Kalau inginkan sajian yang rangup dan seronok dikunyah, bolehlah cuba buat Tauhu Telur Kukus. Nak buat pun senang sangatlah. Bahan-bahan pun boleh dikatakan stok yang selalu ada dalam peti sejuk. Jom kita cuba resipi Tauhu Telur Kukus seperti yang dikongsikan oleh Wan Kasmawati Wan Husain ini.

RESIPI TAUHU TELUR KUKUS

Resipi Tauhu Telur Kukus Paling Mudah, Masak Guna Acuan Kuih Lompang

BAHAN-BAHAN:

5 keping tauhu
4 biji telur
500 gm isi ayam | hiris
2 biji cili merah | racik –BELI ONLINE
2 tangkai daun bawang | racik
2 helai daun sup | racik
1 batang lobak merah –BELI ONLINE
2 biji telur untuk goreng tauhu yang sudah dikukus
Serbuk lada putih secukupnya –BELI ONLINE
Garam secukupnya –BELI ONLINE
Minyak masak secukupnya –BELI ONLINE

CARA MEMASAK:

1. Dalam satu mangkuk, campurkan tauhu keping, isi ayam, telor, lada sulah dan garam secukup rasa. Kisar sampai lumat.

2. Masuk dalam mangkuk campur dengan daun bawang, daun sup, nak pedas masuk cili yang dipotong nipis-nipis. Lobak merah gaul semua.

3. Kemudian, sediakan acuan dan sapukan acuan dengan sedikit minyak masak.

IKLAN

4. Tuangkan isian tauhu tadi, kemudian kukus selama 15 minit.

Resipi Tauhu Telur Kukus Paling Mudah, Masak Guna Acuan Kuih Lompang

4. Tuangkan isian tauhu tadi, kemudian kukus selama 15 minit. Biarkan sejuk seketika. Boleh masuk dalam peti sejuk.

Resipi Tauhu Telur Kukus Paling Mudah, Masak Guna Acuan Kuih Lompang

 

IKLAN

 

5. Selepas dipotong-potong celup dalam telur. Goreng dan angkat. Tauhu telur kukus sedia dihidangkan. Cicah dengan sos cili Thai/kicap pedas.

Sumber kredit: Wan Kasmawati Wan Husain

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

IKLAN

 

Resipi Roti John Sedap. Buat Sendiri Lebih Jimat & Puas Makan!

Sedapnya Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed, Makan Sejuk-sejuk Memang Layan

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

https://www.youtube.com/watch?v=BiwIA0dNNMc

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI