Daging Goreng Pedasperkongsian saudari Umi Watie ini tentunya harus dicuba. Bukan sahaja disebabkan rasanya yang sedap, menu ini juga mudah dimasak. Sesuai sangat disajikan ketika makan tengahari. Gaul-gaul bersama nasi putih panas, waduh… sudah cukup membuka selera sekeluarga. Jomlah cuba. Anda pasti kagum dengan rasanya.
1.Gaulkan hirisan daging bersama serbuk kunyit dan garam. Kemudian goreng dalam kuali sampai sedikit garing.
2. Bila daging sudah masak dan garing, angkat dan ketepikan. 3. Dengan menggunakan minyak yang sama (boleh kurangkan sedikit jumlahnya), tumis bahan kisar sampai wangi, garing dan pecah minyak.
4. Bila sambal sudah elok pecah minyak, masukkan semua sos sos dan kicap manis.
Ads
5. Gaul-gaul bagi rata. Pastikan guna api kecil sahaja. Empunya resipi tidak letak garam atau gula kerana semuanya sudah cukup rasa. Namun, boleh ubah mengikut selera. 6. Masukkan daging yang telah digoreng tadi bersama hirisan bawang Holland dan cili api.
7. Gaulkan hingga rata dan biarkan sampai bawang sedikit layu. Matikan api. 8. Daging Goreng Pedas siap dimasak dan sedia untuk dinikmati.
Siapa yang suka sangat makan bebola daging tu mentega keju, boleh cuba buat sendiri. Selain jimat, sudah pastinya dapat menjaga kebersihan makanan dan dijamin halas. Anda juga boleh menambah bahan-bahan sampingan yang digemari.
BEBOLA DAGING SOS MENTEGA KEJU
BAHAN-BAHAN:
20 biji bebola daging
1 cawan susu cair
3 sudu makan mentega
2 keping keju
4 ulas bawang putih | cincang
1 biji bawang besar | cincang
2 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1/2 biji cili benggala | hiris memanjang
6 biji cili padi | hiris
4 biji cendawan shitake |dadu kecil
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya | untuk menggoreng bebola daging
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, goreng bebola daging hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
Gunakan kuali lain, tumiskan bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
Kemudian masukkan cendawan shitake, hirisan cili padi, cili benggala, daun kari.
Apabila naik aroma wangi masukkan susu cair, diikuti bebola daging yang telah digoreng.
Setelah mendidih, kecilkan api, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Sebelum tutup api masukkan keju dan kacau lagi seketika.
Resipi kari daging perap ini mengambil masa empat jam untuk diperap dengan serbuk kari. Lagi lama, lagi sedap kerana rasa kari meresap dalam daging.
Selain dimakan dengan nasi, kari ini juga enak dijadikan hidangan bersama pulut pulut kuning atau ketupat.
Resipi kari daging perap
Bahan-bahan
1kg daging -dipotong lawan urat
3 sudu serbuk kari (untuk buat perapan)
2 batang serai -diketuk
2 tangkai daun kari
Rempah empat sekawan
Cili kisar
1 sudu besar serbuk kunyit
2 sudu serbuk kari daging
1-2 biji tomato -dipotong
1 kotak kecil santan
1 biji kentang -dipotong
2 sudu kerisik
Garam dan gula
Bahan tumbuk/kisar
2 biji bawang merah -sederhana besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara membuat
1. Gaul daging dengan 3 sudu besar serbuk kari hingga rata. Perap selama 2-4 jam.
2. Selepas dua jam boleh mula memasak. Mula mula tumis dulu bahan tumbuk dan cili kisar. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan serbuk kunyit dalam tumisan bersama daging yang diperap tadi. Gaul. Tunggu sampai air daging keluar. Masukkan dua sudu serbuk kari daging. Kacau.
4. Seterusnya masukkan tomato yang dipotong (tomato akan hancur dalam kari). Biarkan mereneh sampai keluar air daging dan terbit minyak.
5. Tuang air masak ke dalam periuk, air biar separas engan daging. Jangan banyak sangat. Biarkan daging empuk. Reneh sehingga 1 jam 15 minit.
6. Selepas itu masukkan santan bersama kentang. Didihkan kuah dan biar kentang empuk.
7. Masukkan kerisik, perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Siap
Hidangan berasaskan kari sememangnya popular di Malaysia. Gaya hidup masyarakat majmuk menjadikan menu tradisi masyarakat India ini digemari semua tidak kira bangsa. Terasa nak masak kari hari ni? RASA kongsikan aneka resipi kari yang boleh anda cuba.
1.KARI DARAT IKAN MASIN
BAHAN-BAHAN:
300gm ikan talang masin|direndam ½ jam
2 biji terung bulat|belah empat
2 biji ubi kentang|dipotong dadu
300ml santan
200ml air
30gm rempah kari ikan
15ml air asam jawa
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS:
8 ulas bawang merah|dimayang halus
4 ulas bawang putih|dimayang halus
1 biji bawang besar|dimayang halus
15gm halba campur
1 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Satukan rempah kari bersama ubi kentang dan air di dalam periuk lalu didihkan sehingga rempah masak.
Masukkan ikan masin, terung bulat, air asam jawa dan santan. Didihkan lagi dengan menggunakan api kecil sehingga semua bahan menjadi empuk. Tambah garam dan gula secukup rasa. Tutup periuk dan tutup api.
Sementara itu, panaskan minyak di dalam kuali dan tumis bahan-bahan B sehingga agak garing dan wangi.
Tuang bahan-bahan yang telah ditumis tadi ke dalam periuk gulai ikan masin dan tutup periuk selama 10-15 minit atau sehingga bahan-bahan tumis mesra di dalam gulai
2. KARI DAGING DAN KELEDEK
BAHAN-BAHAN A:
600gm daging|dipotong kecil
500ml santan pekat
2 biji ubi keledek|dipotong dadu
2 biji tomato|dibelah empat
3 labu bawang besar|dikisar halus
8 ulas bawang putih|dikisar halus
3cm halia|kisar halus
60gm serbuk kari daging
5gm serbuk garam masala
5gm serbuk jintan manis
5gm serbuk jintan putih
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih dan daun kari sehingga wangi.
Satukan rempah kari daging, jintan manis, jintan putih dan campuran bawang kisar. Campur sedikit air dan kacau hingga menjadi pes yang pekat.
Tuang ke dalam periuk dan tumis bahan-bahan rempah sehingga terbit minyak.
Masukkan daging dan sedikit air. Didihkan sehingga daging empuk.
Masukkan santan, ubi keledek dan tomato. Masak lagi sehingga daging dan ubi keledek benar-benar empuk.
Tambah garam dan gula secukup rasa.
3. KARI KEPALA IKAN MAMAK
BAHAN-BAHAN:
1 kepala ikan jenahak
6 batang kacang bendi
2 biji tomato|dibelah empat
1 biji terung panjang|dipotong kecil
2 biji cili hijau|dibelah dua
15ml air asam jawa
30gm rempah kari ikan
1 labu bawang besar|dikisar halus
4 ulas bawang putih|dikisar halus
2cm halia|dimayang halus
2 helai daun ketumbar|cincang
Minyak masak secukupnya
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMISAN:
6 ulas bawang merah|dimayang halus
4 ulas bawang putih|dimayang halus
5gm halba campur
2 tangkai daun kari
CARA MEMASAK:
Satukan bahan-bahan kisar bersama rempah kari dan bersama sedikit air. Gaul sebati.
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga wangi dan naik baunya.
Masukkan campuran rempah kari dan halia. Tumis lagi sehingga pecah minyak.
Masukkan kepala ikan, air asam jawa dan tambahkan air secukupnya. Didihkan hingga ikan masak dan kuah pekat.
Tambah tomato, kacang bendi, terung dan cili hijau. Didihkan untuk beberapa minit lagi hingga semua bahan sebati. Tambah garam dan gula secukup rasa.
Taburkan cincangan daun ketumbar dan hidangkan.
4. KARI SARDIN DAN TOMATO
BAHAN-BAHAN:
6 ketul sardin dalam tin|diambil ikan sahaja
3 biji tomato|dibelah empat
8 biji cili padi
200ml santan
30gm rempah kari ikan
15ml air asam jawa
5gm serbuk cili
6 ulas bawang merah|dimayang halus
4 ulas bawang putih|dimayang halus
2cm halia|dimayang halus
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan mayang bersama daun kari sehingga wangi.
Masukkan rempah kari dan serbuk cili. Tambah air asam jawa bersama sedikit air lalu didihkan hingga rempah masak.
Masukkan santan, sardin dan tomato. Didihkan dengan api yang kecil untuk beberapa minit.
Tambah garam dan gula secukup rasa sebelum dihidangkan.
5.KARI SOTONG BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
6 ekor sotong|dibersihkan
400ml santan pekat
30gm serbuk kari udang/ikan
5gm serbuk ketumbar
15ml air asam jawa
5gm serbuk jintan manis
5 ulas bawang merah|dikisar
3 ulas bawang putih|dikisar
3cm halia|dikisar
1 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
Di dalam mangkuk, satukan serbuk kari, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis dan air asam bersama dua sudu makan air.
Tuang bancuhan rempah dan daun kari ke dalam kuali. Tumis hingga rempah benar-benar masak.
Tuang santan ke dalam periuk, didihkan selama beberapa minit.
Masukkan sotong, garam, dan gula secukup rasa.
Didihkan lagi hingga sotong masak dan kuah pekat.
6 .KARI TERUNG PANTAI TIMUR
BAHAN-BAHAN:
6 biji terung bulat|dibelah dua
500ml santan pekat
30gm rempah kari ikan
20gm cili kisar
6 ulas bawang merah|dikisar
3 ulas bawang putih|dikisar
2cm halia|dikisar
Garam secukup rasa
Gula merah secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMISAN:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak masak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar sehingga wangi.
Masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dengan sedikit air. Tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan bahan-bahan tumisan dan tumis sehingga wangi.
Masukkan santan, terung, garam dan gula merah secukup rasa.
Pertandingan Teh Tarik King & Queen tajaan OKI Malaysia yang berjaya mengumpulkan ramai pengunjung hadir menyaksikan aksi menarik penuh gaya oleh para peserta.