Tidak sempurna hari kalau tidak disusuli dengan minum petang.Pelbagai variasi menu yang boleh dibuat untuk menceriakan petang anda. Tidak kira sama ada menu pedas mahupun manis ia bagaikan melengkapi suasana petang bersama yang tersayang.Boleh lihat perkongsian Helena Rizanie antaranya roti jala dan kari ayam menjadi kesukaan keluarganya.Tidak lengkap tanpa pemanis mulut. Buat Helena dan keluarga memilih makanan yang sejuk seperti agar-agar pandan
dan air buah. Pengat durian juga menjadi kegemaran keluarga dan cara membuatnya sama sebagaimana orang lain cuma versi kampung. Buat yang teringin menikmati pemanis mulut lemak manis ini, boleh ikut cara membuatnya.

Variasi Minum Petang Ringkas Dan Menyelerakan
KARI AYAM
Bahan-bahan:
1 ekor ayam | potong kecil
2 biji kentang | potong 4
1 sudu teh asam jawa adabi
1 sudu makan cili giling adabi
1 kotak santan
4-5 sudu besar rempah kari
kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
daun kari
gula dan garam secukup rasa
Bahan kisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
5 biji cili padi | pedas ikut suka

Cara memasak:
1.Panaskan minyak dan tumis bahan rempah bersama bahan kisar sehingga wangi.
2. Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair.
3.Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing.
4.Kemudian masukkan daun kari dan kentang.
5.Masukkan ayam dan masak sehingga ayam kecut, tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.
6.Masukkan santan, masak dengan api perlahan.
7.Setelah kentang empuk, masukkan asam jawa, gula dan garam. Didihkan sehingga pecah minyak.
8.Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.Sedap dimakan dengan nasi minyak atau roti jala.

Variasi Minum Petang Ringkas Dan Menyelerakan
ROTI JALA
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 biji telur
2 sudu makan minyak
garam secukupnya
serbuk kunyit @adabi_consumer

Cara memasak:
1.Campurkan kesemua bahan di atas, kacau rata kemudian tapis.
2.Panaskan kuali non-stick dengan api kecil.
3.Tuang adunan ke dalam acuan botol roti jala.
4. Kirai botol jala dan masak sehingga bahagian bawah agak kering, tak perlu dibalik.
5.Ambil sekeping jala, gulung jala.Ulang proses dengan baki adunan sehingga habis.
Hidangkan dengan kuah kari.

Variasi Minum Petang Ringkas Dan Menyelerakan
PENGAT DURIAN
Bahan-bahan:
6 ulas durian
1/2 ketul gula melaka
1 kotak santan
1 helai daun pandan
Air secukupnya

Cara memasak:
1.Masukkan isi durian, gula melaka, daun pandan dan air.Masak sampai mendidih.
2.Kalau tak cukup manis boleh tambah gula lagi.
3.Masukkan santan dan biarkan sampai mendidih dan sedikit pekat.
4.Padamkan api. Sedia untuk dihidang dengan pulut kukus.

Variasi Minum Petang Ringkas Dan Menyelerakan
KARIPAP PUSING TEPUNG BERAS
Bahan Doh A:
500gm tepung gandum
1 sudu teh minyak
2 sudu makan marjerin
250ml air ais
Garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak dan tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi tepung dan marjerin, gaul sebati.
2.Kemudian, masukkan garam dan air ais sedikit-sedikit.
3.Hentikan penggunaan air jikalau doh telah lembut.
4.Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
5.Bentukkan doh menjadi bulat.
6.Diamkan selama 10-15 minit.

Bahan Doh B:
150gm tepung beras
¼ cawan marjerin
Cara membuat:
1.Gaul sebati tepung dan majerin hingga menjadi doh.
2.Jangan masukkan semua majerin, agak-agak. Bila dah lembut, jangan tambah majerin lagi.
3.Bentukkan doh B bulat kecil, kemudian balutkan dengan doh A.
4.Gelek bebola doh dan gulung kemudian gelekkan sekali lagi dan digulung lagi.
5.Potong gulungan doh, gelekkan dan letak inti.
6. Goreng karipap pusing hingga keperangan.

Inti Kari Kentang
8 biji kentang | potong dadu
50gm ayam cincang
1/2 biji bawang besar | potong dadu
2 ulas bawang putih | cincang halus
1 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan serbuk kari | bancuh dengan sedikit air
daun sup | hiris halus
garam dan gula secukup rasa

Cara memasak:
1.Panaskan minyak, tumis bawang besar dan bawang putih.
2.Masukkan pes kari dan masak sehingga terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul rata.
3.Biarkan seketika kemudian masukkan kentang dan biarkan hingga empuk.
4.Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5.Masukkan tepung gandum, kacau sebati.
6.Akhir sekali masukkan daun sup.Tutup api dan sejukkan.

Variasi Minum Petang Ringkas Dan Menyelerakan
AGAR-AGAR SANTAN

Bahan-bahan:

1 paket agar-agar tali
1 liter air
1 1/4 cawan gula
200 ml santan
2 biji telur
10 helai daun pandan, kisar ambil jusnya

Cara memasak:

1.Masak agar-agar tali hingga hancur.
2. Sementara itu kacau telur bersama dengan santan.
3.Apabila air sudah mendidih masukkan gula dan secubit garam, kacau rata.
4. Masukkan telur santan tadi, sambil sentiasa dikacau.
5. Tutup api dan tuangkan agar-agar di dalam acuan.
6. Potong apabila dah keras, hidangkan dingin.

FOTO & RESIPI : KOLEKSI PERIBADI PUAN HELENA RIZANIE

Variasi Minum Petang Ringkas Dan Menyelerakan

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI