Masakan ikan memang menjadi kegemaran ramai. Tambah pula jika dapat menikmati masakan yang diidamkan. Jika makan di kedai kadangkala tidak menepati cita rasa sebagaimana yang diinginkan. Nah apa kata masak resipi perkongsian Sheena ini. Istimewa dihidangkan untuk sekeluarga untuk sahur mahupun berbuka nanti.
IKAN SIAKAP GORENG TOM YAM
Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap
Ads
4 biji bawang merah
5 batang cili padi
2 batang cili merah
2 biji tomato
3 batang serai
2 helai daun limau purut
Sedikit jus perahan limau nipis
3 sudu makan pes tomyam
Ads
2 sudu makan pes cili kering
Cara memasak:
1.Tumis bawang merah, serai,cili padi,tomato,cili merah dan daun limau purut.
2.Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak.
3. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam.
4.Gaul rata dan perasakan dengan garam.
5.Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih.
6.Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis.Tutup api apabila kuah mendidih.
7. Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi.Sedia dihidang. (Tuang tanpa minyak)
Kredit: Sheena Cooking Passion
ADA YANG NAK MEMBELI KUALI NON STICK? BOLEH BELI DI SINI
Bagi anda yang suka makan ikan sardin, menu Ikan Sardinhomemade ni memang kena cuba. Barulah rasa lebih yakin, tanpa pengawet dan tentunya lebih sedap! Caranya mudah sahaja. Jom cuba resipi perkongsian saudari Alia Farhan Said ni.
RESIPI IKAN SARDIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
( jumlah sos bergantung pada jumlah ikan dan juga citarasa masing-masing. Boleh ubah suai ikut selera.)
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ikan sardin dan buang kepala, sirip dan perut sebersih-bersihnya.
2. Goreng ikan terlebih dahulu namun jangan sampai terlalu garing. Angkat dan toskan minyaknya.
3. Ambil periuk tekanan ( pressure cooker), masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Kemudian masukkan ikan yang digoreng tadi dan masukan air pada paras ikan sahaja. ( Masak guna pressure cooker air tak akan berkurang. Sebab tu kena guna air pada jumlah yang sepatutnya sahaja.)
5. Tutup penutup periuk tekanan dan pulas tombol ke SEAL. Set bahagian pressure dan pilih STEAM.
6. Tekan KEEP PRESSURE dan tambah masa ( tekan MIN) hingga ke 59. ( untuk periuk Phillip, settingnya sampai 59 sahaja. Selepas 59 minit, tambah lagi setting yang sama untuk 30-35 minit lagi.
7. Bila dah siap, bunyi ‘beep’ akan berbunyi. Lepaskan wap tekanan terlebih dahulu. Kemudian buka penutup dan keringkan air pada sardin menggunakan mode BAKE. Jika nak tekan butang CHICKEN pun boleh.
8. Bila agak-agak air dah kering dan berpadanan, boleh padamkan api dan masukkan sardin dalam bekas bersesuaian.
9. Sejukkan sardin terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk beku.
Selain goreng bakar atau gulai, ikan juga sedap dibuat sup atau singang, sesuai sangat untuk anda yang tak ada selera makan. Namun sering menjadi masalah, ikan bila dimasak sup ada sedikit rasa hanyir jika tidak dicuci bersih. Agar sup ikan anda tidak menjadi sia-sia, cuba lima tip ini.
Ikan Yang Sesuai
Sebaiknya pilih ikan laut seperti ikan merah, kerap, tenggiri dan beberapa jenis lagi yang berisi putih dan berisi lembut.
Pastikan Ikan Segar
Yang terbaik adalah ikan segar dari pasar kerana ia akan rasa lebih sedap bila dimasak berbanding ikan yang telah difrozen. Pilih ikan yang tidak barbau hanyir, insangnya masih berwarna merah dan tekstur isinya masih kenyal.
Bersihkan Ikan
Cuci bersih ikan dari sisik, isi perut darah dan ingsang ikan di bawah air mengalir hingga betul-betul bersih hingga hilang bau hanyir. Boleh juga menggunakan perahan limau nipis, cuka atau air asam jawa untuk menghidar bau hanyir terutamanya pada ikan air tawar.
Gunakan Bahan Perapan Dan Rempah Ratus
Salah satu cara mudah menghilangkan bau adalah dengan menggunakan bahan tumisan seperti halia, lengkuas, serai, bawang putih, daun limau purut, kemangi atau salam. Fungsinya untuk mengatasi bau hanyir dari ikan.
Selepas Sup mendidih Baru Masukkan Ikan
Tekstur isi ikan sangat lembut. Oleh itu anda perlu masukkan ikan apabila sup telah mereneh. Apabila ikan sudah masak dan cukup rasa segera tutup api dan sup ikan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sambal Tumis Sardin Petai ni memang nampak sangat menyelerakan. Sambal tumis yang pedas, ikan sardin yang garing ditambah pula dengan hirisan petai yang besar-besar begini, memang sangat membuka selera. Menunya biasa je, tapi lauk beginilah yang jadi kegemaran ramai untuk menjamu selera. Terliur? Saudari Nurul Joe ada kongsikan resipinya. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL TUMIS SARDIN PETAI PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN: 1 tin sardin – asingkan ikan dan kuahnya – beli online disini 1 biji bawang besar – dihiris – beli online disini 3 ulas bawang putih – dihiris – beli online disini 10 tangkai cili padi – dihiris 1 biji cili merah besar – dihiris Petai secukupnya
CARA MEMASAK: 1.Panaskan minyak dalam kuali dan goreng sekejap ikan sardin tanpa sos. Bila agak-agak perang, angkat dan ketepikan. Simpan sosnya jangan dibuang. 2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan yang telah dihiris hingga wangi. 3. Masukkan sos sardin. Masak lagi hingga mendidih. 4. Perasakan dengan garam dan perasa dengan secukupnya. 5. Tambahkan sedikit kicap manis. Sebatikan. 6. Akhir sekali masukkan ikan sardin yang telah digoreng tadi dan juga petai. Masak seketika dan siap. 7. Sambal Tumis Sardin sedia untuk dinikmati.
RASA Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 bakal berlangsung di Dataran Merdeka dengan penghasilan 16,000 pek bubur lambuk bersama anggota bomba dan komuniti sebagai percubaan rekod Malaysia.