
Sekaya Telur; antara kuih tradisi kegemaran orang Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan. Agak sukar untuk mendapatkan kuih ini di bulan-bulan biasa namun jika di bulan puasa, anda boleh mendapatkannya dengan mudah. Teringin nak makan? Jom cuba resipi Sekaya Telur perkongsian saudari Imah Rahman. Nampak mudah dan sedap!
RESIPI SEKAYA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 10 biji telur gred B @ C
- 1 keping nisang @ manisan @ 1 ketul gula melaka
- 1/2 cawan gula
- 1 1/2 cawan santan pekat
- Secubit garam
- Sedikit esen vanilla
CARA MEMASAK:
1. Campurkan santan bersama gula dan manisan. Kacau hingga larut. Manisan perlu dipotong kecil dan dikisar halus terlebih dahulu supaya ia senang larut.
2. Masukkan telur. Kacau perlahan ( jangan pukul) hingga sebati.
3. Tambahkan garam dan esen vanilla. Sebatikan.
4. Tapis campuran dan tuang ke dalam loyang. Kukus lebih kurang 25-30 minit atau hingga masak. Cucuk guna lidi, jika tidak melekat ia menandakan kuih telah masak.
5. Simpan seketika Sekaya Telur dalam peti sejuk sebelum dinikmati.
Kredit resipi & foto: Imah Rahman
BOLEH CUBA JUGA RESIPI-RESIPI NI:
Cara Buat Puding Karamel Tanpa Guna Telur & Tak Perlu Kukus.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
14 Aneka Resipi Sarapan Yang Mudah & Cepat

Ni dia idea menu sarapan pagi yang mengenyangkan. Jika anda bukan penggemar nasi dan lauk waktu pagi, koleksi omelet, buritos, roti dan tortilla ini boleh dimasak dan disediakan dalam waktu yang cepat.
Menu yang sangat berkhasiat dan mengenyangkan, jom buat…
1. ROTI BAKAR TELUR GOYANG
BAHAN-BAHAN:
- 2-4 keping roti
- 2-4 biji telur
- Mentega secukupnya
- Kaya secukupnya
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bakar roti hingga perang.
- Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak (kuning telur masih cair sedikit).
- Letakkan telur di atas roti bakar dan tabur sedikit garam dan lada sulah.
2. NASI GORENG SOSEJ
BAHAN-BAHAN:
- 2 cawan nasi sejuk
- 2 batang sosej | bulat nipis
- 2 sudu makan cincangan daun bawang
- 3 ulas bawang putih
- 4 biji cili padi
- 2cm belacan
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Cili padi, bawang putih dan belacan ditumbuk lumat. Ketepikan.
- Sosej dihiris nipis dan goreng garing. Ketepikan.
- Di dalam kuali, panaskan sesudu makan minyak. Tumis bahan-bahan tumbuk hingga wangi.
- Masukkan nasi, sosej goreng dan daun bawang. Goreng sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Jika suka hidangkan bersama telur goreng, cincangan daun bawang atau hirisan timun.
3. TORTILLA SAMBAL SARDIN
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 keping tortilla segera | nyah bekukan
- 3-4 ketul sardin dalam tin
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 labu bawang besar | cincang dadu
- 1 biji tomato | cincang dadu
- 4-5 biji cili padi | cincang halus
- 2 keping asam keping
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang cincang dan cili kisar hingga cili masak.
- Masukkan ikan sardin, asam keping, tomato dan cili padi. Didihkan beberapa minit.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Di dalam kuali leper (non stick), panaskan tortilla hingga agak perang. Ulangi langkah hingga selesai.
- Bentukkan tortilla mengikut cita rasa masing-masing dan hidangkan bersama sambal sardin dan sedikit daun salad jika suka.
4. BURITOS AYAM & CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 2 keping tortilla
- 2 keping dada ayam
- 10 biji cendawan butang | hiris nipis
- 150gm1/2 cawan hirisan cili benggala merah & kuning
- 2 sudu makan mayones
- 1 sudu teh oregano kering
- Daun salad secukupnya
- Garam, lada hitam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Tabur dan lumur sedikit garam, lada hitam, lada sulah dan oregano kering pada kepingan ayam lalu dipanggang dengan sedikit minyak zaitun hingga perang. Kemudian hiris memanjang. Ketepikan.
- Cendawan dan cili benggala dilayurkan sedikit di dalam kuali bersama sedikit minyak zaitun. Tambah garam dan lada sulah secukup rasa. Angkat dan ketepikan.
- Tortilla dipanaskan sedikit di dalam kuali leper. Angkat dan ketepikan.
- Untuk menghidang, letakkan sekeping daun salad pada tortilla, beberapa keping hirisan ayam dan cendawan.
- Paipkan mayones secukupnya ke atas campuran ayam dan cendawan tadi. Gulung tortilla rapi dan hidangkan.
5. PRATA TELUR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
- 2-3 keping roti prata segera | nyah bekukan
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 3 biji telur
- 1 sudu makan cincangan daun bawang
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, pukul telur bersama garam dan lada sulah secukup rasa.
- Masukkan cincangan bawang besar dan cincangan daun bawang lalu gaul rata. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak zaitun di dalam kuali leper.
- Panaskan roti prata di kedua-dua bahagian hingga agak perang. Angkat. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Menggunakan kuali yang sama, tambah sedikit minyak zaitun lalu tuang bancuhan telur ke dalam kuali. Biar telur masak di kedua-dua bahagian.
- Letak telur ke dalam prata dan gulung kemas. Potong mengikut cita rasa masing-masing dan sedia dihidangkan.
6. ROTI GULUNG BERINTI TUNA
BAHAN-BAHAN:
- 2-4 keping roti
- 3 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
- 1 cawan tuna flakes (dalam tin) | toskan
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 1 biji cili merah | cincang halus
- 1 biji cili hijau| cincang halus
- 1 sudu teh paprika
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul sebati. Ketepikan.
- Roti dibuang tepinya dan dileperkan.
- Ambil sesudu campuran tuna dan letakkan di atas roti yang telah dileperkan. Sapu sekeliling roti dengan sedikit telur. Gulung dan kemaskan.
- Celup roti ke dalam bancuhan telur.
- Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng gulungan roti hingga keperang-perangan. Toskan dan sedia hidangkan.
7. SANDWICH AYAM & SALAD
BAHAN-BAHAN:
- 400gm ayam (bahagian dada)
- 4-5 sudu makan mayones
- Daun salad secukupnya
- Baguette Perancis secukupnya
- Mentega secukupnya
- Garam, lada sulah dan lada hitam secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Ayam dilumur dengan sedikit garam, lada sulah dan lada hitam lalu dipanggang hingga masak dan cincang halus.
- Campurkan mayones ke dalam mangkuk berisi cincangan ayam dan gaul rata.
- Tambahkan lada sulah/lada hitam dan gaul sebati. Ketepikan.
- Sapu sedikit mentega ke atas roti.
- Letakkan sekeping daun salad ke atas roti.
- Letakkan sesudu campuran ayam dan ratakan di atas roti.
- Ambil sekeping lagi roti yang telah disapu mentega dan tutup seperti sandwic.
- Sedia dihidangkan.
8. LEMPENG MINI GULA MERAH KELAPA
BAHAN-BAHAN:
- 100gm tepung gandum
- 280ml susu segar
- 30gm gula halus
- 50gm kelapa parut | putihnya sahaja
- 1 biji telur | pukul sedikit dengan garpu
- 2 sudu makan mentega | cairkan
- 1 sudu teh serbuk penaik
- Air gula merah secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk besar, satukan tepung, kelapa parut, serbuk penaik dan gula. Gaul rata.
- Tuang susu segar, telur dan mentega cair lalu kacau rata hingga menjadi adunan yang likat dan tidak terlalu cair.
- Panaskan kuali leper (non stick). Ambil sesenduk adunan dan letakkan di dalam kuali.
- Biarkan beberapa minit hingga pankek kekuningan. Terbalikkan dan masak bahagian yang satu lagi hingga kekuningan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Hidangkan pankek bersama air gula merah dan lebihan kelapa parut.
9. TELUR HANCUR & CENDAWAN
BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur
- 8 biji cendawan butang | hiris nipis
- 1 biji tomato | cincang
- 1 sudu makan cincangan cili benggala
- ½ cawan susu segar
- ½ cawan parutan keju parmesan+mozzarella
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk; pukul telur bersama susu, garam dan lada sulah secukup rasa. Ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tuang bancuhan telur dan masak hingga agak kental.
- Masukkan cincangan cendawan, cili benggala, parutan keju dan cincangan tomato. Gaul sebati dan hancurkan.
- Hidangkan bersama kepingan roti, salad dan sos pilihan jika mahu.
10. SPAGETI GORENG
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk spageti/linguine (yang telah dicelur)
- 2 batang jejari ketam | potong kecil
- 8-10 ekor udang sederhana | bersihkan
- 5-6 biji cili padi | hiris halus
- 3 ulas bawang putih | cincang halus
- 1 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan sos tiram
- 1 sudu makan cincangan daun bawang
- Garam dan lada sulah secukup rasa
- Minyak zaitun secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan sesudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan cili kisar, cili padi, jejari ketam dan udang. Tumis hingga semua bahan masak.
- Masukkan sos tiram, spageti yang telah dicelur dan hirisan daun bawang. Tumis hingga semua bahan sebati.
- Tambah garam dan lada sulah secukup rasa.
- Angkat dan sedia dinikmati.
11. LEMPENG SAMBAL HIJAU TAHAI
BAHAN-BAHAN A:
- 1 cawan tepung gandum
- ¾ cawan air
- 1 biji telur
- Secubit garam
BAHAN-BAHAN B (SAMBAL):
- 15 biji cili padi hijau
- 4 biji cili hijau
- 5 ulas bawang merah
- 1 labu bawang besar | potong bulat
- 100gm ikan tahai | bersihkan
- 3cm belacan
- 1 sudu teh air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
- Minyak masak secukupnya
- Air secukupnya
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan A dan kacau rata. Jika bancuhan terlalu pekat tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit lagi tepung. Jika suka boleh dikisar supaya bancuhan tidak berketul.
- Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non-stick). Tuang sesenduk kecil bancuhan tepung dan masak hingga lempeng keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Ketepikan. Ulangi langkah hingga selesai.
- Untuk membuat sambal; cili padi, cili hijau, bawang merah dan belacan dikisar halus.
- Panaskan dua sudu makan minyak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau dan cili masak sepenuhnya. Masukkan ikan tahai yang telah dibersihkan dan didihkan hingga beberapa minit.
- Masukkan bawang besar, jus asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Didihkan sambal seminit dua lagi dan hidangkan bersama lempeng.
12. LEMPENG SAYURAN DAN UDANG
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan tepung gandum
- ¾ cawan air
- 6-8 ekor udang sederhana | cincang kasar
- 1 biji cili merah | cincang halus
- 3 biji tomato ceri | cincang dadu
- 1 labu bawang besar | cincang halus
- 1 sudu makan cincangan daun bawang
- 1 sudu makan parutan lobak merah
- ½ sudu teh garam
- ¼ sudu teh lada sulah
- ¼ sudu teh serbuk penaik
CARA MEMASAK:
- Di dalam mangkuk, satukan semua bahan dan gaul sebati.
- Jika bancuhan terlalu pekat, tambah sedikit air dan jika terlalu cair tambah sedikit tepung.
- Sapu sedikit minyak pada kuali leper (non stick). Sendukkan sedikit bancuhan tadi ke dalam kuali.
- Masak lempeng hingga keperang-perangan di kedua-dua bahagian. Sedia dihidangkan.
13. WESTERN EGG SKILLET
BAHAN-BAHAN:
- ½ cawan susu segar + krim masakan
- ¼ cawan air
- 2 sudu makan minyak zaitun
- 2-3 biji telur
- 3 batang sosej | hiris nipis
- 4 keping roti (sourdough bread) | potong dadu
- 1 labu bawang besar | mayang halus
- 1 biji cili benggala | hiris nipis
- 10 bij tomato ceri | belah dua
- 2 sudu makan cincangan parsli
- ¼ sudu teh serbuk cayenne
- ¼ sudu teh serbuk lada hitam
- Garam dan lada sulah secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Panaskan ketuhar pada suhu 200C.
- Tuang minyak zaitun dalam kuali tahan panas (skillet) dan panaskan di dalam ketuhar.
- Masukkan sosej, cili benggala, bawang dan tomato. Masak dalam ketuhar selama 5-6 minit atau hingga semua bahan lembut.
- Masukkan roti dan ¼ cawan air. Tambah serbuk cayenne, serbuk lada hitam, garam dan lada sulah secukup rasa dan gaul sebati. Masak selama tiga minit lagi. Keluarkan dari ketuhar.
