Bila waktu petang, menu kek antara yang menjadi pilihan untuk hidangan pencuci mulut minum petang.
Kalau mencari resipi yang mudah dan cepat masak keknya, boleh cuba resipi kek butter choc rice ini.
Resipi yang dikongsikan Himawari Chan ini, memang senang dan tak perlukan sebarang teknik pun. Jadi jangan risau, kek anda pasti menjadi dengan cantiknya.
BUTTER CHOC RICE CAKE
Ads
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung gandum – beli online di sini 1 cawan gula (kalau nak kurangkan manis, kurangkan sikit ye gula dalam ¾ cawan je) – beli online di sini 4 biji telur gred B 1 buku mentega (guna pure butter lagi sedap) – beli online di sini 100mls susu segar/ full cream milk 3 sudu makan susu pekat manis – beli online di sini 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil butter oil/essence vanilla Chocolate rice (kuantiti ikut suka)
Dapatkan La Gourmet Vintage Collection dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MENYEDIAKAN:
1. Mula-mula, putar telur dulu sampai kembang. 2. Kemudian, masukkan mentega dan juga gula. Mentega jangan terlalu keras atau terlalu lembik. 3. Putar lagi sampai adunan menjadi kembang dan berkilat cantik. 4. Masukkan butter oil dan susu pekat. Putar lagi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pastikan tepung diayak terlebih dahulu. 6. Jangan lupa masukkan baking powder yang sudah diayak jugak. Putar sekejap. 7. Masukkan susu segar. Putar lagi bagi sebati. Kemudian, kaup di bahagian tepi supaya tiada aduanan yang tertinggal.
8. Masukkan choc rice. Ikut suka anda nak masukkan banyak mana. Tiada sukatan yang tepat. Kacau-kacau rata. 9. Tuang adunan ke dalam loyang yang sudah disapu mentega.
Ads
10. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 160-170C selama 40 minit api atas bawah. Sedap dan senang.
Sedapnya Telur Daging ni. Bagi yang nak makan sedap tapi tak nak makan nasi, sesuai sangatlah masak menu ni. Bahan asasnya cukup mudah malah tidak renyah. Makan sekeping pun dah kenyang. Jadi jom lah kita cuba resipi perkongsian saudari Siti Annallyssa. Pasti puas hati dengan rasanya.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak masak dan tumis bawang putih hingga keperangan.
2. Kemudian masukkan hirisan bawang Holland. Tumis lagi.
3. Perasakan dengan garam, serbuk lada hitam dan lada sulah dengan secukupnya.
4. Kemudian masukkan daging kisar. Tumis lagi hingga daging masak. Angkat.
5. Dalam bekas, pecahkan telur. Masukkan bahan-bahan tumis tadi.
6. Taburkan daun bawang dan chili flakes. Gaul sebati.
7. Panaskan kuali, tuang campuran tadi, bentukkan bulat.
8. Bila dah masak sebelah, balikkan. Biar masak sepenuhya.
9.Angkat dan sedia untuk dinikmati.
INFO: Telur Daging ini juga boleh dimakan dengan roti burger.
Makanan Jepun adalah antara sajian popular dunia. Bahan makanan rendah lemak dan tidak menjadi pemangkin kepada obesiti. Pemakanan yang sihat boleh menjadikan tubuh sihat juga.
Hari ni Min nak kongsi resipi dari Chef Qayyum Irwanzi , chef muda yang kreatif dan gigih. Chef ni pernah bertugas di restoran Korea Selatan. Tapi cukup berbakat dengan sajian Jepun juga. Jom semak resipinya…
1. YAKITORI (ALA SATE AYAM)
BAHAN-BAHAN :
2 kepingan isi tanpa tulang | dipotong dadu
Sedikit daun bawang | dipotong 2.5 sm
2 ulas bawang putih |dicicang halus
2 sudu makan kicap
½ sudu makan cuka
½ sudu teh tepung jagung
Garam dan gula secukup rasa
Biji bijan untuk hiasan
CARA MEMASAK:
1. Gaulkan isi ayam, daun bawang, kicap, cuka, bawang putih, tepung jagung, garam dan gula
secukup rasa. Biarkan ayam diperap seketika.
2. Cucukkan isi ayam ke lidi diselang selikan bersama daun bawang. Boleh juga menggunakan
cili dan cili benggala.
3. Grill ayam di atas api yang sederhana besar sehingga masak sepenuhnya setiap sisi.
4. Taburkan bijan ke atas ayam yang siap dimasak.
Saiz Hidangan : 2 Orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Gril/panggang Jenis Masakan : Ala sate, cucuk ayam Jepun Keistimewaan : Mudah dibuat dengan bahan masakan yang ringkas
Info Chef :Antara street food Jepun paling popular. Resepi yang sama boleh juga digunakan untuk daging lembu.
2. MOCHI (KUIH BEBOLA PULUT )
BAHAN-BAHAN :
200gm tepung pulut
4 sudu besar gula castor
Sedikit tepung katakuriko | untuk menyalut mochi
Beberapa titik pewarna makanan
Bahan inti :
200 gm buah kundur (rock melon)
100 gm gula
250 ml air
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung pulut bersama gula, garam dan sedikit pewarna makanan, gaul sebati.
2. Kukus adunan mocha lebih kurang 15 minit di dalam bekas pengukus.
3. Taburkan tepung katakuriko di atas dulang dan golekkan mocha yang telah dikukus.
4. Bahagikan tepung mochi kepada beberapa bahagian bebola kecil.
5. Masukkan inti mengikut perisa citarasa anda dibahagian tengah mochi. Cara masak inti :
1 . Potong dadu (kecil) buah kundur.
2. Rebus dengan air sehingga lembut dan hampir hancur.
3. Kemudian masukkn gula hingga larut, kacau hingga sebati.
Saiz Hidangan : 10 biji Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Kukus Jenis Masakan : Manisan Jepun Keistimewaan : Rasa kenyal dan manis
Info Chef: Anda juga boleh menggunakan buah-buahan segar sebagai inti mochi.
3. SENBEI (KEROPOK BERAS PANGGANG)
BAHAN-BAHAN :
120 gm tepung beras
40 gm nasi putih
¼ sudu teh garam
2 sudu makan minyak sayuran
4 sudu makan air
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung besar, nasi putih, garam dan minyak ke dalam pemproses makanan. Kisar
sehingga halus.
2. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sehingga campuran basah dan berketul.
3. Uli adunan sehingga sebati.
4. Bahagikan adunanan kepada beberapa bahagian. Bulatkannya dan ratakan sehingga nipis.
5. Letakkan kertas pembakar di atas dulang pembakar. Kemudian letakkan adunan yang telah di nipiskan.
6. Bakar lebih kurang 6-8minit. Kemudian terbalikkannya dan bakar sekali lagi 6-8minit.
7. Pastikan biskut tersebut tidak hangus dan sebelum dihidangkan biskut beras hendaklah sejuk sepenuhnya.
Saiz Hidangan : 4 Orang Waktu Memasak : 45 minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Keropok Keistimewaan : Kudapan rangup dimakan
Info Chef : Boleh dicampur rumpai laut kering dan bijan jika suka.
4. OKONOMIYAKI (JAPANESE PANCAKE)
BAHAN-BAHAN :
150 gm tepung gandum
150gm keladi jepun | diparut
10 gm dashi * sejenis stok masakan Jepun
2 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
200 ml air
250 gm kobis | dihiris halus
50 ml mayonis
CARA MEMASAK :
1. Campurkan tepung gandum, garam, dashi dan serbuk penaik.
2. Masukkan air, telur serta keladi jepun. Kacau hinggga sebati.
3. Panaskan kuali bersama minyak masak.
4. Tuangkan adunan ke atas kuali yang sudah panas dan ratakan ke sekeliling kuali.
5. Kemudian terbalikkan adunan dan biarkan ia masak sehingga kuning keemasan.
6. Hiaskan okonomiyaki dengan mayonis di atasnya.
7. Anda juga boleh menggunakan hirisan bonita (sejenis ikan) sebagai hiasan
Saiz Hidangan : 4 orang Waktu Memasak : 1jam 15minit Cara Memasak : Bakar Jenis Masakan : Sajian Jepun Keistimewaan : Lempeng Jepun yang enak dan lembut berperisa
Info Chef :Dashi ada dijual pasaraya utama,bahagian rak produk runcit antarabangsa. Di antara lain ramuannya adalah rumpai laut, kepingan halus tuna, sardin atau ikan bilis dan cendawan shiitake .Dashi adalah bahan asas dalam kebanyakan masakan Jepun.
5. EBIYAKISOBA (SHRIMP FRIED NOODLE)
BAHAN-BAHAN :
1 sudu teh minyak bijan
1 biji bawang besar | dihiris
1 biji lobak merah | diparut
2 helai daun kobis | diracik halus
¼ cili benggala hijau
500 gm udang
1 ikat daun bawang | dihiris kasar
½ sudu teh bijan
1 sudu teh kicap
1 paket mi soba yang sudah direbus
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
2. Masukkan bawang merah,lobak merah, kobis, cili benggala dan udang. Biarkan ia masak seketika.
3. Masukkan mi bersama kicap dan goreng seketika.
4. Akhirnya taburkan daun bawang dan bijan.
Saiz Hidangan :4 orang Waktu Memasak : 30 minit Cara Memasak : Tumis Jenis Masakan : Sajian Mi Jepun
Info Chef:Mi soba adalah mi yang halus helaiannya yang dibuat dari ‘buckwheat’ iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam.
Kalau tiba-tiba rasa kurang berselera, cuba buat sambal ni. Tak percaya, cubalah buat. Bayangkan korang makan nasi panas dengan sambal tempoyak bilis petai ni. Kemudian ada pula telur goreng mata yang kuningnya cair. Itu sudah cukup untuk menaikkan selera. Seperti sambal-sambal lain, petua untuk menyedapkan sambal adalah anda perlu tumis lama sambal tu supaya betul-betul masak cilinya.
SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI
BAHAN-BAHAN
1 mangkuk ikan bilis gred A
1 labu bawang holand
4 ulas bawang putih
15 biji cili api kampung
Minyak masak secukupnya
6 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Segenggam petai
Sedikit garam
Sedikit gula perang
CARA MEMBUAT
1. Basuh dan toskan ikan bilis. Kemudian kisar kasar. Ketepikan.
2. Kisar bawang holand, bawang putih dan cili api kampung.
3. Panaskan minyak masak. Goreng ikan bilis sampai garing dan asingkan. Keluarkan minyak masak dan hanya tinggalkan sebahagian untuk tumis kisaran bawang holand, bawang putih dan cili kampung tadi.
4. Selepas menumis, masukkan tempoyak, sedikit air dan petai. Biarkan garing dan pecah minyak.
5. Masukkan garam dan gula perang. Biarkan keketika.
6. Masukkan ikan bilis yang dikisar kasar tadi.
7. Gaul sebati. Biarkan seketika. Siap untuk dihidang.
Bagi yang suka makan Cina salah satu yang selalu dipesan jika makan di restoren ini adalah Ma Po Tofu. Tekstur tauhu yang lembut dan dimasak bersama kuah pekat memang cukup enak sekali untuk dimakan dengan nasi.