Donat ni cukup special, ada masukkan kentang. Kekal gebu dan sedap. Jom ikut resipi donat kentang dari Puan Maria Bentalib yang cukup kreatif dengan idea memasaknya. Resipi dia cukup mudah diikut, dalam gambar tu ada langkah demi langkah membuatnya.Comel aje rupa donat tu.
Pastikan doh tu naik sempurna dengan yis berkualiti, barulah donat nanti naik gebu gabas. Sedap dan lembut bila digigit. Makan pulak dengan secawan kopi, memang teramatlah nikmatnya.
DONUT KENTANG OHSEM
BAHAN-BAHAN :
500gm tepung gandum
Garam hujung camca
2 sudu besar susu tepung
(garam dan susu ni letak kat tepung gandum)
.
2 sudu besar gula kasar
1 paket yis segera
1 penutup aisin vanila
200gm kentang – direbus
2 biji telur
1 cawan minyak sayuran
Gula castor secukupnya untuk donut yang dah goreng.
CARA MEMASAK :
1. Mula sekali rebus kentang. Dah empuk, kopek kulitnya dan lenyek sampai lumat.
.
2. Kemudian. Larutkan gula dengan sedikit air panas, dalam mug. Masukkan aisin vanila. Tambah air hingga setengah mug, pastikan air dalam mug tu suam (jangan air panas, nanti yis mati) Tuangkan yis, tutup mug. Dah jangan kacau, biarkan yis tu naik dengan aman. Ketepikan
.
3. Campurkan telur dengan kentang yang dah lenyek lumat tadi, pukul. Masukkan minyak, pukul. Bila yis dah naik, masukkan pula yis dan kacau rata..
Ads
.
.
4. Masukkan tepung gandum yang dah diletakkan garam dan susu tepung tadi. Uli hingga lembut (lebih kurang 20 minit menguli).
5. Siap hempas hempas. Kalau tengah geram dengan orang, bagus. Gerenti jadi gebusss donut tu nanti.
.
6. Dah siap uli, cover besen dengan kain. Biarkan selama 1 jam 30 minit.
Ads
.
.
.
7. Lepas dah kembang, cekut dan bulat bulatkan. Susun atas loyang yang dah disapu minyak dan ditaburi tepung.
.
8. Biarkan ia kembang sekali lagi. Pastu goreng. Panas panas kena golek kat gula, kalau dah tak panas nanti gula tak lekat ye. Guna gula castor.
#DonutKentang #KegemaranRamai
Ads
Kredit foto dan resipi :Maria Bentalib FB : Maria Bentalib
Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR ITIK MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur itik
1 cawan garam
4-5 cawan air
CARA MEMASAK: 1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.
2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk). 4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).
NOTA:
Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Anda penggemar sajian Teppanyaki? Biasanya kalau nak nikmati hidangan ni, anda kena ke restoran kan? Kini anda boleh hasilkan sendiri di rumah. Mudah, sedap dan comfirm halal. Selamat mencuba!
AYAM TEPPANYAKI
BAHAN AYAM:
300gm isi dada ayam | didadu kecil
100gm tauge
2 ulas bawang putih | dihiris
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan kicap sotong / sos ikan
1 sudu makan mentega
BAHAN SAYUR GORENG:
50gm kubis | dihiris
1 tangkai daun bawang | dihiris
1/2 batang lobak merah | dihiris
1 sudu makan kicap cair
1/2 sudu teh lada sulah
1 sudu makan mentega
3 ulas bawang putih | dihiris
CARA MEMASAK:
Untuk memasak ayam, cairkan mentega dan goreng ayam bersama bawang putih hingga masak.
Kemudian masukkan kicap sotong dan serbuk lada hitam. Gaul rata.
Setelah ayam eklihatan garing, masukkan tauge. Kacau hingga sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api, angkat.
Cairkan mentega dan tumis bawang putih hingga garing.
Masukkan kesemua sayur dan tumis hingga lembut.
Perasakan dengan kicap dan lada sulah. Angkat.
Sediakan nasi putih dan nikmati bersama ayam serta sayur goreng tadi. Enak dinikmati panas-panas.
Info chef: Garam tidak diperluakn kerana kicap sotong sudah mempunyai rasa masin.
Anda dan keluarga suka sangat nikmati sajian Ayam Panggang? Tentu sekali. Menu ini antara salah satu sajian kegemaran rakyat Malaysia.
Terdapat pelbagai resipi Ayam Panggang yang boleh dicuba. Ada yang lebih ke cara barat, ayam panggang cara Malaysia malah ada juga versi fusion yang diolah penggunaan bahan serta ramuan perapannya.
Resipi perkongsian saudari Adnilsam Apat ni antara yang terbaik dan boleh dicuba oleh anda yang bercadang nak masak menu ni untuk keluarga. Lengkap dengan resipi Air Asam. Tengok gambar je pun dah emmbuka selera. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM PANGGANG SERAI AIR ASAM
1. AYAM PANGGANG
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam saiz sederhana – boleh masak seekor atau potong empat
BAHAN PERAP:
7 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 batang serai – hiris nipis dan tumbuk halus
1 sudu makan (penuh) serbuk lada hitam kasar
3 sudu makan gula perang – beli online disini
2 sudu makan sos tiram – beli online disini
1 sudu teh paprika – beli online disini
1 sudu teh serbuk cajun – beli online disini
4 sudu makan minyak jagung – beli online disini
1/2 biji jus perahan limau nipis
Garam secukup rasa
Aji – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan perapan dan gaul sebati. Lumur pada ayam hingga rata.
2. Perap ayam sekurang-kurangnya 4 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
3. Untuk memasaknya, panggang ayam dalam ketuhar pada suhu 200C selama 1 jam atau hingga ayam cukup masak.
4. Angkat dan sedia untuk dinikmati bersama air asam.
2. AIR ASAM
BAHAN-BAHAN:
1 kuntum bunga kantan – hiris nipis
Sedikit hirisan daun ketumbar
Sedikit hirisan daun kesum
Sedikit hirisan daun bawang
1 ulas bawang kecil – hiris nipis
1 sudu teh serbuk beras pulut sangai ( thai toasted rice powder) – beli online disini
4 sudu makan sos ikan – beli online disini
3 sudu makan gula kelapa thai ( thai palm sugar) – boleh ganti dengan gula perang – beli online disini
1 sudu makan pes asam jawa – larutkan dengan sedikit air panas
2 sudu makan thai chilli flakes – beli online disini
3 biji limau nipis – ambil perahan jusnya
1 sudu makan minyak masak/zaitun/jagung – optional
CARA MEMASAK:
1. Satukan semua bahan dan kacau sebati. Sesuaikan rasa dengan selera anda.
2. Siap dan sedia untuk dihidangkan bersama ayam bakar.
Kredit resipi & foto: Adnilsam Apat
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Kajian menunjukkan teh daun jambu batu mampu merencatkan virus H1N1 hingga 5 kali lebih kuat daripada teh hijau. Ketahui cara penyediaannya untuk bantu rawat influenza secara semula jadi.