Dadih homemade memang enak. Teksturnya yang lembut dan pelbagai rasa, menjadikan manisan ini kegemaran ramai terutamanya kanak-kanak. Di pasaran terdapat banyak serbuk dadih segera yang dijual. Namun, anda juga boleh hasilkannya sendiri di rumah. Lebih jimat, mudah serta sedap! Jom lihat dan cuba resipi perkongsian saudari Ros Hatimah Homebakery ini.
1. Satukan semua bahan ke dalam periuk dan kacau sebati.
2. Buka api dan masak hingga agar-agar larut sepenuhnya. Tapis.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan boleh tambah sirap atau perisa jagung bagi mempelbagaikan perisa dadih.
Ads
4. Tuang adunan dadih ke dalam bekas bersesuaian dan bekukan. Enak dinikmati sejuk.
Ads
INFO RASA: Anda bebas menambah pelbagai perisa tambahan mengikut cita rasa masing-masing. Antara yang sesuai adalah sirap, jagung, coklat, tembikai susu dan bermacam-macam lagi.
Kek Sarang Semut, antara kek yang dikatakan sukar untuk membuatnya disebabkan tak semua dapat hasil ‘sarang semut’ yang cantik.
Menerusi resipi yang dikongsi Ieda Jahaya ini, kek sarang semut yang dihasilkan menjadi dan sangat cantik walaupun adunan tidak diperap dan bakar di atas dapur saja.
Resipi ini sesuai untuk mereka yang baru belajar untuk membuat kek legend ini. Jom kita cuba!
KEK SARANG SEMUT
BAHAN AYAK:
100g tepung gandum – beli online di sini 100g tepung ubi – beli online di sini ½ sudu makan baking soda ½ sudu makan baking powder *Ayak dan ketepikan dulu
2. Kacau hingga gula larut dan cair. Jangan nampak sikit pun ketulan gula dalam tu. 3. Kemudian, masukkan air panas. Tuang sedikit demi sedikit, sambil kacau. Jangan tuang sekali gus ye dan hati-hati sebab panas.
4. Kacau-kacau hingga mendidih. Tutup api dan sejukkan dulu. 5. Di dalam bekas lain, masukkan telur, susu pekat dan esen vanilla. Pukul guna whisk je selama 1 minit atau hingga sebati.
6. Cairkan buttercup dan ketepikan. 7. Selepas pukul telur, masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit berselang-seli dengan gula karamel tadi.
8. Buat hingga habis. Kacau hingga sebati, kemudian tuang buttercup yang dicairkan tadi sedikit demi sedikit sambil kacau hingga sebati.
9. Untuk bakar, guna nonstick pan saiz besar ye untuk senang nak msuk loyang. 10. Sapu loyang 9 inci dengan marjerin atau mentega. Tapis adunan masuk ke dalam loyang.
11. Panaskan non-stick pan selama 10 minit. Kemudian, bakar 20 minit.
12. Jangan tutup loyang. Biar adunan membuih dan naik.
13. Bila kek dah nampak kembang membuih, sambung bakar lagi dan tutup kuali.
14. Guna api perlahan je. Terus membakar selama 45 minit. Bila kek dah masak, tutup api. Tunggu sejuk, baru potong.
Sedapnya dapat menikmati air katira, lebih-lagi untuk berbuka puasa. Sebenarnya, bukan mudah untuk menghasilkan air katira resipi asli. Tapi, jika nak juga merasa, boleh cuba resipi air katira versi ekspres ini.
Perkongsian daripada Mas Azuan ini memberikan resipi cara membuat air katira yang dikongsikan menerusi Az Za daripada penjual di Bazar Ramadan. Wah, pasti sedap walaupun tidak sama dengan yang resepi asli dari Johor. Namun, tetap mempunyai rasa yang sedap dan tersendiri. Jom kita cuba.
Menu cepat dan murah disediakan bila kita tengah lapar. Sesuai untuk sarapan pagi atau makan malam.
TELUR HANCUR
BAHAN-BAHAN:
Telur
Bawang merah-dihiris
Bawang putih-dihiris
Cili merah-dihiris
Cili hijau-dihiris
Kubis bunga-potong kecil
Garam
Gula
Serbuk kunyit
Serbuk perasa/kiub pati ayam
CARA MEMASAK:
1. Satukan bahan-bahan seperti sedikit bawang merah, cili merah, cili hijau, kubis bunga dengan telur. Agak-agak berapa banyak telur bersalut dengan bahan-bahan lain.
2. Perasakan dengan garam, gula, sedikit serbuk kunyit dan serbuk perasa.
3. Tumiskan bawang putih dan merah sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak. Masukkan telur yang sudah disatukan dengan bahan-bahan lain ke dalam kuali. Goreng sampai telur sebati.
4. Selepas itu masukkan bawang yang digoreng tadi. Kacau sampai sebati.
INFO:
Jika suka boleh lebihkan bawang dan tukar cili besar ke cili padi untuk lebih pedas.