nak cuba, saudari Lieza MD Chl ada kongsikan resipi mudah untuk hasilkan Lengat Pisang sendiri di rumah. Ssesuai dijadikan pencuci mulut atau sajian minum petang yang menggamit memori lama. Jom cuba!
1.Kupas pisang dan belah 3. Susun dalam bekas yang sesuai untuk kukus.
2.Tabur gula di atasnya. Boleh letak ikut selera masing-masing cuma jika letak sedikit, rasa Lengat jadi kurang enak.
3.Dalam mangkuk berasingan, satukan tepung gandum, santan dan garam.
4.Bancuh hingga sebati. Teksturnya seakan bancuhan kuih Tepung talam. Jangan terlalu pekat supaya kuih tidak terlalu keras bila sudah dimasak.
5.Tuang bancuhan ke dalam bekas berisi pisang tadi.
6.Panaskan periuk kukusan dan kukus Lengat Pisang hingga masak. Anggaran waktunya dalam 20 minit.
7.Nak tahu Lengat Pisang sudah masak atau belum, ambil pisau dan cucuk pada kuih. Kola bersih, maksudnya kuih telah masak. Jika adunan masih melekat, sambung kukus lagi hingga masak.
8.Lengat Pisang sedia untuk dinikmati.
Ingatkan susah buat putu mayam rupanya mudah saja. Memang boleh sangat kalau nak buat sendiri di rumah. Kali pertama buat pun boleh menjadi.
Ini yang dikongsi Nor Fatihah Nawi, katanya demi memenuhi keinginan anak beliau cuba membuatnya sendiri walau tak pernah belajar menyediakan hidangan ini. Tapi menariknya ia tetap menjadi. Berikut adalah bahan dan cara membuat putu mayam pandan yang dikongsi.
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah/gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan muruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
Tidak sempurna hari kalau tidak disusuli dengan minum petang.Pelbagai variasi menu yang boleh dibuat untuk menceriakan petang anda. Tidak kira sama ada menu pedas mahupun manis ia bagaikan melengkapi suasana petang bersama yang tersayang.Boleh lihat perkongsian Helena Rizanie antaranya roti jala dan kari ayam menjadi kesukaan keluarganya.Tidak lengkap tanpa pemanis mulut. Buat Helena dan keluarga memilih makanan yang sejuk seperti agar-agar pandan
dan air buah. Pengat durian juga menjadi kegemaran keluarga dan cara membuatnya sama sebagaimana orang lain cuma versi kampung. Buat yang teringin menikmati pemanis mulut lemak manis ini, boleh ikut cara membuatnya.
KARI AYAM
Bahan-bahan:
1 ekor ayam | potong kecil
2 biji kentang | potong 4
1 sudu teh asam jawa adabi
1 sudu makan cili giling adabi
1 kotak santan
4-5 sudu besar rempah kari
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
daun kari
gula dan garam secukup rasa
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 biji cili padi | pedas ikut suka
Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan rempah bersama bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
3.Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing.
4.Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
5.Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut, tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
6.Masukkan santan, masak dengan api perlahan.
7.Setelah kentang empuk, masukkan asam jawa, gula dan garam. Didihkan sehingga pecah minyak.
8.Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.Sedap dimakan dengan nasi minyak atau roti jala.
Cara memasak:
1.Campurkan kesemua bahan di atas, kacau rata kemudian tapis.
2.Panaskan kuali non-stick dengan api kecil.
3.Tuang adunan ke dalam acuan botol roti jala.
4. Kirai botol jala dan masak sehingga bahagian bawah agak kering, tak perlu dibalik.
5.Ambil sekeping jala, gulung jala.Ulang proses dengan baki adunan sehingga habis.
Hidangkan dengan kuah kari.
PENGAT DURIAN
Bahan-bahan:
6 ulas durian
1/2 ketul gula melaka
1 kotak santan
1 helai daun pandan
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Masukkan isi durian, gula melaka, daun pandan dan air.Masak sampai mendidih.
2.Kalau tak cukup manis boleh tambah gula lagi.
3.Masukkan santan dan biarkan sampai mendidih dan sedikit pekat.
4.Padamkan api. Sedia untuk dihidang dengan pulut kukus.
KARIPAP PUSING TEPUNG BERAS
Bahan Doh A:
500gm tepung gandum
1 sudu teh minyak
2 sudu makan marjerin
250ml air ais
Garam secukup rasa
Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung dan marjerin, gaul sebati.
2.Kemudian, masukkan garam dan air ais sedikit-sedikit.
3.Hentikan penggunaan air jikalau doh telah lembut.
4.Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
5.Bentukkan doh menjadi bulat.
6.Diamkan selama 10-15 minit.
Bahan Doh B:
150gm tepung beras
¼ cawan marjerin
Cara membuat:
1.Gaul sebati tepung dan majerin hingga menjadi doh.
2.Jangan masukkan semua majerin, agak-agak. Bila dah lembut, jangan tambah majerin lagi.
3.Bentukkan doh B bulat kecil, kemudian balutkan dengan doh A.
4.Gelek bebola doh dan gulung kemudian gelekkan sekali lagi dan digulung lagi.
5.Potong gulungan doh, gelekkan dan letak inti.
6. Goreng karipap pusing hingga keperangan.
Inti Kari Kentang
8 biji kentang | potong dadu
50gm ayam cincang
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari | bancuh dengan sedikit air
daun sup | hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
2.Masukkan pes kari dan masak sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata.
3.Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Masukkan tepung gandum, kacau sebati.
6.Akhir sekali masukkan daun sup.Tutup api dan sejukkan.
AGAR-AGAR SANTAN
Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali
1 liter air
1 1/4 cawan gula
200 ml santan
2 biji telur
10 helai daun pandan, kisar ambil jusnya
Cara memasak:
1.Masak agar-agar tali hingga hancur.
2. Sementara itu kacau telur bersama dengan santan.
3.Apabila air sudah mendidih masukkan gula dan secubit garam, kacau rata.
4. Masukkan telur santan tadi, sambil sentiasa dikacau.
5. Tutup api dan tuangkan agar-agar di dalam acuan.
6. Potong apabila dah keras, hidangkan dingin.
FOTO & RESIPI : KOLEKSI PERIBADI PUAN HELENA RIZANIE
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Musim perayaan Hari Raya ni ramai yang ambil kesempatan buat biskut dan kuih raya sendiri di rumah untuk dihidangkan buat para tetamu yang datang nanti. Namun, nak buat biskut perlu ada ilmu dan caranya yang tersendiri. Kena tahu panduan asas barulah biskutnya elok menjadi, lebih rangup dan tahan lama.