
Sedapnya kuih dangai, kuih ni jarang dijual.Kuih tradisi ini mesti ramai penggemarnya.Rasa garing di lapisan luar dan juga rasa manis sesedap rasa memang menyelerakan. Nak buat sendiri boleh ikut resipi ini.
DANGAI
Bahan-bahan:
5 cawan kelapa parut(saya guna kelapa kulit hijau, tak muda & tak tua sangat)
1 cawan tepung pulut
1 cawan gula (tak nak manis, kurangkan)
secubit garam
Cara membuat:
1.Campurkan ke dalam satu bekas. Gaul sehingga sebati.
2.Tuang ke dalam loyang, sapu minyak sikit di loyang tu.
3.Bakar suhu 180 masa 15-20 minit api atas bawah,bergantung kepada oven anda.
*nak dapatkan garing diatasnya, masa 5-10 minit terakhir guna api atas saja.
Kredit: Siti Hadirah
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kuih Bergoreng Warisan Tradisional Sentiasa Sedap Dimakan

Kuih Goreng warisan orang lama kita memang sedap dinikmati sepanjang zaman. Mudah dibuat dan kosnya pun murah aje.
Boleh dibuat sarapan dan sajian petang, ni 4 resipi min kongsikan untuk dibuat esok pagi nanti ya. Korang try lah nanti ya…
1. SARDIN ROLL
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 500 gm tepung gandum
- 150 gm marjerin @ mentega
- 1 biji telur
- 1 sudu teh gula
- 1/2 sudu teh garam
- 110 ml air sejuk/dingin dari peti sejuk
Bahan inti :
- 1 tin kecil sardin
- 2 sudu makan cili kisar
- 3 ulas bawang putih /ditumbuk
- 3 biji cili padi /dicincang
- 1 biji bawang besar /dicincang
- 1 sudu makan jus limau nipis
- 1 biji ubi kentang /dipotong dadu
- Garam secukup rasa
- Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
- Panaskan minyak masak dalam kuali.
- Tumis cili kisar, masukkan bawang putih dan bawang besar dan cili padi.
- Tumis hingga agak garing, masukkan kentang, kacau dan biarkan kentang masak
- Masukkan sardin dan garam, biarkan masak . Angkat dan ketepikan
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN:
- Satukan tepung gandum, gula, garam dan marjerin atau mentega. Gaul hingga menjadi tekstur serbuk roti dan tidak mengapa jika ada sedikit ketulan kecil mentega.
- Masukkan telur ayam dan gaul sebati.
- Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan licin. Jika keras tambahkan lagi sedikit air.
- Balut doh dengan ‘plastic wrap’ dan masukkan dalam peti ais selama 15- 30 minit.
- Keluarkan doh dari peti sejuk, dan bahagikan doh kepada bebola kecil seberat 25 gm setiap satu.
- Ambil satu doh kecil, canai nipis jadi memanjang
- Kelar bahagian atas, letakkan sedikit inti pada sebelah bahagian yang tidak dikelar
- Gulung dan tarik bahagian sisi doh dengan kemas
- Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit doh ini sama dengan cara membuat pastri
Anggaran kos : RM 10
INFO CHEF : Ketulan mentega yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup. Pastikan roh direhatkan di dalam peti sejuk.
2. CUCUR BADAK
BAHAN-BAHAN :
Bahan inti :
- Minyak masak untuk menumis
- 1/2 biji kelapa parut
- 100 gm udang kering /direndam dulu
- 1 ulas bawang putih
- 3 biji bawang kecil
- 7 biji cili merah
- 1 sm halia
- 1 batang serai
- 1 sudu teh serbuk kunyit
- 2 sudu makan gula
- 1/2 sudu teh garam
Bahan doh :
- 250 gm keledek /rebus dan lenyek
- 4 sudu makan tepung gandum
- 1/2 sudu teh garam
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
- Kisar semua bahan inti kecuali kelapa parut
- Panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar, kacau hingga masak
- Masukkan kelapa parut, gaul rata, Tutup api dan ketepikan.
CARA BUAT DOH DAN PENYEDIAAN :
- Ambil keledek dan masukkan ke dalam bekas, lenyek.
- Masukkan tepung gandum perlahan-lahan dan uli.
- Ambil sedikit doh, masukkan inti di tengah
- Ulang sehingga doh dan inti habis
- Goreng sampai kekuningan , angkat dan toskan
Saiz hidangan : 5 orang
Masa memasak : 40 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kuih rasa keledek yang lembut dan berinti pedas
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Jika anda hendak menyimpan dalam peti sejuk dalam masa yang lama anda bolehlah menggorengnya separuh masak.
3. KUIH TOPI *(Kuih Pantai Timur)
BAHAN-BAHAN :
- 1 1/2 cawan gula
- 2 cawan air
- Secubit garam
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung beras
CARA MEMASAK :
- Gula, air dan garam dimasak hingga gula hancur. Sejukkan air gula.
- Tepung gandum dan tepung beras dicampurkan. Kemudian masukkan air gula sedikit demi sedikit.
- Kacau sehingga adunan tidak berketul dan berbuih.
- Kemudian perap 8 jam atau semalaman
- Sebelum goreng kacau sebati dulu adunan kuih topi itu. Kalau pekat tambah sedikit air dan kacau sebati.
- Apabila adunan sudah sebati ambil sesenduk adunan curah dalam kuali yang sudah panas minyak.
- Guna kuali yang dalam, bila sudah masuk, balikkan kuih topi.
- Masa ini anda boleh lihat topinya naik.
- Goreng hingga tepi dan kelililing kuih agak garing
- Kuih topi siap dihidangkan
Saiz hidangan : 4-5 orang
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Aduan tepung gandum dan beras menghasilkan kuih yang rangup dan manis
Anggaran kos : RM 5
INFO CHEF : Kuih topi cukup popular di Kelantan dan Terengganu. Ia juga dikenali sebagai kuih cucur manis atau cucur jawa.
4. KUIH BOM

BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
- 2 cawan tepung pulut
- 2 sudu makan tepung gandum
- Garam secukup rasa
- 1 cawan air
- Bijan secukupnya untuk salut
Bahan inti kelapa :
- 1 biji kelapa parut/ putih sahaja
- 1 cawan gula merah atau gula Melaka
- 2 sudu makan gula pasir
- 2 helai daun pandan /disimpul
- Sedikit air untuk melarutkan gula
CARA MEMASAK :
CARA MASAK INTI :
1.Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan jerangkan di atas api yang sederhana.
2. Kacau inti hingga melekit dan separa kering
3.Angkat dan ketepikan
4. Bila sudah sejuk kepal inti bulat-bulat.
CARA BUAT DOH:
- Satukan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
- Bancuh dengan air sedikit sedikit hingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan.
- Jika terlembik tambahkan sedikit lagi tepung beras pulut
- Sapukan sedikit minyak pada tapak tangan. Ambil adunan leperkan dan masukkan inti kelapa yang telah dikepal bulat-bulat tadi.
- Golekkan di atas bijan. Kemudian goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.
- Angkat dan toskan.
Saiz hidangan : 9 biji kuih bom bersaiz bola ping pong
Masa memasak : 15 minit
Cara memasak : Goreng
Jenis masakan : Kuih tradisional
Keistimewaan : Kulit ini agak liat dan kenyal kulitnya, salutan bijan mengenakkan lagi rasa
Anggaran kos : RM 7
INFO CHEF : Selain inti kelapa manis, kuih bom ini juga didapati dengan inti kacang hijau dan kacang dal. Lebihan inti boleh disimpan untuk dibuat inti kuih lain seperti kuih koci, ketayap dan pulut inti.
Cucur Udang Gebu & Rangup, Ini Cara Membuatnya.

Teringin nak makan cucur udang yang lembut di dalam dan garing di luar, korang boleh saja buat sendiri di rumah. Sangat mudah, jimat dan terjamin kebersihan. Paling penting makan puas. Macam mana nak buat, ikut je resipi yang dikongsikan di bawah:-
CUCUR UDANG
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu makan yis (mauripan)
Air sejuk | boleh agak-agak
Segenggam tauge
Sedikit kucai | potong 3cm
1/2 batang lobak merah | parut memanjang
Udang secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUAT:
- Masukkan tepung dalam bekas, tambahkan serbuk kunyit, yis dan garam. Gaul rata.
- Tuangkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat adunan yang tidak terlalu cair atau pekat.
- Masukkan tauge, kucai dan lobak merah, gaul rata dan perap 30 minit.
- Panaskan minyak (minyak banyak), kemudian rendam senduk bulat besi (sebagai acuan cucur) dalam minyak panas.
- Tuangkan cucur di dalam senduk tersebut dan letakkan udang di tengah-tengahnya.
- Masukkan dalam minyak panas sambil goyang-goyangkan senduk sehingga adunan cucur tertanggal dari senduk.
- Goreng cucur hingga kuning keemasan, angkat dan toskan minyak sebelum dipotong dan sedia dihidangkan bersama kuah kacang atau sos cili.
Kredit: @resepiorangkita
Resipi Cucur Udang Yang Senang Nak Dibuat

Nak tahu cara buat cucur udang yang senang tapi sedap? RASA berikan resipi cucur udang yang mudah tapi sedap. Antara menu jualan laris di gerai untuk minum petang adalah cucur udang. Selain pisang goreng, cucur udang juga amat menarik perhatian untuk dibeli dan dijadikan hidangan minum petang. Apatah lagi kalau dimakan panas-panas. Tepung yang digoreng bersama udang dan juga sayuran, kemudian dimakan pula dengan sos cili memang sangat mengasyikkan.
CUCUR UDANG
.
BAHAN-BAHAN
• 1 kg tepung gandum
• 1 peket mauripan
• 1 batang lobak merah (disagat halus)
• Sedikit daun kucai
• Sedikit taugeh
• Sedikit garam
• Air secukupnya
• Udang
• Minyak masak
CARA MEMBUAT
1. Satukan tepung gandum, mauripan, lobak merah, daun kucai, taugeh dan garam. Bancuh dengan air. Jangan pekat dan jangan cair sangat.
2. Peram bancuhan dalam sejam.
3. Apabila sudah kembang bolehlah digoreng bersama-sama udang.
4. Tekan sikit udang pada bancuhan tadi supaya udang tidak jatuh.
5. Api jangan terlalu besar. Nanti masak di luar saja tapi di dalam mentah lagi.
Resipi oleh Hamizah Yatim dari Telegram KakiMakan