Sardin goreng kering ini sesuai sangat untuk dijadikan lauk sahur. Biasanya awal pagi ramai yang tak berselera makan hidangan gulai atau kuah bagai, jadi lauk ini boleh dihidangkan.

Tak perlu susah-susah bersihkan ikan pun, sebab cara membuatnya hanya menggunakan sardin dalam tin saja. Resipi ini dikongsi oleh Siti Khadijah Abdul Razak, menurut beliau lauk sardin kering ini diajar oleh arwah ibunya dan sedapnya tak terkata.

Lauk sardin goreng kering yang sedapnya tak terkata

Bahan-bahan
1 tin sardin
1 biji bawang -dihiris
3-4 tangkai cili padi
Garam, gula serbuk perasa -secukupnya

Sardin Tin Goreng Kering, Lauk Sahur Yang Mudah Tapi Sedap Tak Terkata

Cara membuatnya

1. Masukkan semua sardin tin dalam kuali, sekali dengan kuahnya.

IKLAN

2. Panaskan dan goreng. Biarkan saja sardin dalam kuali tapi jangan kerap sangat kacau.

3. Isi ikan pun tak perlu dihancurkan, kerana ia hancur sendiri bila dikikis kerak dari kuah sardin.

4. Bila nampak kuah sardin semakin mengering, kacau dan ambil kerak kuah sardin. Itulah yang sedap.

IKLAN

5. Kemudian boleh masukkan bawang dan cili api yang dihiris ikut cita rasa.

6. Gaul kesemuanya supaya sekata, kemudian perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk perasa.

7. Kacau seketika dan boleh diangkat untuk dihidangkan. Enak dimakan dengan lauk telur mata yang kuningnya cair bersama nasi panas.

IKLAN

INFO

Cara memasak sardin goreng kering ini memang tidak menggunakan minyak kerana kerak kuah sardin yang kering itulah yang padu rasanya. Tapi sekiranya ingin mengggunakan sedikit minyak pun boleh cuma ia tetap akan kering sekali. Hidangan ini boleh juga guna kuali non stick tapi keraknya tak ‘kaw’ berbanding guna kuali biasa.

Sumber: Siti Khadijah Abdul Razak

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI