
Sesekali menjamah Nasi Ulam memang sedap. Nasi putih yang digaul bersama pelbagai jenis ulam-ulaman serta rencah ini ternyata sangat mudah dihasilkan. Malah rasanya yang enak juga membuatkan ia menjadi kegemaran ramai. Nak lagi sedap, guna banyak ulam-ulaman yang berbau wangi. Memang lagi berselera. Terasa hasilkan menu ini untuk keluarga? Resipi Nasi Ulam Utara perkongsian saudari Ani Mizi ni antara yang terbaik yang boleh dicuba.
RESIPI NASI ULAM UTARA

BAHAN-BAHAN:
- 7-10 senduk nasi sejuk
BAHAN ULAM (HIRIS HALUS):
- Daun selom
- Daun Kesum
- Daun Kemangin
- Daun Ulam Raja
- Daun kunyit ( aneka ulam ni boleh ditambah pelbagai jenis lagi. Paling bagus guna ulam yang beraroma)
- 1 biji bawang besar
- 5-6 batang serai
BAHAN TUMBUK:
- 1-2 keping ikan tenggiri masam atau gelama masam – digoreng dan ditumbuk
- ½ inci lengkuas
- 15-20 biji cili padi
- 1 inci belacan
- 3 sudu makan beras – goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
- Kerisik
CARA MEMASAK:
1. Ambil nasi dan masukkan ke dalam bekas besar yang bersesuaian.

2. Masukkan bahan-bahan tumbuk ke dalam nasi dan gaul rata.

3. Kemudian masukkan aneka ulam-ulaman yang dihiris. Gaul rata sekali lagi.

4. Rasa nasi dan jika kurang rasa, boleh tambah garam atau isi ikan masin tumbuk dengan secukupnya.

5. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Ani Mizi
Tengah cari FOOD PROCESSOR baru? Dapatkan secara online DISINI.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Goreng Nipis-Nipis Baru Sedap. Ini Petua Buat Bakwan Rangup Untuk Minum Petang
Karipap Sardin Tak Perlu Kelim Tepi. Ni Resipi Mudah Untuk Orang Baru Belajar
Beryl’s Gourmet Perkenal 3 Menu Kek Lazat, Kaya Dengan Rasa Coklat.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ayam Masak Halia Mudah Disediakan Dan Sedap

Menu Ayam Masak Halia paling mudah dan sedap untuk disediakan. Ayam masak Halia ni ada dua versi sebenarnya, sama ada ayam digoreng terlebih dahulu atau dimasak terus. Guna halia muda banyak-banyak lagi sedap. Sis Mas Dalam Dapur Rasa Live berkongsi resipi Ayam Masak Halia di mana ayamnya digoreng terlebih dahulu. Makan pula dengan nasi panas-panas memang sedap.
AYAM MASAK HALIA
BAHAN- BAHAN
1/2 ekor ayam (dipotong kepada 16 bahagian)
½ sudu besar serbuk kunyit
3 biji bawang kecil (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
3 ulas bawang putih (dicincang)
5 batang cendawan tiram (dihiris)
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil lada hitam
1/4 cawan air tepung jagung
Garam secukup rasa
Daun bawang (dihiris)
Cara memasak:
1. Dalam mangkuk besar, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit sehingga rata.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan ayam yang telah diperap ke dalam kuali tersebut. Goreng ayam sehingga separuh masak. Ketepikan.
3. Dalam kuali sama, masukkan bawang merah, halia, cili merah dan bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
4. Masukkan cendawan tiram dan ayam goreng kunyit. Gaul.
5. Masukkan kicap cair, sos tiram, lada hitam, air tepung jagung dan garam. Gaul.
6. Lauk Ayam Halia siap untuk dinikmati bersama taburan daun bawang.
Aneka Resipi Nasi Goreng Mudah & Enak.. Mak-Mak Boleh Cuba Buat Di Rumah

Nasi goreng ialah antara hidangan yang ringkas namun mampu menambat selera. Apatah lagi jika dimasak dengan cukup bahan dan sedikit pedas. Boleh dikatakan semua bahan yang digunakan memang telah ada di dapur. Malah nasi goreng juga boleh dimasak menggunakan lebihan nasi yang dimasak semalam. Rasa kongsikan 13 resipi nasi goreng untuk anda cuba sendiri di rumah.
NASI GORENG NANAS

BAHAN-BAHAN:
- 30 ml minyak masak untuk menumis
- 10 gm bawang putih (dikisar)
- 20 gm bawang merah (dikisar)
- 20 gm cili padi (dikisar)
- 20 gm cili besar merah (dikisar)
- 40 gm isi ayam
- 10 gm sos ikan
- 10 gm sos tiram
- Semangkuk nasi putih
- 40 gm nanas (dipotong dadu kasar)
- 20 gm sawi cina
CARA MEMASAK
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, cili padi dan cili merah. Biarkan garing.
- Masukkan isi ayam bersama sos ikan dan sos tiram. Kacau rata dan biarkan isi ayam separuh masak.
- Masukkan nasi. Masukkan nanas bersama sawi cina. Kacau rata selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Nanas membuatkan nasi goreng agak basah. Elakkan disimpan lama kerana takut mudah basi.
NASI GORENG CINA

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 30 gm bawang putih (dikisar)
- 2 bji telur ayam
- 100 gm sayur cmpur
- Serbuk lada sulah
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih yang telah dikisar.
- Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram dan kacau sebati. Biarkan selama seminit.
- Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Boleh tambah kacang pis dan lobak merah yang dipotong dadu untuk menambah warna.
NASI GORENG USA

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 30 gm bawang putih dikisar
- 2 bji telur ayam
- 100 gm sayur campur
- Sedikit serbuk lada sulah
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 40 gm udang
- 40 gm sotong
- Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
- Pecahkan telur ayam dan kacau hancur. Masukkan sayur campur, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
- Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Lebih baik rebus sotong dan udang dengan air sedikit supaya nasi goreng tidak berair.
NASI GORENG PETAI

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 30 gm bawang putih dikisar
- 50 gm ikan bilis
- 2 papan petai
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih. Masukkan ikan bilis dan petai. Kacau sebati.
- Tuang sos ikan dan sos tiram. Biarkan selama seminit.
- Masukkan nasi dan kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan boleh dihidangkan.
INFO CHEF: Jika suka, boleh gunakan budu sebagai ganti untuk sos tiram dan sos ikan.
NASI GORENG KERABU

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 40 gm bawang merah (dimayang)
- 30 gm bawang putih dikisar
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- Semangkuk nasi putih
- 40 gm kacang panjang (dihiris halus)
- 40 gm bunga kantan (dihiris halus)
- 40 gm serai (dihiris halus)
- 30 gm cili padi (dihiris halus)
- 30 gm minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang merah dan bawang putih.
- Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
- Masukkan nasi, kacang panjang, bunga kantan, serai dan cili padi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan hidangkan.
INFO CHEF: Seimbangkan jumlah sayur yang digunakan dengan nasi supaya tidak mengganggu anda menikmati hidangan.
NASI GORENG KANGKUNG

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm bwang merah
- 10 gm bawang putih
- 5 biji cili padi
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 80 gm kangkung (dipotong)
- 1 sudu makan sos ikan
- Sedikit serbuk perasa
- Semangkok nasi
- 100 gm ikan bilis (digoreng garing)
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi. Jangan tumbuk lumat.
- Panaskan minyak masak. Tumis bahan yang telah ditumbuk tadi.
- Masukkan kangkung. Kacau sehingga kangkung separuh masak.
- Masukkan sos ikan dan serbuk perasa.
- Masukkan nasi bersama ikan bilis yang telah siap digoreng tadi. Kacau sehingga rata. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Jangan masak kangkung terlalu lama kerana hendak mengekalkan rasa rangupnya.
NASI GORENG CENDAWAN

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 30 gm bawang putih dikisar
- 2 biji telur ayam
- 100 gm cendawan tiram
- Serbuk lada sulah
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 40 gm udang
- 40 gm sotong
- Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih.
- Pecahkan telur ayam dan kacau sehingga hancur.
- Masukkan cendawan, serbuk lada sulah, sos ikan, sos tiram, udang dan sotong. Kacau sebati. Biarkan selama seminit.
- Masukkan nasi. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
INFO CHEF: Boleh juga gunakan cendawan butang.
NASI GORENG DAGING

BAHAN-BAHAN:
- 30 ml minyak masak untuk menumis
- 30 gm bawang besar (dibelah lapan)
- 100 gm daging (dipotong kecil)
- 50 ml air
- 30 gm serbuk lada hitam
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- Semangkuk nasi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar.
- Masukkan isi daging bersama air. Biarkan sebentar.
- Masukkan serbuk lada hitam, sos ikan dan sos tiram. Kacau rata.
- Masukkan nasi. Kacau dan biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Potong daging dalam saiz kecil supaya cepat masak dan lembut.
NASI GORENG BELACAN

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm bawang merah
- 10 gm bawang putih
- 5 biji cili api
- 30 gm minyak untuk menumis
- 80 gm kangkung (dipotong)
- 1 sudu makan sos ikan
- Sedikit serbuk perasa
- 10 gm serbuk belacan
- Semangkuk nasi
- 100 gm ikan bilis (digoreng garing)
CARA MEMASAK:
- Tumbuk bawang merah, bawang putih bersama cili padi. Jangan tumbuk lumat.
- Panaskan minyak, tumis bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan kangkung. Kacau sehingga kangkung separuh masak.
- Masukkan sos ikan, serbuk perasa dan serbuk belacan.
- Masukkan nasi bersama ikan bilis. Kacau sehingga rata. Tutup api dan hidang.
INFO CHEF: Boleh gunakan belacan bakar ataupun tidak dibakar.
NASI GORENG TOMYAM

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 30 gm bawang besar (dibelah lapan)
- 30 gm cili padi
- 1 sudu makan pes tomyam
- 50 gm udang
- 50 gm sotong
- 30 gm bunga kobis
- 30 gm lobak merah
- 20 gm putik jagung
- 20 gm cendawan
- 10 gm sos ikan
- 20 gm sos tiram
- Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan cili padi. Masukkan pes tomyam bersama udang dan sotong. Biarkan selama seminit.
- Masukkan bunga kobis, lobak merah, putik jagung, cendawan, sos ikan dan sos tiram. Gaul sekata.
- Masukkan nasi. Kacau rata. Biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Boleh juga tumbuk halus bawang besar untuk menambah keenakannya.
NASI GORENG PAPRIK

BAHAN PAPRIK:
- 30 gm minyak masak
- 10 gm bawang putih (dikisar)
- 20 gm bawang besar (dibelah lapan)
- 30 gm cili api
- 40 gm sotong
- 40 gm udang
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 50 gm lobak merah
- 50 gm bunga kobis
- 20 gm sayur kailan
- 50 ml air
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Biarkan garing sebentar.
- Masukkan sotong dan udang. Kacau. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, lobak merah, bunga kobis dan kailan. Biarkan selama seminit.
- Masukkan air dan kacau rata. Biarkan kuah menjadi pekat. Tutup api. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
BAHAN NASI GORENG:
- 30 ml minyak masak
- 10 gm bawang putih (dikisar)
- 30 gm cili besar merah (dikisar)
- 20 gm ikan bilis (dikisar kasar)
- 30 gm cili besar merah (dikisar)
- 10 gm sos ikan
- 10 gm sos tiram
- Semangkuk nasi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah besar. Biarkan garing.
- Masukkan sos ikan bersama dengan sos tiram. Kemudian masukkan nasi putih. Kacau sebati biarkan selama tiga minit dan tutup api. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Tidak perlu tambah garam ke nasi goreng kerana telah guna sos ikan dan sos tiram.
NASI GORENG LADNA

