Ingatkan susah buat putu mayam rupanya mudah saja. Memang boleh sangat kalau nak buat sendiri di rumah. Kali pertama buat pun boleh menjadi.
Ini yang dikongsi Nor Fatihah Nawi, katanya demi memenuhi keinginan anak beliau cuba membuatnya sendiri walau tak pernah belajar menyediakan hidangan ini. Tapi menariknya ia tetap menjadi. Berikut adalah bahan dan cara membuat putu mayam pandan yang dikongsi.
Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak
Pes pandan (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar)
Gula merah/gula melaka – dihiris halus kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
Cara membuat:
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
Ads
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api masukkan tepung beras sedikit-sikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan muruku pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
Ads
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus. Kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
Kalau anda pernah menonton kartun Doraemon kegemaran anak-anak, pasti anda kenal dorayaki yang menjadi kesukaan Nobita watak kartun utama.
Macam ala penkek, tapi ini versi Jepun. Tapi istimewanya ada madu di dalamnya. Gebu dan lembut sedap dimakan panas-panas. Lapiskan pula dengan jem di tengah dua keping dorayaki. Jom semak langkah demi langkah seperti yang dikongsikan oleh Nuhaz Kitchen.
DORIYAKI :
BAHAN-BAHAN : • 3/4 cawan tepung gandum • 1 sudu kecil baking powder • 2 biji telur gred C • 1/2 cawan gula halus • 2 sudu besar madu • 2 sudu besar susu segar • 1 sudu besar minyak
CARA MEMASAK : 1. Satukan telur dan gula dalam bowl mixer.
2. Mix menggunakan speed tinggi sampai berbuih.
3. Sampai jadi macam ni
4. Masukkan susu segar.
5. Masukkan madu. Kemudian mix sebati.
6. Seterusnya masukkan tepung gandum dan baking powder.
7. Masukkan minyak dan mix lagi sehingga sebati.
8. Panaskan non stick pan dan tuangkan adunan ke atas kuali. Tak perlu sapu minyak atau butter.
9. Leperkan. 10. Masak menggunakan api kecil dan tutup kuali. Dalam 2 minit alihkan.
Memasak adalah satu skill yang unik. Apatah lagi skill memasak kuih-muih tradisional yang memerlukan ketelitian dan kesabaran. Walau nampak mudah, tidak semua yang memasak kuih tradisional boleh berpuas hati dengan kualiti rupa dan rasanya.
Bagi CEO Fadeco Group Sdn Bhd merangkap Pengarah Rekaan (Design) di Fabello Interior, Fara Mustapa, minat memasak yang dimiliki membuatkan beliau kerap memasak terutama kuih tradisional.
“Saya suka buat kuih tradisional sebab saya rasa kuih Melayu ni sebenarnya sangat mudah cuma perlukan kesabaran dan teknik yang betul untuk dapatkan hasil kuih yang cantik. Selain karipap, kuih lain yang saya suka buat adalah kuih seri muka, kuih lapis, donat, kuih keria, kuih bingka pandan, apam nasi sejuk dan bingka ubi. Tapi kuih seri muka antara kuih yang saya sangat suka buat sebab mencabar. Berkali-kali saya buat try and error untuk dapatkan tekstur yang cantik dan sempurna serta rasa yang sedap,” katanya memulakan bicara.
Walaupun pada hari ini menyaksikan banyak resipi kuih tradisional yang dimodenkan, Fara mempunyai pendapatnya yang tersendiri. Misalnya kuih karipap yang diletakkan keju sebagai intinya.
“Pada pandangan saya, saya lebih suka mengekalkan rasa asli resipi tradisional itu sendiri tetapi boleh dimodenkan dari segi rupa bentuk ataupun warna. Jika rasa kuih itu telah dimodenkan, ianya tidak lagi menjadi kuih tradisional.
Jom kita lihat resipi karipap yang dikongsikan oleh Fara.
BAHAN INTI KARIPAP
Minyak masak untuk menumis
1 tangkai daun kari
4 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili (tidak perlu jika tidak mahu pedas)
1 cawan daging (dipotong dadu/kisar)
1 cawan ubi kentang (dipotong dadu)
2 cawan ubi keledek oren (dipotong dadu)
Garam dan gula secukup rasa
2 tangkai daun sup dan daun bawang (dihiris)
BAHAN KISAR
3 sudu besar udang kering (rendam sekejap supaya lembut)
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
CARA MEMBUAT INTI KARIPAP
1. Panaskan minyak masak dalam kuali.
2. Tumis bahan kisar dan daun kari hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dicampurkan dengan sedikit air (sehingga menjadi pes). Masak pes kari sekejap sehingga sedikit garing.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
5. Masukkan ubi kentang, ubi keledek dan air sedikit. Masak sehingga ubi kentang dan ubi keledek empuk.
6. Masukkan sedikit garam, gula, daun sup dan daun bawang. Kemudian masak sehingga kering.
7. Ketepikan dahulu dan sementara tunggu sejuk boleh sediakan doh untuk kulit karipap pula.
BAHAN KULIT KARIPAP
160 ml minyak jagung
500 gram tepung gandum
1 sudu kecil garam halus
1 biji jus limau kasturi (perah dan buang biji)
200 ml air sejuk dari peti ais
CARA MEMBUAT KULIT KARIPAP
1. Panaskan minyak jagung hingga betul-betul panas.
2. Tuang tepung gandum ke dalam bekas adunan.
3. Tuang minyak jagung panas tadi ke dalam adunan tepung.
4. Gaul sebati guna senduk kayu perlahan-lahan kerana minyak masih panas. Kacau adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
5. Masukkan sedikit garam dan perahan limau kasturi ke dalam air sejuk dari peti ais dan tuang sikit demi sedikit.
6. Uli adunan sehingga lembut dan adunan tidak melekat di tangan. Boleh taburkan sedikit tepung dan sambung uli jika adunan lembik atau tambahkan sedikit air jika rasa adunan keras.
7. Kemudian masukkan doh ke dalam beg plastik yang bersih atau boleh balut dengan wrapping plastic. Bungkus kedap dan perap doh selama 15-30minit.
8. Biar sehingga doh berpeluh dan menjadi doh yang lembut serta elastik.
CARA PENYEDIAAN KARIPAP
1. Apabila doh telah lembut dan elastik, keluarkan dari plastik dan canai.
2. Boleh terap adunan yang dicanai tadi menggunakan acuan bulat atau cawan. Boleh juga ketipkan karipap menggunakan acuan karipap.
3. Susun karipap yang telah diletakkan inti tadi ke atas dulang yang telah disapukan sedikit minyak masak atau ditabur tepung agar kulit karipap tadi tidak rosak atau terkoyak ketika diangkat untuk digoreng.
4. Panaskan minyak masak yang banyak dalam kuali. Kemudian bolehlah mula menggoreng karipap sehingga kekuningan.
TIP PENTING KETIKA MENGGORENG
1. Panaskan minyak masak kemudian perlahan semula api sebelum masukkan karipap.
2. Minyak masak tidak boleh terlalu panas bagi mengelakkan kulit karipap menggerutu atau berbonjol.
3. Kulit karipap juga jangan dicanai terlalu nipis bagi menghasilkan kulit karipap yang cantik dan licin ketika digoreng.
4. Minyak masak juga jangan terlalu tidak panas kerana nanti kulit karipap akan menyerap minyak yang banyak ketika goreng. Jadi perlu sesuaikan api dan kepanasan minyak masak ikut dapur masing-masing.
Hari raya ni, sedap juga kalau makan pulut kan? Pulut Pagi antara popular dalam kalangan masyarakat Pantai Timur. Hidangan ini menggunakan beras pulut yang dimasak dengan gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Gabungan pulut yang manis lemak kelapa, menjadiakan ia sangat sedap dijadikan menu sarapan minum petang ringkas. Kepada korang yang teringin membuatnya, RASA sharekan resipi dan korang boleh cuba sendiri.
BAHAN-BAHAN:
500gm beras pulut | kukus sekurang-kurangnya setengah jam
2 keping gula Melaka | parut
2 helai daun pandan | simpul
BAHAN TOPPING:
1/2 biji kelapa muda | putih saja & gaul dengan sedikit garam
1 sudu makan beras pulut | goreng sangai hingga keperangan
CARA MEMASAK:
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Air Asam Kunyit ialah minuman tradisional berkhasiat yang membantu membuang angin, melancarkan darah dan memberi tenaga. Ikuti resipi mudah serta khasiat lengkapnya di sini.