- Lubangkan 2-3 bahagian roti dalam kuali tadi dan pecahkan telur di dalamnya. Perlahan-lahan tuang campuran susu dan krim ke dalam kuali. Masukkan kembali dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Tabur cincangan parsli dan hidangkan.
14. NASI GORENG MENTEGA TELUR
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk nasi sejuk
- 2 sudu makan mentega
- 2 biji telur
- 10 ekor udang segar | bersihkan
- 2-3 ulas bawang putih | cincang halus
- Sedikit cincangan daun bawang | hiasan
- Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan/cairkan satu sudu mentega di dalam kuali. Masukkan telur dan goreng hancur hingga masak. Angkat dan ketepikan.
- Menggunakan kuali yang sama, panaskan sesudu lagi mentega. Masukkan cincangan bawang putih dan tumis hingga wangi.
- Masukkan udang dan goreng hingga separuh masak.
- Masukkan nasi sejuk dan gaul rata.
- Sesuaikan rasanya dengan menambah garam, lada sulah dan serbuk lada hitam secukupnya.
- Masukkan telur goreng hancur dan gaul rata. Tabur cincangan daun bawang.
INGIN MENCARI AIR FRYER UNTUK MENGGORENG MASAKAN, JOM LAYARI DI SINI
ANDA PASTI SUKA VIDEO MASAKAN INI :
Pai Susu Matcha Lemak Manis

Enaknya dapat menikmati makanan manis sesudah makan tengahari. Tekak terasa nak makan pie. Tapi kali ini buat kelainan dengan meletakkan green tea atau matcha. Buat penggemar green tea boleh cuba resipi ini. Boleh buat untuk simpanan stok dihidangkan buat tetamu.
Pai Susu Matcha
Bahan kulit/crust:
300gm marjerin
2 sudu makan gula halus
3 biji kuning telur
500gm tepung gandum
Bahan filling:
1 sudu makan serbuk matcha , larutkan dengan 2 sudu makan air panas
3 sudu makan tepung maizena
120 ml air
2 butir telur, kacau
200 ml susu pekat manis
KitKat Green Tea, potong-potong
Cara membuat :
Kulit/crust
1.Campur semua bahan menggunakan garpu sampai adunan berbutir-butir jadi sebati.
2.Padatkan dan bulatkan, cetak dalam acuan pie, bakar sampai 1/2 masak, Asingkan.
Filling:
Campur semua bahan filling kecuali KitKat, adun rata, saring.
1.Tuang adunan filling ke dalam kulit pie yang sudah dicetak,
2.Letak satu potong kitkat green tea di atasnya.
3.Bakar dalam ketuhar hingga filling set.
4.Angkat dan keluarkan dari ketuhar. Biarkan sementara, keluarkan pie susu dari acuannya. .
Kredit: tsaniwismono
Ada yang nak beli BLENDER baru tak? Jom klik sini untuk tengok BLENDER BARU.
Kek Mentega Simple Guna 4 Bahan Sahaja, Sedap Lemak Manis Rasanya
Lempeng Kelapa Lembut Dan Sedap, Cicah Sambal Tumis Memang Padu

Buat lempeng kelapa ketika sarapan atau minum petang, dicicah pula dengan sambal tumis memang sedap. Minum pula teh atau kopi panas. Nikmatnya.
Buatnya pun tak sukar. Ada kelapa muda memang terus rasa nak buat. Rasanya memang lembut dan sedap menggunakan resipi daripada Azizah Ali ini. Makan begitu saja pun dah sedap. Terasa betul parutan kelapa mudanya. Jom buat.
LEMPENG KELAPA MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 cawan tepung gandum – Boleh beli online di sini
2 cawan kelapa muda parut
¼ cawan santan – Boleh beli online di sini
1 cawan air kelapa / air biasa pun boleh
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Gaulkan sebati.
Panaskan kuali dan selamat melempeng.
Selamat mencuba.
Kredit: Azizah Ali
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Bihun Sup Tumis Darat, Makan Dengan Cili Kicap. Luar Biasa Sedapnya
Tak Cukup Bahan Nak Buat Nasi Beriani, Jadilah Nasi Wangi. Sedap!
Buat Agar-Agar Kering Ketika Musim Panas, Memang Cepat Keringnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official