Kalau anda suka masakan Minang, dah tentu suka dengan Dendeng Daging Minang yang garing dan pedas, sekali cuba gerenti ketagih. Bila ketagih kenalah buat sendiri kerana tidak banyak restoran yang menyediakan dendeng daging garing bercili ini. Oleh itu, RASA akan kongsikan bagaimana cara membuat dendeng daging yang garing, pedas dan empuk.
Rebus Daging
Daging batang pinang adalah bahagian daging paling baik, cuci bersih kemudian gaulkan dengan bahan kisar (bawang putih. Halia dan buah keras). Kemudian rebus dengan air. Jika ingin lebih cepat empuk, rebusnya menggunakan air kelapa. Jangan lupa untuk lebih aroma dan perisa tambahkan lengkuas titik, daun salam, serbuk ketumbar, buah pala dan lada sulah. Rebus daging hingga empuk.
Simpan Air Rebusan
Setelah empuk, toskan daging dan simpan air rebusan tersebut untuk kegunaan semasa memasak dendeng nanti.
Hiris Nipis & Ketuk Daging Menjadi Nipis Hiris nipis daging dengan cara melawan ira daging.
Ads
Ketuk Atau Tumbuk Daging Hingga Nipis
Ketuk menggunakan pengetuk daging atau anak lesung. Cara ini akan menjadikan daging lebih empuk dan mudah menyerap bahan perapan dan tumisan nanti. .
Goreng Daging Sekadar Berubah Warna
Walaupun dendeng daging jenis basah tetapi daging perlu digoreng untuk mendapatkan tekstur luar yang garing untuk rasa lebih sedap. Oleh itu, goreng seketika daging dalam minyak panas yang banyak, cukup sekadar bertukar warna sahaja, kemudian angkat dan toskan.
Cili Merah & Bawang Merah Dikisar Kasar
Sebaiknya, gunakan campuran cili merah dan cili kering. Ia dicampur dengan bawang merah yang kemudiannya dikisar kasar menggunakan pengisar kering atau tumbuk kasar dengan lesung batu.
Tumis Hingga Garing & Wangi
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar ini hingga garing dan wangi, kemudian tambahkan seddikit air asam jawa dan sedikit air rebusan daging tadi. Kemudian kacau rata hingga sebati dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan masukkan daging. Gaul rata hingga garing dan tutup api.
Ads
DENDENG DAGING
BAHAN-BAHAN:
250gm daging batang pinang
8 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji cili merah
4 tangkai cili kering
300ml air kelapa
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang putih
2cm halia
CARA MEMASAK: 1. Cuci bersih daging lalu gaulkan dengan bahan kisar. Perap seketika. 2. Didihkan air kelapa, kemudian masukkan daging dan rebus hingga empuk, tambah air jika belum empuk. 3. Sementara tunggu daging empuk kisar kasar cili dan bawang merah tadi. Ketepikan. 4. Setelah daging empuk, hiris nipis dan tumbuk hingga nipis. 5. Panaskan minyak, goreng seketika daging, sekadar bertukar warna sahaja. 6. Keluarkan daging, tinggalkan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing. 7. Tambahkan sedikit air asam dan air rebusan daging. 8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, kemudian masukkan daging. 9. Gaul rata dan tutup api. Dendeng daging sedia dihidangkan.
INGIN MENCARI PRESSURE COOKER UNTUK MEMUDAHKAN MASAK DENDENG DAGING, JOM LAYARINYA DI SINI.
Ibu-ibu muda yang baru bersalin yang terkena bentan atau rasa tak sedap badan boleh cuba tip kurangkan rasa sakit tu. Jangan tunga lama-lama, cara ini sangat mudah dan boleh dimakan tanpa perlu minum air bergelen-gelen untuk yang takut makan ubat!
Ini hanyalah tip/amalan orang lama. Cara tradisional. Tapi jika cara moden mungkin lain pula caranya. Dan ini hanyalah salah satu iktiar saja untuk mengurangkan gejala tersebut. Apa2 jika berlarutan mohon rujuk pada yang pakar.
SUSHI GARLIC
(Tapi bukan dari beras pulut ya. Cuma guna beras nasi biasa saja tau)
BAHAN-BAHAN:
Nasi panas (lembik sikit)
Beberapa ulas bawang putih.
CARA PENYEDIAAN:
Caranya amatlah mudah, bawang putih tu bakar/sangai dulu.Toksah bakar sampai rentung, satgi pahit pulak.
Lepas bakar masukkan seulas yang dah bakar tu dalam nasi dan dikepalkan.
Dah siap terus makan perlahan-lahan. Sebelum itu baca bismillah dulu dan Selawat, insyaAllah bentan akan hilang serta berkurangan.
Bentan jangan buat main. Merana jiwa dan raga.
#SHARE pada wanita di luar sana,kot² ada yang sedang berpantang. InsyaAllah moga bermanfaat.
