Orang utara kalau tidak ada gulai kari dalam hidangan tidak kira sama ada makan tengah hari atau malam , seakan tidak lengkap. Menu yang satu ni wajib ada, baq hang. Kadang tu susah nak dapat rasa gulai kari yang terangkat macam yang tekak kita nak. Min kongsi tip buat kari original dari orang utara sendiri. Lepas ni buat kari gerenti sedap.
Tip masak KARI..
1.Selalunya negeri sebelah utara masak kari memang sedap.. (cheq org Kedah) jangan marah na….
2.Santan saya tak letak. Gantikan dengan beras yang disangai dan ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
3.Kari yang sedap, minyak mesti berlinang atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tip untuk menyediakan kari yang sedap.
Rempah kari kering Rempah ditumis kering dan dikacau dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api. Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
Kuantiti minyak Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
Hirisan bawang Bawang merah dan bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
Ads
Halba campur Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari. Kari anda akan lebih beraroma.
Pecah minyak Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul di permukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
Asam jawa Lepas pecah minyak, baru masuk asam jawa dan boleh juga masukkan asam keping. Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain. Rasa garam juga harus seimbang. Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Apalagi…Jom masak KARI
Ads
Gulai Ikan Kuala Kedah
Bahan-bahan: 2 keping ikan merah 1 1/2 sudu besar rempah kari ikan cap O 1 sudu teh jintan putih/jintan halus 2 ulas bawang merah 4 ulas bawang putih
1 biji buah keras setangkai daun kari sedikit halba campur garam dan gula secukup rasa 4 biji bendi muda 1 biji tomato segar sedikit air asam jawa (kalau suka masam -lebihkan) 2- 3 sudu besar minyak masak 1 1/2 mangkuk air 2 -3 biji cili padi
Cara memasak: 1.Bawang putih,bawang merah,buah keras dan jintan putih ditumbuk halus. 2.Panaskan minyak , masukkan bahan yang ditumbuk,daun kari dan halba sehingga sedikit garing 3.Masukkan rempah kacau dan masukkan sedikit air ,air asam jawa . Biarkan mendidih dan pecah minyak dan wangi. Kemudian masukkan garam dan sedikit gula serta serbuk perasa jika suka. 4.Masukkan ikan, alihkan dan masukkan air secukupnya. 5.Biarkan mendidih dan akhir sekali masukkan bendi , tomato dan cili padi . Angkat dan hidang.
*Makan bersama nasi panas,sambal belacan dan ikan goreng, pasti menyelerakan😁
Sedapnya masakan berasaskan sotong kembang. Lebih-lebih lagi sotong masak sambal tumis cukup rasa pedas, manis dan masamnya.
Namun, cara menyiang sotong kembang juga penting agar hasilnya anda mendapat daging sotong yang lembut dan tidak berbau.
Ikut langkah ini, pastikan sambal tumis sotong anda semakin enak nanti:
1. Pilih sotong yang segar dan cuci bersih.
2. Siapkan bahan-bahan ini untuk dicampur dengan air rebusan untuk mencelur sotong.
4 batang serai
2 ini halia
1 labu bawang besar,
1 inci lengkuas,
5 ulas bawang putih.
Kesemua bahan tadi di potong-potong.
Letak sedikit garam
3. Didihkan air sehingga naik bau dan masukkan sotong, celup jangan lama, 6-7 minit dah masak.
Angkat, toskan air dan sejukkan sebentar.
4. Cara nak siangnya tarik dulu ekor kecil yang dibahagian atas si sotong
5. Kemudia tarik lapisan-lapisan yang ada pada badannya.
6. Bahagian dalam bersihkan seperti biasa.
7. Seterusnya potong mengikut saiz yang anda suka. Kemudian cuci bersih dan toskan.
Nota: Masukkan dalam masakan seperti sambal tumis yang sudah hampir masak kerana sotong
ini tidak perlu dimasak lama. Ia sudah sedia masak ketika dicelur sebelum itu.
Sumber: Mariberkongsi
RESIPI SAMBAL TUMIS SOTONG
Bahan-bahan:
2 ekor sotong kembang ~ bersihkan dan dipotong ikut suka. Jerangkan air dan celur sotong. Jika tidak, kita memerlukan masa yang lama untuk mengeringkan sambal kerana sotong ini banyak mengeluarkan air.
1 senduk besar cili kisar
1 biji bawang besar ~ dihiris bulat
3 ulas bawang putih *
5 ulas bawang kecil *
1 inci belacan *
asam jawa, garam & gula
Cara memasak:
1. Panaskan kuali dan masukkan anggaran 1 senduk minyak. Tumis cili kisar hingga sedikit
garing dan campuran dengan bahan kisar yang bertanda (*)
2. Masukkan asam jawa, garam dan gula mengikut rasa.
3. Akhir sekali masukkan sotong yang telah ditoskan bersama bawang besar yang dihiris
bulat. Kacau rata dan biarkan ia merenih sekejap sebelum diangkat.
Jom cuba buat nugget homemade! Ha…bagi ibu-ibu yang ada anak yang susah nak makan nasi, memang susah hati kan? Bukan apa, risau jika mereka tidak dapat zat serta keperluan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran. Melalui perkongsian saudari Hani Nanny, ada menu mudah yang anda boleh cuba. Malah jika buat menu ni, lebihan nasi juga boleh digunakan tanpa perlu membazir.
Anak payah nak makan nasi? No worries lah. Jom try buat nugget, Boleh je campak-campak sayur, ayam ikut kesukaan dalam tu. Kalau dah goreng confirm nam tujuh ketul dijamahnya. Buat bebanyak pastu frozenkan, Bebila nak makan gorengkan saja..mudahkan?
CARA BUAT NUGGET NASI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Nasi (empunya resipi guna beras jepun) – beras biasa pun boleh
Isi ayam
Daun bawang(optional) – boleh juga tambah lobak merah dan lain-lain sayur ikut citarasa
Perasa
1-2 biji telur – dipukul
Serbuk roti secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Satukan nasi, isi ayam, sayur dan perasa dengan secukupnya. Gaul hingga sebati.
2. Canai adunan nasi tadi dan tekap dengan pencetak kesukaan. Pastikan anda sapu sedikit minyak pada pencetak dan permukaan nasi supaya tidak melekat.
3. Celup kepingan nugget nasi dalam bancuhan telur.
4. Kemudian salut dengan serbuk roti. Lakukan hingga habis adunan.
5. Selepas siap, sejukbekukan nugget terlebih dahulu sebelum digoreng.
Sekian lama asyik makan nasi lemak dan nasi goreng masa sarapan, apa kata tukar menu kepada mi wantan. Sedap jugak mi wantan ni. Mi wantan ni, banyak guna kicap. Nak dapatkan rasa mi wantan sebenar, tambah minyak bijan dan sos ikan. Baru macam asli rasanya.
BAHAN SOS
1 sudu sos soya cair
1 sudu kicap pekat
1 sudu kicap manis
1 sudu minyak bijan
1 sudu sos ikan
CARA MEMASAK
1. Rebus mi wantan dan sayur sampai masak. Angkat dan basuh dengan air bersih sehingga sejuk dan toskan.
2. Satukan semua bahan sos mi wantan dalam mangkuk. Masukkan mi wantan dan gaul sehingga bersalut semua bahagian.
3. Masukkan dalam pinggan dan letakkan ayam, sayur, telur rebus (jika suka) dan hiaskan dengan daun ketumbar dan cili merah.
Nak tahu cara hilangkan kerak periuk dan kesan hangus tanpa guna sabun keras? Cuba 6 bahan dapur ini seperti garam, lemon dan soda bikarbonat — mudah, berkesan dan selamat!