Teringin nak makan daging tapi nak masak cepat, maka pilihan menu adalah daging yang bergoreng atau tumis. Dua cara masak ini 10-15 minit boleh siap, tapi ramai yang komen tekstur daging liat atau keras. Untuk mengelakkan daging keras atau liat, korang baca info yang RASA kongsikan ini, ia boleh membantu menyelesaikan masalah dan menjadikan masakan lebih sedap.
Hiris Nipis-Nipis
Anda perlu hiris daging nipis-nipis, jika hadapi masalah untuk membuat hirisan nipis, bekukan daging separuh beku kemudian proses menghiris akan menjadi lebih mudah. Selain itu anda boleh gunakan pisau tajam dan dikhaskan untuk daging sahaja. Semasa membuat hirisan, sebolehnya, saiz hirisan daging adalah sama supaya daging akan masak sekata dan sempurna.
Ads
Jangan Cuci
Selepas dihiris, jangan cuci daging, kerana ia akan hanya membuat daging menjadi hanyir ketika di masak, sukup sekadar mengelapnya dengan tisu dapur.
Perap
Ads
Anda juga boleh perap daging dengan bahan perencah seperti campuran bahan kisar, rempah ratus serbuk, sos, kicap, garam dan gula. Selepas digaul rata dengan bahan perapan. Perap daging sekurang-kurangnya satu jam, atau sebaik-baiknya semalaman. Proses perapan membantu menjadikan tekstur daging lebih empuk.
Masak Sekejap
Ads
Langkah terakhir, anda boleh tumis atau goreng menggunakan api besar selepas bahan tumisan garing dan wangi. Kacau rata lebih kurang 3-5 minit supaya daging tidak bertukar keras atau liat. Semasa proses memasak juga anda perlu sentiasa kacau supaya daging masak sekata.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Dalam episod kali ini, Rasa: Jelajah Rasa Nusantara, Adam Didam dan Ili Sulaiman sekali lagi berpeluang belajar cara-cara menyediakan sajian Sate dan Kuah Kacang yang popular di Malaysian dan juga cara-cara menghasilkan Sate Padang yang terkenal di Indonesia. Kedua-dua hidangan ni nampak sama tetapi ada bezanya. Namun yang pasti semuanya sangat sedap dan kena dengan citarasa orang Malaysia. Nak cuba masak Sate Ayam dan Sate Padang? Jom lihat resipi-resipinya.
1. SATE AYAM
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam
Serbuk kunyit secukupnya
Serbuk jintan manis secukupnya
4 batang serai
5 inci halia
Lengkuas secukupnya
Bawang merah kecil secukupnya
1 labu bawang putih
Gula dan gaeram secukup rasa
CARA PERAP SATE: 1. Kisar serai, bawang putih, halia, lengkuas dan bawang merah hingga halus. 2. Gaulkan isi ayam yang telah dipotong kecil bersama bahan kisar, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, gula dan garam dengan secukupnya hingga rata.
3. Perap ayam seketika sebelum dicucuk dengan lidi. Bakar hingga masak.
BAHAN KUAH KACANG:
500gm kacang tanah – sangai dan kisar kasar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu makan cili boh
3 batang serai
1-2 keping asam gelugur
1 liter air
Garam dan gula perang secukup rasa
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK KUAH KACANG: 1. Kiar bawang besar, bawang putih dan halia bersama air hingga halus. 2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili boh. Masak hingga garing. 3. Tambahkan serai, kacang kisar dan air. Kacau sebati. 4. Masukkan gula perang dan garam secukupnya. Masak dengan api perlahan hingga pecah minyak. 5. Masukkan asam gelugur. Kacau rata dan sesuaikan rasa ikut cita rasa masing-masing. 6. Bila mendidih, angkat dan sedia dinikmati.
Video Sate & Kuah Kacang:
2. SATE PADANG
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging
3 batang serai
10 helai daun limau purut
4cm lengkuas
3 helai daun kunyit
1 sudu makan Lada hitam
1 sudu makan Lada putih
1 sudu makan Jintan manis
1 sudu makan Biji ketumbar
1 keping Kulit Kayu Manis
3 kuntum Bunga cengkih
2 biji Bunga lawang
4 biji Buah pala
4 biji Buah keras
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN PERAPAN:
5 inci halia
5 inci lengkuas
7 biji bawang merah
Serbuk kunyit secukupnya
2 sudu makan serbuk jintan manis
BAHAN KISAR:
Bawang besar
Bawang putih
Lengkuas
Kunyit
Serai
Buah keras
Biji ketumbar
Halba
Jintan putih
CARA MEMASAK SATE PADANG: 1. Rebus daging kemudian masukan serai, daun limau purut, daun kunyit, lengkuas, lada hitam putih, jintan manis, biji ketumbar, kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang, serbuk buah pala dan buah keras ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Rebuh hingga empuk.
2. Keluarkan bahan tersebut, ambil sedikit air rebusan, masukkan bahan kisar dan masak hingga pekat untuk hasilkan kuah sate padang. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya. Ketepikan. 3. Untuk memerap sate, kisar bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas hingga halus.
4. Gaulkan daging bersama bahan perapan kisar, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, gula dan garam secukupnya. Gaul sebati dan perap seketika.
5. Ambil daging yang dieprap tadi, cucuk pada lidi dan panggang hingga masak.
6. Tuang kuah sate dan taburkan bawang goreng. Sedia untuk dinikmati.
Video Sate Padang:
Jom cuba!
Cara Masak Nasi Lemak & Nasi Uduk dalamRasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Indonesia) Episod 1
Cara Masak Ayam Masak Kicap & Chicken Adobo dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 2
Cara Masak Mi Celup & Pho dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Thailand) Episod 3
Cara Masak Somtam & Kerabu Mangga dalam Rasa: Jelajah Rasa Nusantara (Filipina) Episod 4
Cara Masak Singgang Asam Pedas Terengganu & Sinigang FilipinaRasa: Jelajah Rasa Nusantara ( Filipina) Episod 5
Sedapnya kalau dapat makan Daging Black Pepper dengan nasi panas-panas. Satu lauk tu sahaja dah cukup untuk memuaskan rasa. Menerusi hantaran di grup masakan di laman sosial, saudari CT Nazura kongsikan resipi Daging Masak Black Pepper (Lada Hitam) terbaik yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Sangat berbaloi untuk anda cuba masak hari ni.
CARA MASAK DAGING MASAK BLACK PEPPER YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN:
1kg daging – hiris nipis
3 sudu makan sos lada hitam
1 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
Kicap manis secukupnya
1 biji bawang holland – hiris
1 biji tomato – hiris
15 tangkai cili padi hijau & merah – lebih sedap jika guna lada benggala
Garam dan serbuk perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
1 biji bawang merah
8 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 sudu makan lada hitam
CARA MEMASAK:
1. Hiris daging kemudian rebus hingga empuk. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi. Lebih kurang dalam 5 minit.
3. Kemudian masukkan daging bersama air rebusan daging dengan secukupnya.
4. Tambahkan sos lada hitram,. Sos cili, sos tiram dan kicap manis. Jumlah kicap bergantung pada tahap kegelapan sajian yang anda mahu. Gaul rata.
5. Teruskan masak daging hingga agak pekat. Tambahkan garam serta perasa jika perlu.
6. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang holland, tomato serta cili padi. Gaul sebati dan sedia untuk dinikmati.
Kebiasaannya, kita pasti akan merebus daging jika mahu mendapatkan daging yang lembut. Tetapi kali ini, kami akan berkongsi satu petua untuk melembutkan daging dengan hanya menggunakan minyak. Petua yang dikongsi oleh Puan Mahamidah Hamdan ini ternyata cukup mudah. Jom kita cuba buat di rumah.
CARA MELEMBUTKAN DAGING:
1. Letakkan dua sudu minyak ke dalam kuali dan panaskan minyak tersebut.
2. Masukkan daging.
3. Air akan keluar sendiri dari daging tersebut.
4. Gunakan api yang kuat.
5. Kacau daging tersebut sekali-sekala sahaja. Masak sehingga air kering.
6. Bila air hampir kering, barulah kacau daging tersebut dengan kerap.
7. Air sudah kering bermakna daging sudah lembut.
Daging empuk dan lembut. Mudah dan ringkas sahaja caranya. Selamat mencuba!