Kek lapis memang rumit sikit buat dia. Kena sabar dan teliti bila membuatnya. Ni resipi dari Adinda Dona Kek Lapis ni begitu istimewa sekali.
Tiga lapisan yang disusun adalah dari ramuan bercampur kaya, horlick dan coklat masakan + milo. Nampak tak gandingan sedapnya kat situ. Jom practice buat, nanti nak raya boleh cuba.
KEK LAPIS IDOLA
BAHAN A 450gm salted anchor/2 ketul mentega 150gm gula halus 10 biji telur gred A 300gm susu pekat 80gm kaya tin
BAHAN B 200 gm horlicks |minuman malt 50gm serbuk santan(sy guna kara) 2 cawan tepung Hong Kong.
BAHAN C 500gm coklat masakan(sy guna beryls milk coin dan double boiler) 1/2 cawan milo pewarna kuning.
CARA MEMBUAT :
1.Cara: speed laju, pukul mentega dan gula hingga putih. masuk telur satu persatu dan putar kembang. masukkan susu dan kaya. putar sebati. perlahan kan speed, masukkan BAHAN B sedikit2 dan putar hingga sebati. Bahagikan adunan kepada dua. 2. Adunan 1 : letak warna kuning. (3 atau 4 lapisan utk atas, 3 atau 4 lapisan bawah) Adunan ke-2 : masukkan milo dan coklat yg dicairkan . (lapisan coklat adalah lapisan utk tengah2, rujuk gmbar kek) 3.Bakar pada suhu 150-170 bergantung kepada oven. *adunan coklat akan masa sedikit. pastikan adunan coklat betul2 masak.
4.Biarkan kek betul2 sejuk baru keluar loyang dan potong, jangan potong masa panas dan setiap lapisan yg telah masak harus ditekan-tekan menggunakan pressing kek.
Ramai tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos. Namun pernahkah ada waktunya bila korang ingin menggunakan tepung jagung tapi kehabisan pulak. Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung. Sebenarnya boleh saja tukar dengan tepung lain yang ada dalam dapur korang. Berikut beberapa tepung yang boleh digunakan sebagai ganti tepung jagung :-
Tepung Ubi
Tepung yang diperbuat dari ubi kayu ini mempuyai rasa dan warna hampir sama dengan tepung jagung, Sebab itu kalau anda gunakan sebagai penganti tepung jagung, ia tidak akan mengubah rasa. Cara penggunaannya, anda hanya perlu larutkan tepung ubi dalam air mendidih, Jangan guna air sejuk kerana ia tidak larut dalam air sejuk. Namun pastikan nisbah airnya adalah betul, jika kurang hasil bancuhan akan menjadi pekat kenyal. Tepung ubi juga tidak sesuai untuk makanan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, sebab itu ia lebih sesuai sebagai campuran dalam tumisan dan sup.
Tepung Beras
Tepung beras adalah alternatif terbaik penganti tepung jagung. Teksturnya lebih pekat padat tidak lembik atau kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggunakannya, satu sudu makan tepung jagung bersamaan 3 sudu makan tepung beras. Ia sesuai digunakan untuk campuran dalam sos atau tumiasan, jika dicampurkan dalam bahan gorengan ia akan memberikan tekstur rangup.
Tepung Serbaguna
Tepung gandum serba guna adalah campuran tepung gandum rendah protein dengan tinggi protein. Namun tepung ini ada sedikit bau tepung, oleh itu ia sesuai anda gunakan untuk makanan yang kuat bau supaya dengan bau tepung tidak akan begitu ketara. Sifatnya hampir sama dengan tepung jagung, ia boleh membantu memekatkan kuah masakan. Jika ingin menggunakan tepung ini nisab penggunaannya adalah satu sudu makan tepung jagung bersamaan dua sudu makan terpung serba guna.
Tepung Sagu
Tepung ini berasal dari batang pokok sagu. Pati sagu yang menjadi tepung ini mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, sebab itulah tepung ini boleh memekatkan masakan. Jika digunakan dalam kuih muih seperti biskut ia akan memberikan tekstur yang rapuh.
Tepung Kentang
Tepung ini diperbuat dari kentang, namun ia tidak berbau atau memberi kesan rasa kentang. Ia antara tepung paling sesuai sebagai penganti tepung jagung. Nisbah penggunaannya sama sahaja, anda boleh selaraskan ikut cita rasa. Namun semasa mencampurkannya dalam masakan, perlulah menggunakan api sederhana.
Diharapkan dengan info ini anda boleh manfaatkan dalam mengolah pelbagai jenis masakan kegemaran anda.
Pepes Dada Ayam hidangan tradisi dari Nusantara ini menggunakan dada ayam yang diperap dengan ramuan rempah lengkap, kemudian dibungkus dalam daun pisang dan dikukus hingga masak. Hasilnya? Ayam jadi lembut, berjus dan menyerap segala rasa bawang, cili dan kunyit yang harum.