BAHAN LADNA:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 10gm bawang putih (dikisar)
- 20 gm bawang besar (dibelah lapan)
- 30 gm cili padi
- 40 gm sotong
- 40 gm udang
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- 50 gm lobak merah
- 50 gm bunga kubis
- 20 gm sayur kailan
- 10 gm tepung jagung
- 50 ml air
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili padi. Biarkan garing sebentar.
2.Masukkan sotong dan udang. Kacau. Kemudian masukkan sos ikan, sos tiram, lobak merah, bunga kobis dan kailan. Biarkan selama seminit.
3.Bancuh tepung jagung dengan sedikit air. Curahkan ke dalam bahan tadi. Kacau rata. Tunggu kuah menjadi pekat. Tutup api dan masukkan ke dalam mangkuk. Ketepikan.
BAHAN NASI GORENG:
- 30 ml minyak masak
- 10 gm bawang putih (dikisar)
- 20 gm bawang merah (dikisar)
- 20 gm ikan bilis (dikisar kasar)
- 30 gm cili merah besar (dikisar)
- 10 gm sos ikan
- 10 gm sos tiram
- Semangkuk nasi
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan cili merah besar. Biarkan garing.
- Masukkan sos ikan dan sos tiram. Kemudian masukkan nasi putih. Kacau sebati dan biarkan selama tiga minit. Tutup api. Sedia dihidang.
INFO CHEF: Seimbangkan rasa pedas ladna dan nasi goreng supaya boleh dinikmati dengan lebih selesa.
NASI GORENG KAILAN IKAN MASIN

BAHAN-BAHAN:
- 30 gm minyak masak untuk menumis
- 80 gm bawang besar (dimayang)
- 50 gm cili padi (dibelah dua)
- 50 gm ikan masin jeruk
- 100 gm sayur kailan
- 1 sudu makan sos ikan
- 1 sudu makan sos tiram
- Semangkuk nasi putih
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak masak. Tumis bawang besar dan cili api. Kacau sehingga layu.
- Masukkan ikan masin. Goreng sehingga kekuningan. Masukkan sayur kailan yang telah dibersihkan.
- Masukkan sedikit sos ikan dan sos tiram. Masukkan nasi dan kacau rata. Biarkan selama tiga minit. Tutup api dan sedia dihidang.
INFO CHEF: Ikan masin tenggiri ialah pilihan terbaik untuk nasi goreng ini.
Selamat mencuba!
Sambal Belacan Kelate Style. Pedas Padu, Cukup Rasa!

Nak cuba resipi sambal belacan Kelantan asli yang pedas padu, wangi limau kasturi dan cukup rasa kampung? Jom buat sambal belacan Kelate style paling mudah tapi sedap!
Orang Kelantan memang sinonim dengan sambal – dari makan nasi putih, nasi kerabu sampai ke ulam-ulaman, mesti ada sambal belacan sebagai pelengkap. Sambal belacan Kelate style istimewa kerana guna limau kasturi dan belacan bakar, yang buat rasanya lebih harum, pedas padu dan seimbang masam-manis.

Bahan-Bahan Sambal Belacan Kelate Style
BAHAN-BAHAN:
1/2 biji bawang holland – dibakar
1 labu bawang putih – dibakar
2 sudu besar gula
1 sudu besar garam
1 sudu kecil serbuk perasa
1 biji tomato – potong dadu
3 biji limau kasturi – hiris halus
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi merah
10 biji cili padi hijau
4 inci belacan – dibakar
5 biji cili merah
5 biji limau kasturi – Ambil jus
20 gram pes asam jawa- larut dengan air
5 biji limau kasturi – potong 2 buang biji
Cara Membuat Sambal Belacan Kelate Style
- Bakar bawang putih, bawang holland
- Kemudian bakar belacan.
- Kupas bawang putih.
- Masukkan belacan ke dalam blender, bawang putih, cili padi dan cili merah dan jus limau kasturi.
- Masukkan juga limau buah kasturi dan air asam jawa.
- Masukkan garam gula dan serbuk perasa. Kacau sebati
- Hiris bawang holland yang dibakar tadi bersama hirisan tomato. Kacau sebati
- Hiris limau kasturi halus dan masukkan dalam sambal belacan. Kacau sebati.
- Siap untuk dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Goreng & Tumbuk 4 Bahan, Pedas, Mudah, Menggoda Selera
Resipi Sambal Hitam Versi Tomato, Pedas Menyengat, Lagi Senang Buat!
Sambal Tumis Ikan Masin Lauk Mudah & Cepat Siap. Confirm Tambah Nasi
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

