Resipi Pisang Goreng sedap? Memang best lebih-lebih lagi jika tepung salutannya tu rangup, bersalutr elok pada pisang dan tidak serap minyak. Memang enak dimakan. Bila sesekali nak masak Pisang Goreng homemade, memang banyak yang dikongsi di laman-laman sosial. Nah…Kali ini RASA kongsikan kembali resipi tepung pisang goreng yang dikongsi oleh saudara Yayar B. Awang Noh. Menurut beliau resipi ini adalah yang digunakan oleh abangnya yang sudah 15 tahun meniaga pisang goreng. Wow… Bolehlah cuba ya. Sukatannya adalah saiz untuk niaga, tetapi bolehlah kurangkan jumlahnya mengikut jumlah yang anda perlukan. Selamat mencuba!
Kalau yang rajin berniaga, boleh buat sambal ni sebagai ibu duit, buat dan jual. Resipi yang dikongsi oleh Chef Sue ini salah satu ‘must have’ sambal dalam fridge di rumahnya. Biasanya dia buat banyak dan frozenkan sebahagiannya. Sambal ni versatile, boleh dimakan terus, boleh juga dibuat pes untuk menumis apa-apa atau sebagai tambahan kepada sayur yang dicelur.
SAMBAL UDANG KERING
Bahan-bahan:
20 tangkai cili kering – rebus & toskan-BELI ONLINE DI SINI
10 ulas bawang merah
8 ulas bawang putih
200grams udang kering – rendam sekejap-BELI ONLINE DI SINI
Kisar cili kering bersama bawang merah dan bawang putih hingga lumat.
Udang kering dikisar sederhana lumat (tak terlalu lumat).
Panaskan empat sudu makan minyak dalam kuali. Goreng udang kering hingga wangi dan agak perang. Angkat.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan-bahan kisar serta belacan dan serbuk ikan bilis, tumis hingga semua bahan masak. Kalau perlu tambah sedikit lagi minyak.
Masukkan udang kering goreng, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Biarkan masak sebati dalam 2-3 minit. Sejukkan dan boleh disimpan dalam botol.
Tak lengkap sesuatu hidangan melayu tanpa sambal, Untuk sambal Kelantan ini memang popular di Kelantan, sesuai di makan untuk semua jenis nasi. Sesuai di buat masa kenduri, buat sekali banyak boleh tahan sampai sebulan kalau disimpan dalam peti sejuk. Lagi lama simpan lagi sedap, jika sambal ini dibuat awal-awal dan banyak baru rasa sedap makan kerana bila ia terperam dengan asam, garam, dan gula baru dia mesra rasanya.. Selamat mencuba!
RESIPI SAMBAL KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
Cili merah
Cili api
Limau kasturi(blender dgn kulit)
Bawang besar bakar
Bawang putih bakar
Cuka
Manisan kg
Gula
Garam
CARA-CARA:
Kisar semua bahan sehingga hancur.
Sambal kelantan tak guna belacan.
Kisar kering.
Siap. Simpan dalam botol dan masukkan dalam peti sejuk bagi kekal tahan lama.
Kay’s Steak & Lobster yang sudah sedekad mengukuhkan kedudukan sebagai restoran 'semi fine dining' yang menyajikan menu stik dan udang kara premium kini melebarkan...