Nasi Ayam Hainan. Lain orang lain cara buatnya. Kalau korang nak cuba kelainan bolehlah cuba resipi yang ini. Lebih best kalau nanti, boleh combine kan cara yang berbeza tu untuk dapatkan yang lebih best lagi.

Inilah Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Super Sedap Tu. Kini Bukan Rahsia Lagi Terutama Cara Nak Isi Ayam Lembut.

AYAM CELUR @ REBUS

BAHAN-BAHAN :

  • 1 ekor ayam belum dipotong – dibersihkan luar dan dalam. Ambil garam kasar dan scrub kulitnya supaya dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit lebih flawless supaya kulit ayam lebih cantik, ni petua orang cina katanya Inilah Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Super Sedap Tu. Kini Bukan Rahsia Lagi Terutama Cara Nak Isi Ayam Lembut.
  • Air secukupnya
  • ketul ais dimasukkan dalam besen dan campur air
  • Halia – dipotong
  • Daun bawang – dipotong
  • bawang besar – dibelah
  • bawang putih – dibelah
  • sup bunjut

 

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan air dan masukkan semua bahan-bahan dan rebus seketika.
  2. Bila mendidih, masukkan ayam. masak seketika. Angkat dan rendam ayam dalam air ais seketika. Kemudian rebus balik ayam tadi. Ulang sebanyak 3-4 kali proses rebus dan rendam air ais tu. Saya cuma buat 3 kali je Inilah Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Super Sedap Tu. Kini Bukan Rahsia Lagi Terutama Cara Nak Isi Ayam Lembut.. Lepas tu saya rebus ayam tu sampai masak.
  3. Last sekali bila ayam dh masak angkat dan rendam terus dalam air ais. Teknik ni supaya isi ayam lembut dan tak overcooked. Ianya juga membentuk lapisan lemak yang juicy didalam daging ayam tu.
  4. Kalau rasa malas dan renyah boleh je terus rebus. Dan kalau suka jenis goreng, ayam tu lepas rebus, lumur kicap manis dan goreng api kuat sehingga kulit rangup sahaja.
  5. Air rebusan simpan untuk dibuat sup, dimasak nasi dan buat sos kicap

Inilah Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Super Sedap Tu. Kini Bukan Rahsia Lagi Terutama Cara Nak Isi Ayam Lembut.

NASI AYAM

IKLAN

BAHAN-BAHAN :

  • 4 pot beras
  • 6 cawan air rebusan ayam (ni ikut beras apa kita guna k sebab kadang-kadang tak sama jenis) Saya suka nasi ayam saya ni lembik sedikit dan tak berderai.
  • 3 – 4 sudu besar stok pekat ayam maggi – yang dalam botol
  • Minyak untuk menumis
  • Daun pandan – disimpul

BAHAN KISAR :

  • 4-5 ulas bawang merah
    4-5 ulas bawang putih
    4 inci halia

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar bersama daun pandan sehingga wangi. Masukkan air rebusan dan stok pekat ayam.
  2. Biar mendidih. Masukkan garam secukup rasa.
  3. Masukkan beras dan masak nasi seperti biasa.

Inilah Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Super Sedap Tu. Kini Bukan Rahsia Lagi Terutama Cara Nak Isi Ayam Lembut.

SOS CILI

BAHAN-BAHAN :

IKLAN

 

  • 4 biji cili merah – dibelah dan buang bijinya
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cuka
  • sedikit minyak

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
  2. Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
  3. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

Inilah Resipi Nasi Ayam Hainan Yang Super Sedap Tu. Kini Bukan Rahsia Lagi Terutama Cara Nak Isi Ayam Lembut.

SOS HALIA DAN BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • Seketul halia
  • 2 ulas bawang putih
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit cuka
  • sedikit minyak

CARA MEMASAK:

  1. Kisar semua bahan dengan sedikit air sehingga halus
    Panaskan sedikit minyak, dan tumis sekejap.
  2. Tutup api dan tuang sedikit cuka. Kalau tak suka cuka boleh guna jus perahan limau.

 


SOS KICAP

BAHAN-BAHAN :

  • Sedikit air rebusan sup
  • kicap

CARA MEMASAK :

  1. Campur keduanya dan pandai-pandailah adjust kepekatan tu. Siap.!

Selamat Mencuba.

kredit resepi : tidak dapat dikesan,jika ini resepi anda mohon jasa baik untuk pm untuk admin masukkan nama anda. Terima kasih

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI