Sempena kehadiran Krismas, Beryl’s Gourmet memperkenal tiga sajian istimewa yang boleh disediakan iaitu kek, talam dan brownies. Ketiga-tiga menu ini kaya dengan rasa coklat yang mewah dengan penggunaan Beryl’s Milk Compound, Beryl’s White Compound, Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan campuran tepung segera untuk membuat brownies iaitu Double Chocolate Chunk Brownies Mix. Untuk membuat brownies anda cuma tambahkan telur, air dan mentega. Mudah sekali kan?

Jom teliti resipi sedap dan padu dari Chef Godfrey Tham dan Chef Andy Wong dari Beryl’s ini.

Beryl’s Gourmet Perkenal 3 Menu Kek Lazat, Kaya Dengan Rasa Coklat.

 

1.BERYL’S CHOCOLATE TALAM CHEESECAKE

Beryl’s Gourmet Perkenal 3 Menu Kek Lazat, Kaya Dengan Rasa Coklat.

 

BAHAN-BAHAN:

Bahan Lapisan Biskut:

  • 150gm biskut Marie | dihancurkan (crumb)
  • 80gm mentega | dicairkan

Bahan Isi Keju:

  • 50gm Beryl’s Milk Compound | cair
  • 200gm krim keju
  • 1 biji telur
  • 10gm tepung jagung
  • 40gm gula kastor
  • 200gm krim putar

Bahan Mousse Kelapa:

  • 75gm Beryl’s White Compound
  • 150gm santan kelapa
  • 5gm agar-agar (gelatin)
  • 20gm air
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm krim putar

CARA MEMASAK:

Cara Penyediaan Lapisan Biskut:

  1. Campurkan biskut hancur dan mentega cair. Gaul dan ramas hingga sebati.
  2. Canai biskut hancur setebal 1/2 cm. Masukkan ke dalam loyang bulat 9 inci yang sudah dilapik dengan kertas aluminium.

Cara Penyediaan Isi Keju:

IKLAN
  1. Masukkan krim keju, gula dan tepung jagung, kemudian kacau sehingga 8 minit.
  2. Kemudian tambahkan pula Beryl’s Milk Compound dan krim putar. Kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan bancuhan ke dalam loyang dan bakar selama 45 minit pada suhu 160°C.
  4. Biarkan kek sejuk di dalam loyang

Cara Penyediaan Mousse Kelapa:

  1. Cairkan Bery’s White Compound dan santan kelapa dengan cara double-boil.
  2. Masukkan agar-agar yang telah dicairkan dengan air dan garam. Biarkan sejuk serendah 35°C.
  3. Masukkan krim putar dan gaul hingga sebati.
  4. Tuangkan mousse kelapa ke atas kek coklat keju.
  5. Simpan di dalam peti beku selama sehari dan kek sudah sedia untuk dihidang.

INFO CHEF: Anda boleh menambahkan ekstrak dari lima helai daun pandan (30gm) jika sukakan rasa pandan. Untuk rasa lebih bercoklat anda juga boleh tambahkan Beryl’s chocolate chunk ke dalam filling keju.

 

2.BERYL’S CHOCOLATE TORNADO CAKE

Beryl’s Gourmet Perkenal 3 Menu Kek Lazat, Kaya Dengan Rasa Coklat.

 BAHAN-BAHAN:

 Bahan Kek Span Coklat:

  • 5 biji putih telur
  • 5 biji kuning telur
  • 1 biji telur
  • 100gm gula kastor
  • 40gm mentega tanpa garam
  • 100gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
  • 50ml susu penuh krim
  • 100gm tepung gandum (tepung kek)

 Bahan ‘Topping’ Krim Keju:

  • 300gm krim keju
  • 90gm mentega tanpa garam
  • 30gm gula aising

Bahan Coklat ‘Coating’:

IKLAN
  • 150gm Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate
  • 150gm krim putar

CARA MEMASAK:

Cara Penyediaan Kek Span Coklat :

  1. Cairkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate, susu penuh krim dan mentega dengan kaedah double boil.
  2. Alihkan dari api dan biarkan sejuk.
  3. Tambah 5 biji kuning telur, 1 biji telur dan masukkan tepung. Kacau hingga sebati.
  4. Pukul 5 biji putih telur dan gula kastor sehingga pekat dan bertanduk.
  5. Akhir sekali masukkan adunan putih telur yang dipukul ke dalam adunan coklat tadi. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula sahaja.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang bulat bersaiz 7.5 inci.
  7. Bakar guna teknik water bath selama 90 minit pada suhu 150°C.

Cara Penyediaan Topping Krim Keju:

  1. Putar krim keju dengan mentega sehingga putih.
  2. Masukkan gula aising dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.

 Cara Penyediaan Coklat ‘Coating’:

  1. Campurkan Beryl’s Liquid Dark Compound Chocolate dan krim putar. Kacau hingga sebati.
  2. Cairkan dengan kaedah double boil dengan suhu sehingga 35°C.

Cara Penyediaan Chocolate Tornado Cake:

  1. Potong kek kepada 3 lapisan.
  2. Sapukan krim keju di antara kek dan ulang langkah sehingga 3 lapis kek.
  3. Sapukan krim keju di atas kek.
  4. Tuangkan Coklat Coating secara merata ke seluruh kek.

INFO CHEF: Liquid Dark Compound dicampurkan krim putar sejuk dan dipanaskan cara double boil dengan suhu 35°C untuk ekstra topping coklat meleleh. Tak perlu mentega.

 

3. DOUBLE CHOCOLATE CHUNK BROWNIES MIX

IKLAN

Beryl’s Gourmet Perkenal 3 Menu Kek Lazat, Kaya Dengan Rasa Coklat.

1. BROWNIES (DALAM DULANG PEMBAKAR)

 BAHAN-BAHAN:

  • 1 peket Double Chocolate Chunk Brownie Mix
  • 60gm mentega cair
  • 1 biji telur
  • 50ml air

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan ketuhar dengan suhu 160°C. Sediakan dulang dan gris dengan mentega.
  2. Campurkan Double Chocolate Chunk Brownie Mix, mentega cair, air dan telur dalam mangkuk dan kacau hingga sebati.
  3. Tuangkan adunan ke dalam dulang pembakar empat segi saiz 7 inci dan bakar selama 35-40 minit. Untuk pastikan kek telah masak sempurna, cucuk lidi di bahagian tengah kek dan pastikan lidi bersih dan kering apabila dikeluarkan.

2. BROWNIES IN MUG

BAHAN-BAHAN:

  • 65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix
  • 4 sudu makan air

CARA MEMASAK:

  1. Tuangkan 65gm Double Chocolate Chunk Brownie Mix ke dalam cawan yang selamat diguna dalam ketuhar gelombang mikro (microwave).
  2. Tambahkan 4 sudu makan air dan kacau dengan sudu. Pastikan campuran diadun hingga sebati demgan menggunakan sudu di sepanjang tepi dan bawah cawan.
  3. Masak dengan kuasa yang tinggi selama 1 minit 30 saat. Masa memasak mungkin berbeza bergantung kepada jenis ketuhar gelombang mikro.

INFO CHEF: Untuk brownies lebih sedap, boleh tambahkan kekacang seperti walnut, badam, gajus dan lain-lain. Ia dapat mengurangkan sedikit rasa manis brownies.

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI