Cucur udang rangup ini berbeza dari yang biasa. Selalunya kuih ini bulat kembung dan lembut. Tapi yang ini jenis rangup. Bila makan krup-krap bunyinya.
Tapi nak hasilkan cucur begini memang ada caranya, kalau tak memang tak menjadi. Kalau nak cuba buat sendiri di rumah boleh ikut resipi yang dikongsi oleh peniaga cucur udang ini sendiri.
Menurut Nur Amna, resipi ini merupakan resipi ibunya yang sekian lama menjual cucur ini. Sekali bancuh lebih 10kg tepung pasti licin. Katanya cucur ini juga takkan jadi bulat sebaliknya leper dan rangup.
Yang menarik, rahsia utama rangupnya bukan bahan pelik-pelik, cuma air sejuk atau ais. Disarankan makan bersama kuah kacang, barulah ‘padu’ rasanya dia.
Cucur Udang Rangup, Ini Sukatan & Tipnya
Bahan-bahan cucur
Tepung gandum secukupnya
Udang segar
Kucai – dipotong pendek
Bawang merah – dihiris
Lobak merah – dihiris halus
Serbuk kunyit
Tauge (jika ada)
Air sejuk atau ketulan ais
Garam atau serbuk perasa secukup rasa
Ads
Cara Penyediaan Cucur Udang Rangup
1. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, udang, kucai, bawang, lobak merah dan serbuk kunyit. Jika ada tauge, boleh tambahkan sekali.
2. Gaul rata semua bahan kering supaya udang dan sayur bersalut dengan tepung.
3. Masukkan air sejuk atau ais sedikit demi sedikit sehingga dapat tekstur adunan cucur yang likat, tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
Ads
4. Letak garam atau serbuk perasa secukupnya, kemudian kacau sebati.
5. Panaskan minyak yang banyak dalam kuali. Sudukan adunan cucur ke dalam minyak panas dan goreng hingga keemasan.
Ads
6. Cucur akan terbentuk cantik dan berkerak rangup di sekelilingnya.
7. Angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang bersama kuah kacang atau sos pencicah.
Tip cucur udang rangup
Gunakan air sejuk dari peti ais atau campur ais dalam adunan untuk hasil cucur yang rangup lama.
Jangan goreng dalam minyak yang tidak panas, nanti cucur serap minyak.
Udang tak perlu banyak, cukup untuk ada rasa. Yang penting tekstur dan rasa adunan.
Kalau korang suka makan Bingka Jagung, ini resipi Bingka Jagung sukatan cawan yang mudah korang nak buat sendiri di rumah. Lagi pun nak beli bingka sepotong boleh tahan harganya, kalau buat sendiri baru puas makan. Buat lebih boleh sedekah pada jiran-jiran atau bawa bekal ke pejabat.
BINGKA JAGUNG
BAHAN-BAHAN:
1 cawan gula
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung kastard
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sudu besar mentega
4 biji telur
Secubit garam
1 tin jagung krim manis
Biijan untuk hiasan
Sedikit pewarna kuning
CARA MEMASAK: 1. Satukan kesemua bahan kecuali jagung krim dan bijan. Kisar sampai sebati. 2. Tuangkan adunan dalam mangkuk besar dan masukkan jagung krim. Gaul sebati. 3. Tuangkan dalam periuk dan panaskan atas dapur dengan api perlahan. 4. Sentiasa kacau hingga timbul wap dan sedikit kental. Tutup api. 5. Sapikan mentega dalam loyang pembakar, tuangkan aduanan tadi di dalamnya. 6. Taburkan bijan dan bakar pada suhu 180 C selama 45 minit hingga 1 jam. 7. Setelah masak, guna api atas selama lima minit. Kemudian tutup ketuhar. 8. Biarkan sejuk baru potong dan sedia dihidangkan.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Resepi asam gumpal Terengganu ini tak terlalu susah nak dibuat, hanya perlu ikut langkah demi langkah, mengikut perkongsian daripada saudara Muliadi Ramli ini.
Kuih Asam Gumpal ni merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang popular di Pantai Timur termasuk Terengganu. Bila dapat menikmati asam gumpal yang sedap, terasa berbaloi segala penat lelah membuatnya kan?
Resepi Asam Gumpal Terengganu
Bahan-bahan:
Bahan Inti Kacang Hijau Tanpa Kulit:
200gram kacang dhal
1/2 kerek (keping) besar nisang atau gula Melaka
2 senduk kecil gula putih ( terpulang kepada tahap manis yang dikehendaki)
Cara Masak:
1.Basuh bersih kacang hijau.
2. Rendam 8 jam.Masak di dalam periuk dan bila kacang dah empuk, masukkan gula dan nisang/Gula Melaka.
3. Masak hingga kacang lembik dan jadi hmpir kering. Ketepikan biar sejuk. Bila sejuk bentuk bulat-bulat.
Bahan KulitAsam Gumpal:
2 cawan biji sagu
Cara Masak:
Basuh dan direndam air panas. Air lebih sikit saja pada sagu. Kacau. Biarkan sekitar 15 ke 20 minit sehingga sagu kembang dan serap air itu.
Bahan Kuah Asam Gumpal:
1 1/2 biji santan kelapa
3 biji bawang merah – dimayang
1 inci halia – dimayang
2 helai daun pandan – dipotong
1 sudu teh halba
Garam dan gula secukup rasa
Cara Membuat Asam Gumpal:
Basahkan tangan. Ambil sagu bentukkan jadi leper.
Masukkan inti kacang dhal kemudian bulat-bulatkan ia. Ulangi langkah sampai habis.
Untuk memasak, ada dua cara. Pertama, masakkan air dlm periuk. Bila mendidih masukkan asam gumpal tadi. Bila timbul je, terus angkat dan ketepikan ( jangan bagi rapat-rapat nanti melekat).
Satu lagi kaedah, secara kukus. Kaedah mengukus pula masukkan dalam kukusan, lapik dengan daun pisang dan sapukan minyak pada daun pisang. Kukus sektiar 10 ke 15 minit bergantung kepada kukusan juga.
Untuk kuahnya pula, masukkan santan ke dalam periuk. Bila naik wapnya dan sedikit mendidih, masukkan semua bahan lain untuk kuah. Kacau dan masukkan asam gumpal ke dalam kuah. Kacau sekejap dan tutup api. Siap. Nak lagi sedap boleh tambah hirisan nangka juga di dalam kuah.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Siapa suka makan kulit popia? Kulit ni boleh buat popia basah, goreng, samosa, murtabak dan macam-macam kegunaan.
Menerusi perkongsian resipi daripada Rabiatul Adawiyah Binti Samsudin ini, bahan nak buat kulit popia sangat mudah namun kena bersabar untuk siapkan.
Menurut Rabiatul, resipi kulit popia homemade ini adalah versi selet saja, tak gosok atas kuali dan tak guna putih telur serta cuka. Namun teksturnya masih lembut sangat.
KULIT POPIA HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
1kg tepung gandum (apa-apa jenama pun boleh) – beli online di sini 600ml-900ml air (anggaran saja) Garam secukupnya
1. Bancuh semua bahan macam nak buat cucur tapi air dikurangkan. Bancuhan tak terlampau cair dan tak terlalu pekat. 2. Perap 2 jam. Kalau nak tekstur lebih licin dan cantik, simpan dalam peti sejuk bawah lebih 4 jam – 8 jam atau semalaman.
4. Selet atas kuali pan nonstick/ kuali popia. Boleh tengok video di sini.
TIP:
*Guna api kecil saja. Jika selet tepung tak melekat, tanda api terlampau panas. Jika selet dan tak boleh tarik dan melekat tanda kuali belum panas. *Gosok kuali dengan tepung dan sedikit minyak yang dioles pada kain bersih.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!