Minum petang adalah satu situasi waktu makan yang membolehkan kita meneroka elemen masakan. Sebabnya, ketika minum petang kita boleh buat macam-macam untuk mencuba cita rasa baru yang mungkin kena dengan selera kita.
Kali ini RASA cuba gabungan dua menu yang boleh anda cuba untuk terokai. Pastri Puff Kastard Buah-Buahan rasanya manis dan bercita rasa barat. Manakala Cucur sayur pula lebih kepada cita rasa tradisi. Menikmati dua menu ini menjadikan minum petang lebih sempurna.
Bahan Filling Kastard
400 ml susu segar
100 gram gula kaster
60 gram tepung kastard
1 biji kuning telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 sudu besar mentega
Cara memasak
1. Pastri Puff: Ambil sekeping pastri lipat menjadi segitiga. Gunting atau potong 1/2 inci kedua bahagian sisinya dengan pisau tajam tetapi jangan sampai putus.
2. Buka semula lipatan, ambil bahagian yang putus dan lipat ke arah bertentangan, temukan kedua bahagian hujungnya. Tekan sedikit atau sapu sedikit air supaya hujungnya tidak terbuka.
3. Sapu dengan kuning telur dan bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25-30 minit. Ketepikan.
4. Filling Kastad: Satukan semua bahan filing kastard kecuali mentega.
5. Masak atas api sederhana hingga kental. Masukkan mentega dan kacau hingga licin dan berkilat.
6. Masukkann ke dalam mangkuk, biarkan seketika.
7. Masukkan ke dalam piping bag dan picit ke dalam pastri puff, hias dengan hirisan buah kiwi, anggur dan strawberi.
8. Akhir sekali hiaskannya dengan serbuk gula.
Ads
CUCUR SAYUR
Bahan-Bahan
200 gram kobis (hiris halus)
1/2 batang lobak merah (hiris halus)
5 ulas bawang putih (kisar)
150 gram tepung gandum
Sedikit tepung beras
1 1/2 sudu teh garam
1 biji telur ayam
2 batang daun bawang (hiris)
175 ml atau 3/4 cawan air
Ads
Cara memasak
1. Masukkan hirisan kobis, lobak merah dan bawang putih ke dalam mangkuk besar. Kacau.
2. Masukkan tepung gandum dan tepung beras yang telah diayak. Diikuti garam dan daun bawang.
3. Campurkan air dan kacau perlahan sehingga tiada ketulan. Masukkan telur yang dipukul dan kacau.
4. Letakkan adunan cucur di dalam peti sejuk dan tinggalkan selama 20 minit.
5. Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan adunan cucur pada suhu bilik sebelum menggoreng.
6. Panaskan minyak masak dalam kuali di atas api sederhana sehingga panas.
7. Dengan menggunakan sudu sup, masukkan satu sudu adunan cucur ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kekuningan.
8. Angkat dan letakkan di atas tisu untuk keringkan minyak.
9. Hidangkan bersama sos cili.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Biasakan makan Kuih Buah Melaka, sangat sedapkan, kali ini RASA nak kongsikan versi kuih yang sama saja cara membuat dan bentuknya, korang hanya perlu tukar tepung pulut dengan keledek. Rasa tetap sedap, lembut dan sangat senang membuatnya, jadi buatlah senaman jejari korang dengan menguli keledek untuk jadikan Onde-Onde Keledek ini.
.
ONDE-ONDE KELEDEK
BAHAN-BAHAN:
500gm keledek | buang kulit dan kukus
1 cawan tepung ubi | jika kurang tambah lagi
1 cawan kelapa parut | gaulkan bersama sedikit garam
Gula Melaka | potong dadu kecil
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Lenyekkan keledek yang dikukus hingga hancur.
Kemudian tambahkan tepung ubi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
Bulat-bulatkan doh, kemudian masukkan gula Melaka di tengahnya dan bulatkan semula.
Didihkan air dalam periuk, apabila telah mendidih masukkan doh yang sudah berisi inti tadi.
Setelah timbul angkat dan gaulkan dengan kepala parut.
Setelah disaluti dengan kelapa, onde-onde sedia dihidangkan atau dibawa sebagai bekal.
Teringin nak makan Kuih Lopes tapi tercari-cari resipi yang paling mudah? Ye…Ini resipi yang paling senang yang anda boleh cuba. Jika guna cara ni anda tak perlu kukus dan tak payah gulung dalam daun pisang dah. Boleh siap dalam masa yang singkat. Jom cuba resipi perkongsian saudari Shahera Ilani. Anda pasti puas hati.
RESIPI KUIH LOPES MASAK GUNA RICE COOKER
BAHAN PULUT:
2 cawan beras pulut
1 cawan santan cair
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau – jika perlu
Kelapa parut secukupnya
BAHAN AIR GULA MELAKA
1 keping gula melaka
1 cawan gula perang
5 cawan air
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras pulut dan masukkan santan cair, air, air daun pandan, garam dan sedikit pewarna hijau jika suka. Adun rata dan letak dalam periuk nasi elektrik. Masak pulut seperti masak nasi biasa.
2. Sementara tunggu pulut masak, kukus kelapa parut seketika. Bila dah sejuk, gaulkan dengan sedikit garam. Ketepikan.
3. Setelah pulut masak, keluarkan dan padatkan pulut dalam bekas bersesuaian. Kemudian bentukkan bulat. ( boleh guna cawan)
4. Golekkan kepingan pulut tadi ke dalam bekas berisi kelapa parut.
5. Untuk menyediakan air gula melaka, masak gula melaka, gula perang, air dan daun pandan hingga mendidih dan sedikit pekat. Ketepikan.
Pancake antara menu yang menjadi pilihan untuk sarapan. Ia mudah dan menyelerakan untuk hidangan seisi keluarga. RASA kumpulkan sembilan resipi pancake untuk anda cuba. Semuanya berlainan rasa dan juga bentuk. Jangan lupa cuba!
150gm tepung gandum
50gm cornflakes | ramas kasar
280ml susu segar
30gm gula halus
1 biji lemon | perah ambil jusnya sesudu makan
1 biji parutan kulit lemon
1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
2 sudu makan mentega | cairkan
1 sudu teh serbuk penaik
Sirap maple secukupnya
CARA MEMASAK:
1.Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, jus lemon, parutan kulit lemon, cornflakes, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
2. Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
3.Panaskan kuali non stick. Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
4. Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan.
5. Hidangkan pankek bersama sirap maple.
RESIPI PANCAKE MILO
BAHAN–BAHAN:
1 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair/ susu segar
3 paket Milo 3 in 1
3 sudu besar mentega dicairkan
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder @serbuk penaik
CARA MEMASAK:
1.Pecahkan telur dan kacau.
2. Masukan susu, soda bikabonat, baking powder, tepung gandum, milo dalam mangkuk telur, kacau hingga sebati dan masukan butter cair. Boleh kisar guna pengisar. Nak guna mixer pun boleh, pastikan sebati ye semua bahan untuk resipi pancake milo.
3. Sapukan sedikit mentega pada non-stick pan. Gunakan non-stick yang saiz 3-5inci.
4. Tuangkan 1 senduk adunan dalam pan, pastikan gunakan api yang perlahan ketika memasak.
Bila bahagian atas berlubang-lubang udara dan hampir agak kering, bolehlah diterbalikan. Jangan biar lama sangat, takut terlebih masak di bahagian bawah.
6. Biarkan sekejap dan terus angkat. Sedia untuk dihidangkan.
7. Sekiranya agak adunan cair, tambah sedikit tepung. Tuangkan Hershey chocolate syrup, atau bancuh sepeket Milo 3 in 1 dengan air panas sedikit, tuang atas pancake.
Kredit resipi: Sheila Rusly
RESIPI RICE PANCAKE
BAHAN-BAHAN:
Nasi sejuk
1 tangkai daun bawang
Lobak merah – disagat halus
2 biji telur
Garam
1 sudu makan tepung gandum – beli online disini
Jika suka, boleh tambah daun sup, kentang, isi udang atau apa sahaja ikut kegemaran
CARA MEMASAK:
1.Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Jumlahnya bergantung pada selera masing-masing atau apa sahaja yang ada di dapur.
Dalam bekas yang bersesuaian, satukan semua bahan dan sebatikan. Tidak perlu tambah air. Pastikan nasi tidak berketul.
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Kemudian sudukan adunan Rice Pancake tadi. Minyak tidak perlu banyak seperti kita menggoreng cucur.
