Kuih Donat antara kuih kegemaran orang Malaysia yang rata-ratanya menyukai kerana kuihnya yang gebu dan manis bergula. Jika inginkan donut yang lebih kreatif dan sedap, apa kata cuba resipi Suhasnida Ismail ini yang sangat gebu dan rasa yang menarik untuk di cuba!
Ads
Resipi Donat Pisang Montel
Bahan-Bahan:
400gm tpung hp
100gm tepung gandum
10gm yis
50gm gula (tambah jika nak manis lagi)
5gm garam
1biji kuning telur (taknak letak pun tak apa)
100-150gm pisang masak (pisang ni nak guna baru kupas dan lecek. Tak nak lecek dan simpan sampai jadi hitam macam buat kek pisang tu ye)
50gm shortening/marjerin
85-100ml air sejuk cold
5gm any improver (gr superbake boleh)
Cream super pun boleh.
Cara-Cara:
Ads
Masukkan semua bahan dalam bowl, kecuali air, putar dulu mixer bagi sebati.baru tuang air sikit sikit sampai jadi doh
Masukkan 100ml air letak sedikit sampai jadi doh kasar.jika guna cream super boleh add 10gmDoh jangan terlembut
kena pandai tengok bila masukkan air tu ye.korang jangan pi tuang semua ayaq sekali gus
Uli sampai licin berkilat dan elastic.
Keluarkan doh dan timbang 35gm
Sapu tangan dengan sedikit minyak
Rounding biar licin dan kemas
Rehatkan doh 5-10minit
Leperkan dengan jari jer,tebuk lubang
Biarkan kembang dan boleh la panaskan minyak untuk goreng.
Minyak banyak lebih kurang 3/4 kuali
Panaskan dengan api kecil dan boleh goreng donat yang dah kembang.
Jika uli tangan,boleh guna ayaq suam,nak bagi doh elastic masukkan dalam plastik dan ramas sampai licin dan berkilat.ni kena sado sikit la ye
Ads
Kongsi resipi: Suhasnida Ismail
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Limpa masak jintan bercili ni memang sangat sedap. Pedas-pedas berempah rasanya. Nak masak pun tak susah. Tuma tumis-tumis sahaja. Kalau tiada idea nak masak apa, boleh cuba masak limpa ni. Senang je. Sedap pulak tu.
LIMPA MASAK JINTAN BERCILI
BAHAN-BAHAN
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
2 batang serai
1 sudu besar jintan putih
2 cm kunyit
300 gram limpa lembu | basuh dan toskan
1/2 cawan air
15 biji cili padi
1 biji bawang besar | hiris bulat-bulat
1 biji cili besar hijau | potong serong
1 biji cili besar merah | potong serong
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar bawang merah, bawang putih, halia, serai, jintan putih dan kunyit.
2. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bahan kisar tadi.
3. Masukkan limpa dan air. Biarkan limpa agak kering.
4. Masukkan cili padi dan bawang basar. Masak sampai kering.
5. Masukkan cili besar hijau dan cili besar merah. Kacau lagi.
6. Masukkan sos tiram dan sedikit garam.
7. Gaul rata. Matikan api. Sedia dihidang. Boleh hiaskan dengan taburan jintan putih kasar di atasnya.
Salah satu resipi yang sangat enak jika masak menggunakan udang segar. Kombinasi mentega, daun kari serta manis udang tu memang sedap hingga menjilat jari! Sesuai sangat cuba di hari cuti ni. Jom cuba!
UDANG MENTEGA DAUN KARI
BAHAN-BAHAN:
250gm udang saiz besar |digoreng ½ masak
5gm mentega |untuk tumis
1 ½ tin susu cair
7 helai daun kari
3 biji cili padi |dihiris
1 biji cili merah |dihiris
Garam secukup rasa
2 biji kuning telur
10gm mentega
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dan cairkan mentega. Masukkan bahan-bahan tumisan seperti bawang merah, daun kari dan cili padi. Biarkan ia seketika. Pastikan ia dimasak di bawah api yang sederhana.
Masukkan pula susu cair dan garam secukup rasa.
Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak terlebih dahulu.
4.Masak kuning telur bersama mentega yang dicairkan. Tuangkan ke atas udang yang telah siap dimasak.
Info Chef: : Untuk rasa yang lebih sedap, pastikan udang digoreng setengah masak.