Teringin Kuih Sagu yang lembut kenyal dan manis lemak rasanya ini. Buat saja sendiri kerana ini adalah kuih paling mudah membuatnya dan kos juga sangat murah. Kalau anda teringin dan belum pernah buat. Anda boleh cuba resipi yang RASA kongsikan ini. Percayalah sangat mudah menyediakannya.
Ads
KUIH SAGU BAHAN-BAHAN:
1/2 cawan sagu mata ikan | Rendam dengan pewarna merah rose 1 1/2 jam
5 sudu makan gula pasir
Kelapa parut | putih sahaja & gaul dengan sedikit garam halus
CARA MEMBUAT:
1. Toskan sagu yang telah direndam tadi.
2. Masukkan dalam bekas dan gaul bersama gula.
3. Sudukan dalam acuan hingga sagu habis.
4. Kukus dalam pengukus yang sedia dipanaskan selama 25-30 minit.
5. Angkat dan sejukkan, kemudian keluarkan dari acua.
6. Gaulkannya dalam kelapa yang telah digaul dengan secubit garam dan telah dikukus sekejap untuk elakkannya dari cepat basi.
7. Sedia dihidangkan.
Tepung Bungkus atau dikenali juga sebagai Kuih Dara Dua Sebilik kerana dalam satu bungkus intinya di isi dua bahagian antara adunan tepung. Ia diperbuat dari tepung beras, santan dan inti kelapa sebagai bahan utama. Lebih sedap kalau untuk dibuat dengan kelapa tidak terlalu tua dan mennggunakan gula kabung atau gula melaka. Memang mantaplah rasa, tak rugi kalau korang buat sendiri. Resipi macam biasa dikongsikan di bawah.
KUIH TEPUNG BUNGKUS BAHAN-BAHAN: 2 cawan tepung beras 4 cawan santan segar 1 sudu teh garam BAHAN INTI KELAPA: 1 biji kelapa | putih sahaja 1 cawan gula melaka 1 1/2 cawan air 1/2 cawan gula pasir Secubit garam 2 helai daun pandan | simpul 1 sudu makan tepung gandum
CARA MEMBUAT:
Dalam periuk, campurkan santan, tepung beras dan garam. Kacau rata.
Renehkan atas api kecil hingga pekat.
Untuk membuat inti: Masukkan gula melaka, gula pasir, air, daun pandan dan secubit garam.
Renehkan guna api perlahan hingga gula hancur.
Masukkan kelapa, kacau sebati hingga air kering.
Masukkan tepung gandum. Gaul rata.
Tutup api dan biarkan sejuk.
Letakkan adunan tepung atas daun pisang seperti dalam gambar dan letakkan inti di dua bahagian atas adunan tepung. Kemudian balut dengan daun pisang seperti buat lepat biasa.
Waktu petang di musim durian ini elok sangat kalau kita hidangkan kuih berasaskan raja buah ini. Salah satu yang mudah adalah bingka durian. Minum pula dengan teh o panas memang nikmat rasanya.
Cara membuat bingka ini pun mudah, yang penting ada duriannya. Tak kisah jenis apa janji durian.
Dah beli daging tapi masih mencari idea nak masak apa. Dah tak payah susah-susah ikut aje 4 idea resipi yang gerenti enak ni.
Penulis buku masakan Azian Hasan ada resipi sedap yang mudah dimasak. Hidangan untuk ceriakan keluarga dan tetamu.
1.DAGING STROGANOFF
BAHAN-BAHANNYA :
1 biji bawang holland | dipotong dadu
1 ulas bawang putih | dicincang halus
3 cendawan butang | dihiris nipis
3 sudu makan cuka epal (cider)
3 sudu makan mentega
500 gm daging batang pinang | dipotong memanjang
1 cawan krim
1 cawan susu segar
1 sudu teh pasli kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan dan cairkan mentega dan masukkan bawang holland dan bawang putih.
2. Masak sehingga wangi. Angkat dan ketepikan.
3. Masukkan cendawan butang dan masak selama 2-3 minit. Angkat dan ketepikan.
4. Masukkan daging dan masak sehingga daging keperangan.
5. Masukkan epal cider dan sedikit air dan biarkan ianya mendidih.
6. Masukkan serbuk lada hitam, pasli, garam,susu segar dan krim
7. Renehkan sebentar sehingga kuahnya pekat.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 25 hingga 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian Tradisional Russia
Keistimewaan : Daging berjus dengan rasa lemak berkrim
INFO CHEF : Gunakan daging segar yang mempunyai sedikit lemak untuk rasa lebih enak. Sajian tradisional Russia ini sudah wujud sejak abad ke 19 dan amat popular di seluruh dunia.
2. STEW DAGING
BAHAN-BAHAN :
500gm daging batang pinang | dipotong saiz 3 sm
1 biji bawang holland | dipotong dadu
100gm mentega
3 sudu makan tepung gandum
2 biji lobak merah | dipotong membulat tebal
2 batang saderi | dipotong pendek
3 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh thyme
1 sudu teh rosemary
3 helai daun bay
Garam secukup rasa
Air secukupnya
CARA MEMASAK :
1. Panaskan kuali dan cairkan mentega
2. Masukkan bawang holland dan masak setakat ianya layu.
3. Masukkan tepung dan kacau sehingga warnanya menjadi keperangan.
4. Tuangkan air sedikit demi sedikit
5. Ulang langkah ini selama 3 kali dan akhir sekali tuangkan air mengikut kesesuaian.
6. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan reneh sehingga daging lembut.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 30 minit
Cara memasak : Tumis dan reneh
Jenis masakan : Sajian barat
Keistimewaan : Sajian stew bertambah lazat, bila dihangatkan dari lauk semalaman.
INFO CHEF : Enak dimakan bersama roti. Anda juga boleh menambahkan kentang, cendawan dan kacang pis hijau ikut rasa yang anda gemari.
3. NASI KARI DAGING
BAHAN-BAHAN :
1/2kg daging | dipotong besar dan direbus sehingga lembut, simpan airnya)
3 cawan beras biasa
4 cawan air rebusan daging
2 labu bawang merah besar | dihiris halus
2 ulas bawang putih | dihiris halus
1.5 sm halia | dihiris halus
2 sm kulit kayu manis
1-2 kuntum bunga lawang
3 sudu makan mentega
3 sudu makan minyak masak
3 sudu besar rempah kari daging | campurkan sedikit air,jadikan pes
1 sudu makan serbuk cili
2 sudu makan tomato puri
2 biji tomato | dipotong dadu
1 ikat daun ketumbar | secekak, dihiris halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAKNYA :
1. Panaskan minyak dan mentega
2. Tumis, bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga wangi
3. Masukkan rempah kari daging dan serbuk cili yang sudah dibancuh dengan air dan dijadikan pes. Masak sehingga rempah garing
4. Masukkan daging, air daging, tomato puri, garam dan masak sehingga mendidih
5. Masukkan beras, tomato dan daun ketumbar.
5. Apabila masak gaulkan sekata.
Saiz hidangan : 6 orang
Waktu memasak : 35 minit
Cara memasak : Tumis dan didih
Jenis masakan : Sajian Nasi
Keistimewaan : Hidangan nasi berdaging dengan diperkayakan rempah ratus
INFO : Nasi kari daging ini adalah sajian fusion India dan Melayu . Diinspirasikan dari masakan India tapi menepati citarasa dan selera Melayu
4. DAGING SELASIH
BAHAN-BAHAN :
250gm daging cincang
4 biji cili merah | dihiris halus
4 biji cili padi| ditumbuk
5 ulas bawang putih | ditumbuk
2 sudu makan kicap cair
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan minyak masak
2 genggam daun selasih
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk cili merah, cili padi dan bawang putih.
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan yang ditumbuk tadi.
3. Masak sehingga cili garing.
4. Masukkan daging cincang dan masak sehingga daging empuk dan masak,
5. Masukkan sos ikan, kicap cair dan sos tiram. Kacau sebati.
6. Perasakan dengan garam.
7. Masukkan daun selasih dan gaul kan kesemuanya.
8. Tutup api dan bolehlah dihidangkan.
Saiz hidangan : 2 orang
Waktu memasak : 20 minit
Cara memasak : Tumis dan kacau goreng
Jenis masakan : Sajian Nasi, masakan pengaruh Thai
Keistimewaan : Keunikan rasa yang sedap dibangkitkan oleh daun selasih
INFO CHEF : Daun selasih atau dikenali dengan daun kemangi , sering digunakan sebagai penyedap makanan dalam sajian atau lauk bagi membangkitkan aroma hidangan yang disediakan.
Masalah lalat banyak di dapur memang merimaskan. Bimbang makanan yang terdedah di sini, dicemari dengan kotoran dari haiwan ini.Cuma masalahnya nak guna penyembur dah...