4. Bila sudah keperangan, terbalikkan dan goreng lagi sebelah hingga masak sepenuhnya.
1 paket tepung gandum cap ros
1 biji telur
4 1/2 tin air
4 sudu susu pekat manis – beli online
1/2 tin minyak – beli online
2@3 titik butter oil (tiada pun tidak mengapa- untuk aroma sahaja)
2 sudu makan garam – beli online
*sukatan tin-guna tin susu.
CARA MEMASAK:
Campur semua bahan kacau sebati. Biarkan anggaran 10 hingga 20minit. *kadar kecairan/kepekatan boleh diubahsuai.
Lainkan sedikit untuk letak pewarna (masuk dalam botol sos lubang satu)
Panaskan kuali. Pipekan adunan berwarna seperti lingkaran ubat nyamuk. Tuang sesenduk adunan plain. Golek-golekkan kuali agar menutupi semua permukaan kuali. Apabila sudah masak semuanya, boleh angkat dan gulung. Ketepikan.
CARA MEMASAK:
1. Nyahbeku kepingan paratha segera selama 5 minit (kekalkan di atas plastik).
2.Potong pisang menjadi kepingan dan susun diatas kepingan roti paratha tadi.
Kemudian lipat bahagian tepi paratha ke dalam.
Cairkan mentega masin dengan secukupnya di dalam kuali.
5. Letak kepingan Paratha tadi dan goreng kedua bahagian sehingga garing keemasan.
Angkat dan sapukan Hazelnut spread @ Nutella dengan secukupnya di permukaan. Jika tiada, boleh diganti dengan susu pekat manis atau apa sahaja sapuan mengikut selera anda. Potong untuk memudahkan ia dimakan.
Thai Street Banana Pancake yang sedap dan mudah ini sedia untuk dinikmati.
BAHAN-BAHAN: 2 biji kentang sederhana besar ( kukus/ rebus & lenyek)
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar gula pasir
2 cawan tepung pulut
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar yis mauripan
Sedikit garam
Air suam secukupnya
Minyak/ butter untuk goreng
Bijan untuk hiasan
Inti ikut citarasa (saya letak kacang merah & cheese mozarella)
Minyak masak untuk sapu dekat tapak tangan
CARA MEMBUAT:
1.Masukkan semua bahan-bahan A di atas dan gaul sehingga menjadi doh yang tidak melekat dekat tangan. Jangan terlalu lembut atau keras. Rehatkan sebentar agak-agak 30 minit.
2.Cukup masanya uli sebentar biar doh sekata kemudian bolehlah mula bentukkan. Ambil sedikit minyak, sapu atas tapak tangan dan ambil sedikit doh, leperkan doh tadi seperti nak buat kuih bom. Masukkan inti dan tutup kemas-kemas.
3.Bulatkan cantik-cantik. Golek dalam bijan sehingga rata kemudian. Bulatkan di tapak tangan supaya bijan melekat cantik. Buatlah sehingga habis dan bolehlah goreng menggunakan non stick pan.
4.Letak sedikit minyak atau butter dan masukkan bebola tadi,buat satu-satu ye.
5.Tekan menggunakan sudip supaya leper ikut saiz yang disukai. Balik-balik kan dan masaklah sehingga warnanya perang cantik. Ulanglah sehingga habis. Siap untuk dihidang.
RESIPI PANCAKE POPIA KPOP
BAHAN-BAHAN:
Kulit popia (brand apa-apa aje)
10 ekor udang (potong kecik2)
1sd lada sulah
Sedikit garam
3ulas bawang putih (hiris halus @ cincang)
Daun kucai
Cili merah besar (cincang halus)
2 senduk kecil tepung jagung (bersamaan 4 sdb)
Sebiji telur
Sedikit tepung gandum yg dibancuh dgn air (utk gam)
CARA MEMASAK:
Satukan semua bahan diatas kecuali kulit popia n tepung gandum.
Kulit popia dilipat dua dan gunting ..
Ambil sedikit bancuhan ratakan atas kulit popia.
Satu lagi lapisan kulit popia disapu dgn tpung gandum utk gam ye. Dan tampal atas popia..
Lps tu boleh lah goreng dah garing boleh angkat. Siap utk makan!
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...