Ulam merupakan suatu juadah penting dalam hidangan harian bukan sahaja di kalangan masyarakat Melayu di kampung, malah kini hidangan ulam juga digemari warga kota termasuk masyarakat bukan melayu. 

Ulam mempunyai banyak khasiat kerana kebanyakkannya dimakan secara mentah atau tidak dimasak terlalu lama. Apa lagi, jom kita cuba resipi-resipi berasaskan ulam-ulaman ni! Selamat mencuba! 

NASI ULAM UTARA

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

BAHAN A ( ULAM-ULAMAN)

  • Daun pegaga
  • Daun gajus
  • Daun mengkudu
  • Daun kaduk
  • Kacang panjang
  • Daun Cemumar
  • Daun kesum
  • Bunga kantan

( Info: Boleh juga guna daun-daun yang lain seperti daun seketut, cekur, putat dan lain-lain)

BAHAN B ( DITUMBUK)

  • 7-8 batang serai
  • 7-8 ulas bawang merah
  • 5-6 tangkai cili hidup
  • 5-6 tangkai cili kering
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 1 ketul kecil belacan – lebih sedap jika dibakar sedikit
  • Kerisik secukupnya
  • 3cm lengkuas
  • Garam secukup rasa
  • Ajinomoto

BAHAN LAIN:

  • 1 ekor ikan tongkol – dibakar
  • 1 ekor ikan talang masin – digoreng @ dibakar

CARA PENYEDIAAN:

  1. Bahan A dibersihkan dan dimayang halus-halus. Jangan hiris besar nanti tercekik bila makan.
  2. Bahan B pula dihiris dan ditumbuk hingga halus. Nak kisar pun boleh tapi pastikan guna air sedikit sahaja di dalam pengisar. Ia bagi mengelakkan rencah berair.
  3. Ikan tongkol dibersihkan dan dibakar hingga masak. Isinya sedap diletak dalam nasi ulam.
  4. Rupa ikan tongkol yang telah siap dibakar. Boleh juga tambah ikan talang masin yang dah digoreng atau dibakar untuk rasa nasi yang lebih enak. Ikan diperisikan, dibuang tulang dan ditumbuk halus.
  5. Letak nasi dalam bekas bersesuaian dan campurkan dengan bahan A dan bahan B. Gaul rata.
  6. Masukkan isi ikan dan gaul lagi hingga sebati dan cukup rasa.
  7. Nasi Ulam yang telah siap digaul. Sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Siti Aminah

KERABU SELOM & ULAM RAJA 

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN

  • Setengah cekak daun selom (cuci bersih & hiris halus)
  • Setengah cekak ulam raja (cuci bersih & hiris halus)
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 1 biji limau nipis (ambil jus)
  • Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya
  • 1 cawan (atau lebih) kelapa parut putih

BAHAN-BAHAN DITUMBUK HALUS

  • Sejemput ikan bilis (buang kotoran dan tulang, kemudian direndam)
  • 1 biji cili merah
  • 8 biji cili padi
  • 1 inci belacan

CARA PENYEDIAAN

  1. Setelah lumat bahan-bahan tumbuk di atas, campurkan dengan kelapa parut dan tumbuk lagi separa lumat. 
  2. Campurkan kesemua bahan yang dihiris ke dalam bekas.  Campurkan dengan bahan-bahan tumbuk tadi.  Perahkan jus limau nipis & perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya. Gaul mesra.  Biarkan secukup rasa. Sedia dihidangkan. 

Kredit resipi & foto: Madihaa aka Ratna

KERABU DEDAUN ULAM

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

BAHAN-BAHAN (A)

  • 1 ikat besar daun pegaga*
  • 1 ikat daun selom*
  • 2-3 tangkai daun selasih*
  • Hiris halus *
  • 1 mangkuk taugeh-celur
  • 1 biji cili merah besar-hiris
  • 2 labu bawang merah-mayang

Info: Boleh gunakan pelbagai jenis ulam lain. Ikut selera dan apa yang ada di dapur. Contohnya kacang panjang, kacang botor, kubis, salad, jantung pisang, taugeh, timun dan lain-lain.

BAHAN REMPAH KERABU (B)

  • 1/2 biji kelapa parut (sangai hingga perang dan tumbuk)
  • 1 genggam udang kering- cuci bersih (sangai dan tumbuk)
  • 1 mangkuk udang (dibuang kulit dan dicelur- cincang)

Info: Boleh juga guna isi kerang/isi ikan/isi ayam/daging.

BAHAN TUMBUK LUMAT (C)

  • 1/2 ici belacan
  • 4 biji cili padi merah-boleh tambah/kurang ikut tahap kepedasan memasing

BAHAN PERISA (D)

  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • 2 biji limau nipis-perah ambil airnya

CARA PENYEDIAAN

  1. Masukkan semua bahan A, B, C dan D dalam mangkuk besar.
  2. Gaul rata semua bahan dan rasakan masin, masam dan manisnya.
  3. Siap!

Kredit resipi & foto: Cik Wan

URAP DAUN PEGAGA

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

 

BAHAN-BAHAN

  • 300 g pegaga segar
  • 1 ulas bawang putih
  • ½ biji bawang besar
  • 3 biji cili api
  • 1 sudu makan udang kering
  • 2 ketul isi cekur
  • 2 helai daun cekur (dibersihkan dan dihiris halus)
  • ½ biji kelapa parut (ambil bahagian putihnya sahaja)
  • Garam dan gula secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Sayur pegaga dibersihkan dan ditos airnya. Hiris kecil (lebih kurang 1 cm) bersama dengan batang-batangnya sekali. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan.
  2. Tumbuk bawang putih, bawang besar, cili api, udang kering, isi cekur, garam dan gula hingga halus.
  3. Masukkan kelapa parut dan tumbuk-tumbuk manja hingga semua nampak sebati.
  4. Masukkan semua bahan tumbuk dan daun cekur ke dalam mangkuk berisi daun pegaga tadi. Gaul rata.
  5. Hidangkan.

Kredit resipi & foto: Cikgu Ani Bawok

 

KERABU KACANG BOTOL

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

BAHAN A

  • 10 biji kacang botol
  • 7 biji limau nipis (diperah, ambil jusnya)
  • 2 biji bawang besar (dihiris nipis)
  • 1 batang serai (dihiris nipis)
  • Sedikit garam

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

BAHAN A

BAHAN B (KISAR)

  • 2 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering (direndam lembut)
  • 1 sudu serbuk belacan

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

BAHAN B

5 Resipi Tradisional Berasaskan Ulam-Ulaman! Jom Cuba!

SERBUK BELACAN

Info: Untuk kacang botol tu cuci bersih dan potong sesuka hati. Tapi eloklah potong kecil-kecil. Belacan tu pula, memang ada yang serbuk. Boleh dapat di pasaraya.

CARA PENYEDIAAN

  1. Dah siap bahan hiris dan kisar, satukan semua bahan- bahan tadi dalam satu mangkuk besar.
  2. Masukkan air perahan limau tadi dan perasakan dengan sedikit garam.
  3. Gaul sebati dan kalau nak perasakan dengan sedikit gula pun boleh.
  4. Sedia dihidangkan.

Kredit resipi & foto: Bella Jamal

 

 

 

 

 

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI