Masakan Cina mempunyai gaya masakan yang tersendiri, ia sedap dan mengekalkan cita rasa asli dan kesegaran bahan yang digunakan dalam masakan. Lebih sedao sebab dihidangkan panas-panas dari dapur. Anda penggemar masakan Cina, berikut Chef Patrick Ng, Head Chinese Chef, Restoran Cina Tung Yuen, Grand Bluewave Hotel Shah Alam berbesar hati berkongsi lima menu masakan Cina boleh anda cuba.

 AYAM GORENG BERSAMA KIUB JERUK HALIA DAN SOS MADU

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam | bersihkan, potong kecil
  • Air secukupnya | untuk rebus
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN UNTUK KIUB JERUK HALIA MADU:

  • 200gm halia muda
  • 75gm cuka putih
  • 100gm gula
  • 30gm madu

BAHAN UNTUK PERAP:

  • 1 biji telur
  • 50gm tepung jagung
  • Sedikit serbuk ayam
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit garam

CARA-MEMASAK

  1. Untuk membuat kiub jeruk halia madu; potong halia menjadi kiub kecil. Jerang air dan bila panas, masukkan halia dan rebus seketika. Angkat dan tapis. Ketepikan.
  2. Masak gula bersama cuka sehingga mendidih dan masukkan madu.
  3. Masukkan pula potongan halia tadi dan masak seketika. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk selama dua hari. Keluarkan ketika hendak masak.
  4. Untuk memasak hidangan ini; ayam dipotong kecil dan perap dengan serbuk ayam, sos tiram, telur, tepung jagung dan sedikit garam. Gaul sebati. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya. Angkat, tos dan ketepikan.
  6. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali, panaskan dan masukkan kiub jeruk halia madu, goreng seketika dan masukkan ayam goreng tadi. Gaul sekata.
  7. Angkat dan sedia dinikmati.

DAGING RUSA GORENG HALIA DAN DAUN BAWANG

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 600gm daging rusa
  • 150gm daun bawang | hiris
  • 50gm hirisan halia
  • 30gm bawang putih | cincang
  • Minyak masak secukupnya

BAHAN PERAP:

  • 1 biji telur | ambil bahagian putih sahaja
  • Sedikit serbuk ayam
  • Sedikit sos tiram
  • Sedikit garam

BAHAN B

  • 20gm serbuk ayam
  • 10gm kicap
  • 10gm sos tiram
  • 5gm gula
  • 10gm kicap pekat

CARA MEMASAK:

  1. Hiris daging rusa, bersihkan. Kemudian satukan bersama putih telur, serbuk ayam, sos tiram dan garam secukup rasa. Gaul sekata. Perap seketika. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng hirisan halia hingga terbit harum. Masukkan bawang putih dan kacau sebati.
  3. Masukkan hirisan daging rusa bersama bahan B. Gaul sebati selama seminit. Masukkan daun bawang.
  4. Angkat dan sedia untuk dinikmati.

UDANG HARIMAU GORENG BERSAMA KUNING TELUR DAN PLANTA

IKLAN

BAHAN-BAHAN:

  • 600gm udang | bersihkan
  • 5gm daun kari
  • 2 biji cili padi | cincang
  • 2 biji kuning telur masin
  • 150gm planta
  • 10gm serbuk ayam
  • 5gm gula
  • 50gm susu cair
  • Minyak masak secukupnya
  • Air untuk mengukus secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Kukus telur masin selama 15 minit. Sejukkan. Kemudian ambil kuningnya sahaja dan cincang.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng udang harimau sehingga masak. Ketepikan.
  3. Panaskan planta dan masukkan kuning telur masin yang dicincang. Diikuti cincangan cili padi dan goreng sekata.
  4. Masukkan udang harimau yang siap digoreng dan kacau bersama susu cair selama seminit.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

IKAN KERAPU KUKUS SOS TEOH CHEW

BAHAN-BAHAN

IKLAN
  • 1kg ekor ikan kerapu | bersihkan
  • Air secukupnya

BAHAN SOS TEOH CHEW:

  • 100gm sayuran masin | hiris
  • 1 biji tomato | belah enam
  • 30gm cendawan hitam | cincang
  • 2 biji cili padi | hiris
  • 5gm halia | hiris
  • 1 biji jeruk plum
  • 500gm sup ayam
  • 60gm serbuk ayam
  • 20gm garam
  • 10gm gula
  • 2 sudu makan minyak masak

CARA MEMASAK:

  1. Satukan semua bahan untuk sos Teoh Chew dan rebus. Ketepikan.
  2. Potong ikan menjadi fillet yang dibelah dua dan letakkan di atas pinggan tahan panas.
  3. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga ikan masak sepenuhnya.
  4. Tuang sos Teoh Chew ke atas ikan yang telah dikukus tadi.
  5. Sedia dinikmati.

HONG KONG CHOY SAM GORENG BERSAMA AYAM KISAR DAN CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:

  • 700gm Hong Kong Cyoh Sam
  • 200gm isi ayam | kisar
  • 50gm cendawan | hiris
  • 50gm bawang putih | cincang
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh kicap manis
  • Sedikit serbuk ayam
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng Hong Kong Choy Sam bersama separuh daripada bawang putih hingga terbit bau harum.
  2. Masukkan serbuk ayam, garam dan gula secukup rasa. Gaul sekata. Angkat dan letakkan di dalam pinggan.
  3. Tumis baki bawang putih dan masukkan ayam dan cendawan. Tambah sos tiram, kicap pekat, kicap manis dan serbuk ayam. Gaul sekata sehingga masak.
  4. Tuang sos di atas sayur tadi. Sedia dinikmati.