Daging Palembang adalah menu warisan dari orang tua dulu-dulu. Ada pelbagai versi dan cara masak, namun rasanya tetap sedap. Gabungan rasa pedas dan manis kicap menjadikan menu ini salah satu sajian yang wajib dicuba. Nak masaknya pun tidak sukar. Saudari Rosni Musa ada kongsikan resipi yang diwarisi dari ibu mertuanya. Anda patut cuba.
1. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia hingga halus. Kalau buat dalam kuantiti yang banyak, guna mesin pengisar supaya kisaran menjadi halus.
2. Panaskan 1/4 cawan minyak dan tumis rempah 4 sekawan hingga naik bau.
Ads
3. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama serai dan sedikit halia yang diracik. Tumis seketika.
4. Kemudian masukkan pula cili kisar dan rempah kari. Kacau rata.
5. Tuangkan sedikit air. Kacau sebati.
6. Terus tumis bahan-bahan tadi sehingga pecah minyak.
7. Masukkan daging yang telah direbus empuk menggunakan pressure cooker. Jika tiada, boleh masukkan hirisan daging dan juga air. Reneh hingga lembut.
8. Bila kuah sudah memekat, masukkan sedikit santan. Resipi ini hanya menggunakan sedikit santan.
9. Kacau dan renehkan lagi sehingga pekat.
10. Perasakan dengan garam, perasa dan sedikit gula. Jangan terlalu banyak kerana nanti akan dimasukkan kicap.
11. Tambahkan pula asam keping.
12. Kemudian renjiskan kicap manis. Jumlahnya tidak terlalu banyak. Cukup sekadar untuk menukar warna kepada sedikit kelabu sahaja dan tidak kehitaman.
Ads
13. Akhir sekali, taburkan daun kari.
14. Kacau rata dan renehkan sehingga pekat.
15. Daging Masak Palembang siap untuk dihidangkan.
Mee hailam yang sedap ialah mee yang mempunyai kuah yang banyak. Jarang kita merasai mee hailam sedap ni kerana banyak kedai banyak la rasanya dan ada juga yang nampak sedap tapi ‘pangkah X laju-laju’. Untuk penggemar mee hailam boleh la cuba, penyediaannya sangat simple dan rasanya juga sedap.
RESIPI MEE HAILAM SEDAP
Bahan-Bahannya:
1/2 kg. mee kuning
1/4 kg daging ayam dan daging lembu
10 ekor udang (saiz bergantung kepada anda)
3 ulas bawang putih *
3 ulas bawang merah *
1 sudu besar cili boh
1 ikat sawi hijau
1 potong kobis
1/2 batang lobak merah
1 bungkus ‘baby corn’
2 tangkai daun sup dan daun bawang
2 biji limau nipis
1 sudu tepung jagung (dibancuh dengan air)
Sos cili
Sos tomato
Kicap
Air (Ikut kita nk kuah banyak mana.. selalunya kita ikut sesedap rasa)
* Ditumbuk terlebih dahulu
* Ayam dan daging direbus dahulu
Cara-Cara Membuatnya:
Pertama sekali tumiskan bawang putih dan merah sehingga benar masak dan naik bau wanginya.
Selepas itu masukkan cili boh dan kacau semuanya sehingga benar-benar masak. Kalau tak masak cilinya nanti sakit perut.
Kemudian masukkan udang, rebusan ayam dan daging.
Selepas itu masukkan pula perasa, gula dan garam. ( sukatan mengikut citarasa anda)
Masukkan semua sayur lobak merah, kobis dan baby corn.
Kemudian masukkan mee.
Selepas itu masukkan sos tomato dan sos cili.
Masukkan pula tepung jagung dan kacau semuanya hingga serata.
Akhir sekali masukkan kicap mengikut citarasa anda (terlebih letak dikhuatiri masin)
Kacau semula hingga semuanya sebati dengan mee tersebut.
Setelah siap, bolehlah menambah apa yang anda inginkan seperti bawang goreng, limau nipis atau sebagainya.
Masakan Thai cukup terkenal hampir di seluruh dunia. Bahkan masakan ini juga cukup dekat dengan masyarakat di Malaysia. Hidangan Thai yang kebiasaannya mengandungi rasa masam, masin dan pedas sentiasa menjadi pilihan ramai penduduk Malaysia. Kali ini RASA kongsikan 6 jenis masakan Thai berasaskan ayam yang boleh anda cuba.
1. AYAM SOS THAI
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
2 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
8 sudu makan sos Thai
2 batang serai | titik
2 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
3cm halia | hiris halus
1/2 biji cili Benggala hijau | hiris
1/2 biji cili Benggala merah | hiris
1/2 batang lobak merah | hiris
3 biji cili padi hijau |hiris halus
1 tangkai cili merah | hiris halus
2 sudu teh sos ikan
60ml air
Minyak masak secukupnya
Daun ketumbar untuk hiasan
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama tepung jagung, serbuk pati ayam, dan serbuk lada hitam. Gaul sebati. Ketepikan.
Panaskan minyak untuk menggoreng ayam. Gorengkan ayam sehingga warna perang keemasan, angkat, tos dan ketepikan.
Salin minyak di dalam kuali dan tinggalkan sedikit sahaja untuk menumis. Setelah itu tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, dan serai sehingga wangi. Dikuti dengan lobak merah, cili padi dan cili merah.
Kemudian masukkan sos cili Thai, sos ikan dan air secukupnya. Kacau sebentar hingga kuah mereneh.
Setelah itu masukkan cili Benggala hijau dan merah. Apabila cili Benggala telah agak layu sedikit masukkan ayam tadi kacau dan tutupkan api. Siap untuk dihidangkan. Hiaslah dengan daun ketumbar yang dipotong agak kasarjika suka.
Info chef: Jumlah air bergantung sama ada anda ingin lebih berkuah atau agak kering.
2. GULAI AYAM SIAM
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
250ml santan pekat
250ml air
6 biji terung kampung | belah dua
1 biji bawang besar | kisar
4 biji bawang putih | kisar
3cm lengkuas | hiris dan kisar
3cm kunyit | hiris dan kisar
6 tangkai cili padi hijau | kisar
2 batang serai | hiris halus dan kisar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
2 helai daun limau purut | carik
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Tumis semua bahan iaitu bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas, kunyit, cili padi hijau, serai, daun limau purut, serbuk jintan manis dan serbuk lada hitam hingga wangi dan pecah minyak.
Kemudian masukkan ayam dan air secukupnya, kacau sebentar dan biarkan sehingga kuah mereneh dan ayam agak empuk dan masak.
Setelah ayam agak empuk,masukkan terung kampung dan akhir sekali santan pekat. Masaklah sehingga kuah agak memekat kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Terung kampung boleh digantikan dengan terung pipit.
3. SALAD AYAM THAI
BAHAN-BAHAN:
2 ketul isi dada ayam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh sos Thai
300gm daun kubis | hiris halus
2 batang lobak merah | hiris halus
1 batang timun | hiris halus
3 batang daun bawang | potong 3cm panjang
250gm kacang tanah goreng
1 biji cili merah | potong halus
4 biji cili padi |potong halus
1 biji cili Benggala hijau |hiris memanjang
1 biji cili Benggala merah |hiris memanjang
2 tangkai daun pudina
2 pokok daun ketumbar |potong kasar
Minyak masak secukupnya
BAHAN UNTUK SOS SALAD:
2 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan mentega kacang
3 sudu teh sos ikan atau secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jusnya
3 sudu teh cuka
4 sudu teh gula pasir
4 biji bawang putih | cincang
2 sudu makan air masak
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan dada ayam bersama sos ikan, serbuk lada hitam dan sos Thai. Perap selama 30 minit. Setelah itu goreng dada ayam di dalam kuali angkat dan hiris agak nipis. Ketepikan.
Di dalam mangkuk salad ,satukan semua bahan yang telah dihiris dan dipotong halus tadi. Masukkan ayam dan gaul sebati.
Untuk membuatkan sosnya; masukkan kesemua bahan sos ke dalam bekas plastik kedap udara dan goncang sehingga kesemua bahan sebati. Apabila saat untuk menghidang, tuangkan sos ke dalam salad tadi dan gaul sebati. Siap untuk dihidangkan.
Info Chef – Sos salad jangan diletakkan terlalu awal agar dapat mengekalkan kerangupan sayuran salad tersebut.
4. COCONUT LIME CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
½ ekor ayam | potong kecil
125ml santan pekat
125ml air
4 tangkai kacang panjang | potong 3cm panjang
6 tangkai cili padi hijau | hiris
2 helai daun limau purut | hiris halus
1 biji bawang besar | hiris
4 biji bawang putih | hiris
1 sudu makan sos ikan atau secukup rasa
1 biji jus limau nipis
1 sudu teh gula tau secukup rasa
1 sudu teh serbuk pati ayam
2 batang daun ketumbar | hiris kasar
Minyak masak secukupnya
1 tangkai cili merah | hiasan
1 batang daun bawang | hiasan
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan hirisan bawang besar dan bawang putih hingga terbit bau wangi.
Kemudian masukkan isi ayam, daun limau purut, sos ikan,jus limau nipis, gula, serbuk pati ayam, santan pekat dan air, kacau sebentar. Masaklah sehingga kuah mereneh dan agak pekat.
Kemudian masukkan hirisan kacang panjang dan daun ketumbar. Masaklah selama lebih kurang 5 minit, kemudian tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.
Info chef: Hiaslah dengan hirisan cili merah dan daun bawang.
5. AYAM PANDAN
BAHAN-BAHAN:
1/2 ekor ayam | potong 6-8 ketul
4 biji bawang putih | kisar halus
1 biji bawang besar | kisar halus
3cm halia | kisar halus
3cm lengkuas | kisar halus
6 tangkai cili padi | kisar halus
2 batang serai dihiris halus | kisar halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk pati ayam
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Daun pandan secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan ayam bersama kesemua bahan kisar, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk kunuit, serbuk pati ayam, garam dan gula. Perap semalaman bagi mendapatkan rasa yang lebih enak.
Setelah itu bungkuslah ayam tersebut dengan daun pandan seperti membungkus ketupat palas. Goreng di dalam minyak yang banyak dengan api yang agak sederhana besar agar ayam masak sekata. Ayam pandan siap untuk dihidangkan.
Info chef: Jika hendak cepat, ayam bolehlah diperap selama dua jam.
6. AYAM GAJUS
BAHAN-BAHAN:
3 keping dada ayam | potong kecil
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu teh minyak bijan
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh serbuk pati ayam
8 tangkai cili kering | potong 3cm panjang
3cm halia | cincang halus
1biji bawang besar | hiris
6 biji bawang putih | cincang
2 sudu teh sos tiram atau secukup rasa
2 sudu teh kicap pekat manis
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
80gm kacang gajus
Daun bawang secukupnya
Lobak merah | Hiris bulat
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk, satukan ayam bersama minyak bijan, tepung jagung dan lada sulah. Perap sebentar.
Panaskan minyak di dalam kuali, gorengkan isi ayam yang telah diperapkan tadi sehingga warna keemasan angkat dan ketepikan.
Keluarkan minyak di dalam kuali tinggalkan sedikit untuk menumis, anggaran tiga sudu makan. Kemudian gorengkan cili kering sehingga garing dan angkat.
Selepas itu tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Setelah itu masukkan lobak merah, sos tiram, kicap pekat manis, serbuk lada hitam dan kacau sebentar. Akhir sekali masukkan isi ayam, daun bawang dan gajus, kacau serta tutupkan api.
Ayam gajus sedia untuk dihidangkan.
Info chef: Untuk lebih menarik, lobak merah boleh dibentukkan seperti bunga.
Sajian istimewa ini adalah salah satu pemanis mulut yang disukai ramai. Rasanya yang enak buat nak rasa berkali-kali. Biasanya puding enak dimakan bila disimpan di dalam peti sejuk. Ramai yang menyukainya kerana aroma yang wangi, tekstur lembut dan rasa manis.
Puding Bakar Bahan-bahan:
3 bungkus serbuk agar-agar
300gm gula pasir (kalau suka manis gunakan 325-350)
1200ml susu
5 biji telur
1 sudu teh vanila
50gm tepung gandum
20gm tepung jagung
100gm marjerin -cairkan
1 sudu makan serbuk coklat + 3 sudu makan air panas, kacau rata hingga berbentuk pasta (optional)
Cara memasak:
1. Campur agar-agar dengan sebahagian gula dan sebahagian susu. Masak hingga mendidih lalu tuang susu.
Kacau rata
2. Kacau telur, vanila dan gula hingga mengembang, masukkan tepung gandum, tepung jagung dan marjerin cair.
Kacau hingga rata.
3. Tuang adunan susu, kacau rata memakai spatula lalu ditapis.
4. Ambil 1/3 adunan, campur dengan coklat. Gaul rata
5. Tuang adunan ke loyang / ramekin yang dioles marjerin secara berganti dengan coklat.
Letakkan di loyang dasar yang diisi air (steam bake / au bain marie)
6. Panaskan hingga suhu 160’C,bakar hingga 60 minit.
7.Angkat dan sejukkan baru dipotong-potong.
Kredit: @bundnina_kitchen