Sedapnya PudingKastard Jagung ni. Makan sejuk-sejuk memang enak. Cara penyediaannya juga tak renyah dan tak guna banyak bahan. Cubalah. Resipi perkongsian saudari Mariana Zainal ni memang terbaik. Berbaloi untuk dicuba.
CARA MASAK PUDING KASTARD JAGUNG LEMBUT BERGEDIK
BAHAN-BAHAN:
1 tin jagung berkrim ( creamy)
300gm tepung kastard
200ml santan kotak
1800ml air (9 cawan)
200gm gula (1 cawan lebih kurang)
250gm susu pekat manis ( lebih kurang 1 cawan)
1 sudu teh garam
Pewarna kuning lemon jika perlu
CARA MEMASAK:
Ads
(guna 1 loyang bulat saiz 12 inci atau 2 loyang bulat saiz 9 inci. Boleh juga guna bekas lain yang sesuai) :
1. Ambil loyang, basahkan dengan sedikit air. Buang airnya dan lapik plastik dalam loyang.
2. Satukan semua bahan dalam periuk. Kacau hingga larut.
3. Masak bahan tadi guna api sederhana perlahan. Sentiasa kacau guna ‘whisk’ hingga adunan berkilat dan meletup-letup. Padam api.
4. Tuang adunan ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian. Biarkan sejuk.
5. Bila puding telah kental, boleh potong dan dinikmati.
6. Jika suka makan puding yang sejuk, biarkan dalam peti sejuk sebelum dihidang.
Ads
INFO: Jika buat untuk niaga, sebaiknya guna santan kotak supaya puding lambat basi.
Mak-mak pasti sukakan resipi Roti Pattaya 3 Bahan ni. Sangat mudah cara membuatnya. Rasa sedap dan boleh dipelbagaikan inti mengikut bahan-bahan yang ada dalampeti sejuk. Wow…Pendek kata, boleh buat ikut selera masing-masing. Nak pedas, tak nak pedas, semua boleh. Saudari Nyda Nyda ada kongsikan resipi asasnya yang boleh dicuba. Beliau menggunakan inti sardine kerana mudah disediakan. Anda boleh gantikan dengan tuna, isi ayam, aneka olahan seafood, mayones atau sambal. Apa-apa sahaja. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI ROTI PATTAYA 3 BAHAN YANG SEDAP & MUDAH
BAHAN-BAHAN: Roti sandwic Telur Inti sardin (empunya resipi tumis sardine terlebih dahulu. Terpulang pada selera masing-masing nak tumis atau mentah ) – beli online disini
Dapatkan LA VINNCE BLUE DIAMOND COOKWARE SET dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK: 1.Sediakan bahan-bahan untuk menyediakan Roti Pattaya 3 Bahan.
2. Inti sardin yang siap ditumis.
3. Panaskan kuali tahan lekat dan tuang sebiji telur yang telah dipukul. Ratakan atau lenggang telur tadi seakana untuk membuat pattaya. Pastikan ketebalannya tidak terlalu nipis dan terlalu tebal.
4. Ambil sekeping roti dan letak diatasnya.
5. Letakkan inti di atas roti dengan secukupnya. Ratakan.
6. Tutup inti dengan sekeping lagi roti.
7. Bungkus roti tadi dengan telur. Berhati-hati supaya kulit pattaya tidak koyak.
Bagi anda yang tercari-cari resipi Brownies Coklat Chip kedut yang elok hasilnya, resipi yang dikongsi oleh saudari Farwin Amellia ini adalah antara yang boleh dicuba. Guna bahan yang ringkas tapi hasilnya memang sedap dan terbaik. Nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
CARA BUAT BROWNIES KEDUT COKLAT CHIP YANG MUDAH & SEDAP
CARA MEMASAK:
1. Cairkan coklat kompaun bersama marjerin menggunakan teknik double boiler.
2. Dalam bekas berlainan, campurkan gula perang dan telur. Kacau 4-5 kali supaya bahan bergaul mesra sahaja.
3. Coklat yang dicairkan tadi, kacau dan semasa masih panas, tuang terus ke dalam adunan telur. Kacau sekali lagi hingga sebati sahaja.
4. Tambahkan tepung penaik. Kacau hingga sekata.
5. Alas loyang dengan baking paper. Jika tiada, boleh sapu loyang menggunakan marjerin sahaja. Ia bertujuan untuk mengelakkan brownies melekat pada loyang.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang.
7. Letakkan topping ikut citarasa. Boleh tambah cip coklat, badam, walnut atau apa-apa sahaja yang digemari.
8. Panaskan ketuhar pada suhu 160C. Selepas 5 minit, turunkan suhu pada 150C.
9. Masukkan loyang berisi brownies dan bakar selama 45-50 minit pada suhu 150C menggunakan api atas bawah. Masa memasak mungkin berbeza ikut ketuhar masing-masing.
Biri-biri muda atau lamb Australia Halal ialah pilihan bijak bagi daging yang empuk dan sihat untuk dihidangkan. Ia juga sesuai memenuhi keperluan protein berkualiti tinggi serta memberi kelazatan nutrien penting yang diperlukan untuk imuniti yang kuat.
Biri-biri ini mempunyai kelebihan semula jadi kerana diternak dan diberi makan rumput dalam persekitaran yang tulen dan dagingnya bebas daripada bahan tambahan tiruan dan hormon.
Biri-biri muda Australia Halal hingga ke tulang. Haiwan ini disembelih di bawah Program Halal yang diselia oleh kerajaan Australia, oleh orang Islam yang diluluskan oleh pihak berkuasa pensijilan Islam bertauliah di kilang pemprosesan bertauliah, mengikut undang-undang Islam atau Syariah yang ketat serta mematuhi protokol halal ketat negara pengimport. Program ini dijamin di bawah undang-undang Australia dan ditadbir oleh Jabatan Pertanian Persekutuan.
Biri-biri muda Australia sesuai untuk semua jenis masakan termasuk stail Asia dan Barat. Antaranya Sate Lamb Halia Barbeku dengan Sos Pencicah Thai, Bulgogi Style Lamb Lettuce Cups, Zesty Lemon & Roasted Garlic leg of Lamb Steak, Daging lamb panggang yang mudah dihiris dan Aussie Lamb Baharat Party Pies. ( Resipi boleh di dapati di https://www.true aussiebeefandlamb.my/#)
Pesuruhjaya Tinggi Australia Dr. Justin Lee juga mengetuai media dalam pembuatan lamb pai semasa bengkel hands-on yang dikendalikan oleh Chef Lambassador Eric Siew dan Chef Steven Wong Dari Hilton KL.
Halal Australian Lamb Pie
200g boneless Halal Australian lamb shoulder/leg-dikisar
1 ulas bawang putih-dihiris
½ biji bawang Holland-dihiris dadu
½ biji tomato-dihiris kasar
50g lobak merah- dipotong dadu
50g kacang peas
1 tangkai rosemary
200ml stok kambing
30 ml sos Kikkoman bulgogi
Garam & lada hitam
Untuk topping
4 biji asparagus jumbo
40g tomato concasse
20g tangkai saderi, brunoise
20g bawang merah, brunoise
1 biji kentang russet, masak
20g parmesan parut
70g du puy lentil-masak
Daun kucai segar
Mentega
Krim
Beg paip dengan muncung roset
1 periuk untuk merebus
1 periuk untuk puri kentang
1 kuali untuk lentil
Cara memasak inti
Panaskan periuk dengan minyak. Masukkan kambing cincang yang dikisar dengan teliti. Perasakan sedikit dengan lada hitam.
Masukkan bawang besar dan lobak merah yang dipotong dadu. Masak selama 3 minit lagi, kemudian masukkan bawang putih cincang. Bawang putih masak hingga coklat muda.
Masukkan rosemary dan tomato cincang. Masak selama 3 minit lagi. Kemudian masukkan stok kambing. Tutup dan perap dengan api perlahan sehingga sos pekat.
Akhir sekali masukkan sos Kikkoman Bulgogi dan kacang peas.
Sesuaikan perasa jika perlu.
Ketepikan sehingga sejuk.
Untuk topping/hiasan
Dalam periuk kecil, campurkan kentang lenyek, keju parmesan, mentega, krim.
Panaskan perlahan-lahan dengan api perlahan sehingga keju sebati. Perasakan dengan garam & lada hitam.
Pindahkan kentang lenyek ke dalam piping bag dengan muncung bintang.Ketepikan.
Panaskan kuali dan letak minyak. Letak bawang, saderi dan lobak merah. Masukkan lentil, asparagus dan tomato concasse.
Perasakan dengan garam & lada hitam dan akhir sekali letak daun kucai yang dihiris.
Bahan Doh Pai
500g tepung
250g mentega
4g garam
2 biji kuning telur
100g air
Cara membuat:
Pukul tepung, mentega dan garam hingga menjadi serbuk.
Masukkan kuning telur dan air secara beransur-ansur.
Gaul sebati menjadi doh.
Canai rata dan letak di atas acuan, tekan di bahagian tepi dan trim tambahan dari sisi.
Buat lubang di bahagian bawah doh dengan garfu.
Bakar selama 10 minit pada suhu 180C.
Untuk pai:
Panaskan ketuhar kepada 190C.
Sediakan kerak pai panggang dan isi dengan kambing rebus sehingga 3/4 daripada pai.
Paipkan kentang lenyek ke atas isi kambing mengikut cita rasa anda.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu sehingga kentang berwarna perang sedikit di bahagian tepi. Keluarkan dari ketuhar.
Susun asparagus dengan kemas pada pai dan sudukan ke atas lentil yang direbus. Hiaskan dengan hirisan daun kucai. Pai sedia untuk dihidangkan.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...