Bagi penggemar sajian Cina pasti tidak asing lagi dengan Garlic Chilli Oil atau Minyak Cili Bawang Putih ini. Enak dimakan bersama bubur, sup ayam atau dijadikan sos pencicah dumpling. Walaupun resipinya cukup mudah namun ramai juga yang gagal nak dapatkan Garlic Chilli Oil yang tidak hangus. Kali ini saudari Zurina Zulkefli kongsikan cara dan juga petua untuk membuat Garlic Chilli Oil yang sedap dan mudah hanya menggunakan 3 bahan sahaja.
Menurut beliau, Garlic Chilli Oil ini adalah salah produk homemade yang beliau jual satu ketika dahulu dan mendapat permintaan yang sangat tinggi. Wow…Rugi kalau tak cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI GARLIC CHILLI OIL YANG MUDAH & SEDAP
BAHAN-BAHAN:
2 sudu makan emping cili Korea / Gochugaru – boleh guna emping cili biasa – beli online disini
1 keping kulit kayu manis – beli online disini
1 kuntum bunga lawang – beli online disini
1 biji buah pelaga – beli online disini
1 kuntum bunga cengkih – beli online disini
7 ulas bawang putih – cincang halus – beli online disini
1/2 cawan minyak masak – beli online disini
2 cubit garam halus – beli online disini
Tonton video GERENTI JADI: Koleksi Resipi Berasaskan Daging
CARA MEMASAK:
1.Untuk membuat Garlic Chilli Oil, bahan utamanya tentulah emping cili @ chilli flakes. Empunya resipi guna chilli flakes korea (gochugaru). Jika tiada boleh juga guna emping chili jenama Meriah yang ada di pasaran tempatan.
2. Guna rempah 4 sekawan ini.
3. Cincang halus bawang putih. Lagi halus teksturnya lagi rangup. Jangan tumbuk hingga jadi pes ya. Cincang sahaja. Boleh juga guna mesin kisar tangan /manual.
4. Masukkan minyak masak atau minyak sayuran dan buka api kecil. Pastikan api tidak besar jika tidak minyak cili akan hangus.
5. Masukkkan dahulu rempah 4 sekawan.
6. Kemudian masukkan bawang putih cincang. Gaul dan masak hingga bawang putih jadi warna keemasan. Pastikan tidak sampai warna keperangan sebab kita tak nak bawang putih rasa pahit.
7. Masukkan chili flakes dan garam halus untuk rasa sedikit masin.
8. Kemudian terus padamkan api. Jangan masak terlalu lama sebab nanti chili flakes mudah hangus kehitaman.
9. Siap dan biarkan seketika.
10. Simpan dalam bekas setelah minyak cili menjadi suam.
11. Boleh nikmati Garlic Chili Oil dengan bubur kosong. Sedap!
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Dumpling Goreng Homemade Guna Isi Ayam. Mudah & Tak Guna Banyak Bahan
Petua Masak Sambal Sotong Jadi Lebih Sedap. Kena Tambah 1 Bahan Ni
Resipi Roti Sosej Bersos Ala Oriental. Macam Ni Baru Syok Makan!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI