Daging Masak Hitam antara menu yang tak jemu makan sama ada untuk majlis kenduri mahupun dijadikan lauk pada hari-hari biasa. Selain sedap, istimewanya masakan ini adalah tahan lama. Jimat masa, makan pun sedap. Untuk frozen, anda boleh masak lebih seperti resipi yang disediakan ini. Pekkan dalam belas bertutup untuk sekali makan lebih kurang 250gm setiap satu pek. Setelah betul-betul sejuk baru frozenkan. Bila teringin keluarkan satu pek dan panaskan sahaja. Sangat mudah.
DAGING MASAK HITAM
BAHAN-BAHAN
Ads
3kg daging batang pinang | hiris nipis, cuci dan toskan
3 cawan kicap pekat manis
4 sudu makan kerisik
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan minyak masak
Bahan Kisar:
30 tangkai cili kering
9 batang serai
9 biji bawang besar
1 biji ulas bawang putih
6cm lengkuas
5cm halia
Bahan Sangai dan Kisar:
Ads
6 sudu makan ketumbar
3 sudu makan jintan manis
1 1/2 sudu makan jintan putih
Bahan Penumis:
3 batang kulit kayu manis
6 kuntum bunga lawang
15 kuntuk bunga cengkih
15 biji buah pelaga
CARA MEMASAK:
Ads
Panaskan minyak dan masukkan bahan penumis goreng hingga wangi.
Seterusnya, masukkan bahan yang dikisar basah dan sangai. Kacau hingga naik bau.
Masukkan daging bersama asam gelugor, kacau rata dan biar hingga mendidih.
Taambah air jika daging belum empuk.
Akhir sekali masukkan kerisik kacau hingga sebati.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Dunia bakeri memang ada banyak kisah pahit manis. Ada yang berendam air mata bila dapat pelanggan cerewet. Ada juga yang gembira kerana dapat membuat kek untuk orang kenamaan. Tidak kurang juga kisah 'semangat yang hilang' apabila kek yang dibuat rosak di saat akhir ketika hendak dihantar kepada pelanggan.
Sebagaimana kisah seorang baker, Ilyana Isa. Kisah pada Oktober 2013 tetap jadi kenangan yang terpahat dalam ingatannya.
"Bila kek tu rosak, saya panik, terkejut dan takut kena marah dengan kastemer. Saya rasa bersalah tapi lebih banyak rasa sedih sebab usaha keras semalaman tak tidur malam hancur sekelip mata," cerita Ilyana. Dia telah menyebabkan kek pelanggan rosak sebab terlanggar bonggol ketika memandu kereta ke rumah pelanggan."
Sambung wanita ini, "Masa tu saya masih baru dalam dunia baking. Saya menangis sepanjang perjalanan ke majlis perkahwinan kastemer. Akhirnya saya tolak semua order sepanjang minggu tu. Rasa sangat depressed dan hilang terus semangat nak teruskan baking. Terus salahkan diri sendiri kerana merosakkan majlis perkahwinan kastemer."
Sepatutnya kek keadaan seperti ini.
.
Terlanggar bonggol, kek jadi macam ini.
.
Namun semangat dan minat dalam dunia membuat kek menjadikan Ilyana cepat naikkan semangat. Tidak boleh selamanya terus menyalahkan diri sendiri. Walaupun dia sedar dia telah merosakkan majlis perkahwinan pelanggan, namun Ilyana yakin dia boleh jadi baker yang bagus satu hari nanti.
Ilyana mengakui pergi menuntut ilmu membuat kek adalah salah satu perkara yang perlu dibuat. Walaupun banyak ilmu boleh dipelajari melalui teknologi masa kini misalnya Youtube, namun tidak sama dengan belajar daripada guru.
"Saya banyak berguru. Ramai guru baking yang saya jumpa untuk belajar daripada mereka. Saya tekad nak naikkan semula semangat yang hilang. Salah satu ilmu penting yang saya pelajari daripada kejadian kek pengantin terbelah waktu delivery adalah kek yang perlu deliver jauh terutamanya kek bertingkat perlu set sekurang-kurangnya satu hari dalam fridge. Ini penting supaya kek betul-betul stabil sebelum hantar. Jangan kek siap saja terus pergi hantar. Dulu saya ingat nak bagi pelanggan dapat kek yang freshly baked iaitu siap beberapa jam terus deliver. Sangat-sangat salah idea tu," katanya.
Selain itu, Ilyana turut belajar mengawal emosi. Jangan panik dan sentiasa bersedia dengan back up plan jika terjadi perkara seperti ini lagi. Bawa alatan asas untuk baiki kek. Sebelum ini, dia panik apabila kek pengantin rosak ketika penghantaran. Hal ini membuatkan dia membeli kek dari kedai kek untuk menggantikan kek yang rosak. Padahal kek yang rosak itu sebenarnya masih boleh diselamatkan lagi.
Ilyana memberikan 4 sebab kenapa seseorang yang ingin menjadi baker perlu berguru sebelum serius mengambil tempahan daripada pelanggan.
1) Jika anda hanya belajar buat kek secara online tanpa guru, memang sangat berbaloi dari segi wang ringgit kerana ianya percuma. Tetapi hakikat sebenarnya, belajar sendiri memerlukan lebih banyak pengorbanan masa dan tenaga. Anda akan ambil masa yang sangat lama untuk belajar. Mungkin bertahun-tahun lamanya dan banyak trial and error untuk mendapat sesuatu skill.
2) Berguru untuk belajar membuat kek sebenarnya sangat penting kerana kita akan sentiasa belajar benda baru. Kita juga akan dapat cara untuk belajar secara 'bijak' (work smart) dengan berguru. Kita dapat jimatkan masa dan tenaga untuk belajar tips & tricks melalui pengalaman orang lain. Kebarangkalian kejadian yang tidak diingini seperti kek rosak akan dapat dikurangkan dengan panduan daripada seorang guru.
3) Sesuatu yang perlu ada pada seorang baker yang penting ialah minat, kemudian baru dapatkan skill. Jika ada minat, skill akan datang dengan sendiri. Skill dekorasi kek, skill melayan pelanggan dan skill berniaga akan bertambah dengan pengalaman.
4) Perkara yang membezakan antara baker yang belajar di Youtube sahaja dengan baker yang belajar secara berguru adalah pada masa dan pengalaman. Baker yang belajar sendiri melalui Youtube akan mengambil lebih banyak masa kerana perlu mencuba pelbagai teknik sebelum berjaya. Baker yang berguru akan dapat skill dan teknik yang sama dengan masa lebih singkat.
Dalam keadaan pandemik Covid-19 ni, Ilyana turut berkongsi cara untuk para baker pastikan pendapatan tetap konsisten dengan menerima tempahan yang memberangsangkan seperti waktu sebelum ada wabak ini.
"Tawarkan servis penghantaran dan pembayaran online yang semestinya boleh elak bersentuhan. Kecilkan size kek atau tawarkan kek budget supaya lebih ramai pelanggan mampu membeli. Iklan secara konsisten supaya produk mendapat tempat di hati lebih ramai orang," ujar Ilyana yang telah mula mengusahakan kek sejak 2013.
Selain itu, Ilyana turut mempunyai impian dalam dunia baking. Dia sememangnya minat makan kek dan ingin orang ramai menikmati kek yang sedap sehingga mencapai tahap keenakan yang diharapkan.
"Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan lebih ramai baker, terutamanya baker yang baru bergiat dalam bidang ini. Sebelum ini saya banyak mengajar kelas hands on, tetapi saya dalam proses membuat kelas pengajian atas talian (PJJ) untuk bersama lebih ramai baker. Itu impian saya," katanya yang juga guru baking kepada pengasas Kedai Kek Bangi, Zetty Nurakmal Azura.
.
.
.
Ilyana kongsikan resipi kek Lotus Biscoff Cheesecake iaitu antara kek buatannya yang menjadi salah satu paling laris dijual. Jom kita cuba buat.
BAHAN BASE
140 gram biskut lotus biscoff
60 gram mentega (cairkan)
CARA MEMBUAT BASE
1. Hancurkan biskut dan gaul dengan mentega cair.
2. Tekan dan padatkan pada dasar loyang saiz 7 inci yang dialaskan dengan baking paper.
3. Bakar pada suhu 180°c selama 10 minit.
BAHAN CHEESECAKE
450 gram creamcheese (suhu bilik)
160 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanilla
130 gram sourcream
2 biji telur ayam gred B
BAHAN TOPPING
150 gram lotus biscoff spread
1~2 keping biskut lotus biscoff sebagai hiasan.
CARA MEMBUAT CHEESECAKE
1. Pukul creamcheese, gula kastor dan esen vanilla sehingga sebati.
2. Masukkan sourcream. Pukul perlahan.
3. Masukkan telur ayam. Pukul perlahan sahaja. Sebatikan dan tuang ke dalam pan.
4. Bakar dalam oven menggunakan teknik 'waterbath' pada suhu 160°c selama 1 jam.
5. Biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian sejukkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 6 jam.
6. Keluarkan daripada loyang. Cairkan lotus biscoff spread menggunakan microwave atau double boil. Sapu atas cheesecake. Hias dengan biskut lotus biscoff.
Penggemar sajian ikan bakar memang kena cuba menu Siakap Bakar ala Kuala Perlisni. Kuahnya yang sangat sedap dilumur pada ikan segar. Fuh… Nikmat sangat. Makan pula panas-panas sambil dicicah air asam atau sambal kicap, nikmat apa lagi yang mahu didustakan. Saudari Rozmaliza Omar ada kongsikan resipinya. Jom cuba!
RESIPI SIAKAP BAKAR ALA KUALA PERLIS
BAHAN-BAHAN: 1 ekor ikan siakap – boleh gantikan dengan apa-apa jenis ikan Garam secukup rasa Serbuk kunyit secukupnya – beli online disini
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1. Satukan semua bahan kuah perapan ikan. Masak dengan api perlahan sehingga agak pekat sedikit. 2. Rasa terlebih dahulu rasa manis-manis dan lemaknya. Setelah nampak sedikit mendidih dan elok pekatnya, boleh tutup api. Ketepikan. 3. Ikan dibelah, dicuci bersih dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam dengan secukup rasa. 4. Bakar ikan dengan api sedang. 5. Setelah siap dibakar, sapu dan lumurkan kuah yang dimasak tadi atas ikan sambil dibakar lagi. 6. Bila ikan sudah nampk bersalut elok dengan kuah, bolehlah diangkat. 7. Hidangkan Ikan Sikapa Bakar ala Kuala Perlis dengan sambal kicap atau air asam kerisik.
Sayur lemak jambu golok dengan sotong. Buah gajus ini dipanggil jambu golok di belah pantai timur. Bila masak lemak putih dengan sotong, pehh memang terangkat. Masakan ini memang terkenal di Terengganu. Apatah lagi sekarang musim sotong di sana.
Siapa yang pernah cuba? Rugi tau kalau tak pernah cuba. Masakan rare juga ni. Boleh ikut resipi yang diberikan oleh puan Sofea Sufiini ye.
Bersihkan sotong, cuci dengan limau nipis. Ketepikan.
Ramas beberapa kali buah jambu golok dengan garam untuk keluarkan rasa kelatnya. Toskan.
Masukkan bahan kisar, santan dan hirisan jambu golok ke dalam periuk. Kacau-kacau.
Bila kuah dah menggelegak, perasakan dengan garam secukup rasa. Masukkan sotong dan biar sekejap sebelum tutup api. Jangan terlalu lama takut sotong keras. Siap.
Hameediyah Ramadan 2026 tampil dengan promosi iftar nasi kandar, Briyani Buluh Kambing dan pakej open house Aidilfitri eksklusif. Tempah awal dan nikmati tawaran menarik!