Kedatangan bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan amat dinanti dan bermula Ahad ini, umat Islam akan menjalani ibadah berpuasa. Bila datangnya waktu ini, pelbagai nostalgia Ramadan akan diimbau. Ada suka, ada yang kurang gembira. Bermacam-macam kisahnya.

Elyana Kongsi Resipi Berbuka Nostalgia Bila Balik Kampung Di Bulan Ramadan

Hari ini dalam episod pertama Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung musim terbaru menyajikan aksi selebriti cantik manis, Elyana dan ibu saudaranya Makcu Zaza yang akan berkongsi resipi berbuka nostalgia beliau setiap kali balik ke kampung halaman.

Elyana Kongsi Resipi Berbuka Nostalgia Bila Balik Kampung Di Bulan Ramadan

Ditayangkan di Astro Prima sebentar tadi, Elyana yang ditemani pengacara Awal Ashaari telah berkongsi dua resipi istimewa iaitu Daging Berlado dan juga Bubur Sum Sum. Wow… Nampak sedaplah masakannya. Tak sangka Elyana ni pandai memasak rupanya. Biasa lihat aktif di pentas nyanyian dan lakonan sahaja. Rupanya dekat dapur pun hebat juga aksinya.

Elyana Kongsi Resipi Berbuka Nostalgia Bila Balik Kampung Di Bulan Ramadan

Tengoklah juga Bubur Sum Sum tu, sangat menggugat selera. Masak pula guna santan segar, lagilah mantap. Rupanya Awal Ashaari ni tak pernah rasa Bubur Sum Sum ni. Sekali cuba, baru tahu betapa nikmatnya makan waktu berbuka. Tidak dilupa pada Cik Pong dan Adik Comel kerana membawa santan untuk mereka masak. Kalau tidak, kena ke kedai lagi.

Terliurnya… Jadi jangan lupa cuba menu yang Elyana kongsikan sebentar tadi. Mudah dan pastinya enak. Sesuai sangat dijadikan sajian untuk berbuka anda di sepanjang bulan Ramadan ini. Selamat mencuba!

 

1.DAGING BERLADO

Elyana Kongsi Resipi Berbuka Nostalgia Bila Balik Kampung Di Bulan Ramadan

BAHAN-BAHAN:

  • 10 biji cili merah
  • 8 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 biji cili api merah
  • 500gm daging – direbus, dihiris nipis dan lebar
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Minyak masak secukupnya
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 biji limau kasturi
  • 1½ sudu besar TUMIX® Perencah Pati Ayam
  • 1 cawan air rebusan daging

CARA MEMASAK:

1. Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih, cili merah dan cili api merah. Ketepikan.

2. Gaulkan daging rebus bersama serbuk kunyit dan goreng didalam minyak yang panas sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

3. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali dan tumis bahan yang telah ditumbuk kasar tadi hingga terbit harum.

4. Setelah itu masukkan daging yang telah digoreng tadi. Tambahkan daun limau dan perahan jus limau kasturi. Perasakan dengan TUMIX® Perencah Pati Ayam dan gula secukup rasa.

5. Jika suka, tambahkan sedikit air rebusan daging agar tidak kering. Masak hingga semua rempah meresap ke dalam daging.

6. Angkat dan sedia dimakan dengan nasi panas.

 

 2. BUBUR SUM SUM

Elyana Kongsi Resipi Berbuka Nostalgia Bila Balik Kampung Di Bulan Ramadan

BAHAN-BAHAN BUBUR:

  • 2 cawan tepung beras
  • 5-6 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • ½ sudu kecil AJI-NO-MOTO®
  • 1 sudu kecil garam
  • ½ sudu kecil pewarna hijau (jika suka)

BAHAN-BAHAN (A): AIR GULA

  • 3-5 ketul gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1. Masukkan semua sekali bahan-bahan untuk membuat bubur ke dalam periuk. Kacau sebati sehingga tiada ketulan tepung.

2. Buka api perlahan dan masak adunan tadi sehingga likat dan meletup-letup. Bila tepung meletup begitu, ia menandakan tepung telah masak.

3. Jika mahu buat Bubur Sum Sum dua warna, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Asingkan adunan putih ke dalam bekas lain, bakinya tambah sedikit perwarna hijau.

4. Tuang adunan ke dalam bekas dan biarkan sejuk sebelum dipotong dan dinikmati.

5. Untuk gula merah, masak gula melaka bersama air dan daun pandan. Kemanisannya bergantung pada cita rasa masing-masing.

6. Sejukkan air gula dan hidangkan bersama Bubur Sum Sum.

 

 

TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN BALIK KAMPUNG SEPANJANG BULAN RAMADAN INI

Elyana Kongsi Resipi Berbuka Nostalgia Bila Balik Kampung Di Bulan Ramadan

Rasa Nostalgia Ramadan Balik Kampung kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.

Menampilkan 22 orang selebriti dan juga 7 orang pengacara terkenal tanah air, mereka akan berkongsi pelbagai resipi yang menjadi nostalgia indah bila pulang ke kampung. Pastikan sangat mengujakan. Maklumlah jarang dapat tonton artis memasak di dapur. Biasa lihat aksi mereka menyanyi dan berlakon sahaja. Malah boleh cuba resipi yang artis kesayangan anda kongsikan juga.

Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 1 April 2022 pada jam 7 malam di Astro Prima.

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI