1.Bersihkan daging. Kemudian di dalam satu bekas, satukan daging dengan cili kering yang sudah dikisar yang sudah dikisar tadi.
2.Masukkan kicap manis (cap kipas udang). Tuang je sampai warna bertukar. Agak-agak ye. Masukkan kicap pekat. Bajet- bajet tengok dah hitam sikit ok dah.
3.Kemudian, masukkan cuka. Gaul semua bahan, pakai sudu ye gaul. Kali ini jangan pakai tangan. Ketepikan selama 1 jam.
4. Panaskan minyak. Tumis rempah 3 sekawan. Masukkan bahan kisar. Masak sehingga pecah minyak.
5. Apabila sudah pecah minyak, kemudian masukkan daging yang diperap tadi. Kacau bagi rata. Jangan tambah air apa-apa dah.
Ads
6.Masak sampai daging empuk dengan menggunakan api sederhana. Angaran masak dalam 35 minit. Masak daging memang ambil masa sedikit.
7. Apabila daging dah nampak empuk dan kering sedikit, masukkan sos tiram. Gaul rata lagi. Api perlahan ye.
8. Masukkan gula bagi ada rasa lebih padu. Tapi kalau tak nak masukkan pun tidak mengapa. Ikut selera masing-masing. Nampak dah kering siap dah la. Tutup api.
Sebenarnya ada cara senang nak buat piza. Jadi lepas ni sesiapa yang suka makan piza, boleh cuba buat sendiri tau. Tak perlu kelengkapan macam chef pun. RASA kongsikan cara buat piza dengan mudah. Tak perlu uli pun. Hanya tekan-tekan dengan tangan saja.
DOH PIZA TANPA ULI
BAHAN-BAHAN
500 gram bread flour (tepung gandum pun boleh).
350 – 370 gram air
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
2 gram pelembut roti
BAHAN TOPPING
Sedikit keju mozarella
Peppercorn
CARA MEMBUAT
1. Satukan semua bahan. Masukkan dalam bekas bertutup yang dah disapu minyak. Tutup dan setiap 30 minit tarik dan lipat doh (stretch and fold). Buat 4 set. Tangan basahkan dengan air terlebih dahulu.
2. Sapu piza pan dengan mentega atau minyak masak. Tekan-tekan doh guna tangan sehingga memenuhi pan.
3. Cucuk bahagian tengah piza dengan garpu. Doh memang lembik (high hydration).
4. Sapukan sos piza dan tabur keju mozarella. Boleh tabur sikit pappercorns.
5. Perap setengah jam. Bakar suhu 180°C sehingga masak.
Negeri Johor dan Melaka memang cukup popular dengan masakan Asam Pedasnya. Bukan setakat ikan , daging dan ayam pun sedap dimasak cara begini, asam pedas ayam.
Jom ikut resipi dari Nur Kasih Fiezaimi Fiza ni. Ringkas dan mudah aje. Janji herba penyedap masakan, daun kesum , bunga kantan dan serai harus ada. Belacan tu opsyen tak letak pun takpe, kalau nak letak sedap jugak kalau belacan tu dipanggang dahulu.
ASAM PEDAS AYAM
BAHAN-BAHAN :
2-3 biji bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci @ 2.4sm halia
1 inci@ 2.4sm kunyit hidup
4 -5 sudu makan pes cili kering. Kisar semua ( dari bawang hingga kunyit hidup)
Ayam | digoreng setengah masak
1-2 sudu makan asam jawa | dicampur air
Sedikit belacan
2 batang serai | dititik
Bunga kantan secukupnya
Daun kesum secukupnya
Garam secukupnya
Gula secukupnya
CARA MEMASAK : 1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan dikisar hingga naik bau. 2. Masukkan pes cili kering dan tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan belacan. 3. Masukkan ayam dan gaul.Masukkan pula air asam jawa, bunga kantan daun kesum. 4. Biarkan mereneh sebentar, perasakan dengan garam dan gula .
Biasa kita buat atau beli sambal kering ikan bilis, tapi yang ini sambal kering kentang sagat. Tengok saja pun kita dah tahu sedap.
Hanya memerlukan empat bahan utama untuk membuatnya, sambal ini juga tahan lama hingga tiga bulan. Resipi sambal yang turut dikenali sebagai sambal ronggeng ini dikongsi oleh penjualnya Mawar Alina.
Resipi sambal ronggeng atau sambal kering kentang sangat
Bahan-bahan
Ubi kentang
Cili kering
Ikan bilis
Bawang merah
Tepung Bestari
Garam
Gula
Serbuk perasa
Cara membuat
1. Sagat kentang, cuci bersih & toskan airnya
2. Cili kering, potong buang biji kemudian basuh bersih. Rebus cili kering sekejap, bilas dan toskan airnya
3. Ikan bilis basuh bersih, toskan airnya. Tabur sedikit tepung bestari (tepung jagung pun boleh) untuk hasil rangup
4. Goreng ikan bilis, kentang, cili kering dan bawang berasingan. Goreng satu persatu hingga garing.
5. Sediakan chopper, kisarkan cili kering, ikan bilis dan bawang goreng.
6. Gaulkan mesra bahan kisar dengan kentang goreng. Tambah sedikit garam, gula & perasa jika suka.
7. Sambal ronggeng ini lebih sedap biarkan semalaman baru makan supaya rasa cili sebati dengan kentang.
8. Sambal ini boleh tahan lebih 3 bulan. Tetap garing asalkan tutup elok bekas kedap udara.
Butter Cookies tiga bahan ini sesuai sangat kalau nak buat sendiri biskut raya sempena menyambut Aidiladha hujung minggu ini.Cara membuatnya sangatlah mudah begitu juga...