Pasti ramai yang tidak tahu tembikai atau nama saintifik Citrullus lunatus adalah antara makanan sunnah dan merupakan makanan kegemaran Rasullah SAW. Dalam sebuah hadis riwayat Abu Dawud dan Tirmizi bahawa Aisyah r.a. berkata ” Rasulullah pernah makan buah tembikai bersama buah tamar basah ” Ada juga yang meriwayatkan Rasulullah makan timun bersama tamar. Apapun , kedua-duanya (tembikai dan tamar) bersifat sejuk dan mengandungi banyak air.

 

Sering menjadi pilihan ramai makan buah tembikai ketika cuaca panas kerana jusnya yang banyak membantu ketika yang mengalami dihidrasi. Buah tembikai juga boleh menghilangkan perut buncit dengan mengamalkan makan tembikai setiap pagi. Selain rendah kalori tembikai memang padat dengan nutrisi seimbang yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Jadi ia baik untuk mereka yang mengamalkan pemakanan yang seimbang atau sedang diet.

 

Tembikai juga merupakan sumber antioksidan paling baik kerana tinggi kandungan vitamin C & A. Antioksidan tembikai boleh membantu mencegah penyakit antaranya mengurangkan risiko kanser usus besar, asma, penyakit jantung, osteoporosis, reumathoid arthritis dan kanser prostat. Banyak kelebihan tembikai untuk kesihatan anda antaranya:

Tembikai Makanan Sunnah Kegemaran Nabi. Ambil Tahu 12 Kelebihannya!

 

KELEBIHAN TEMBIKAI

  1. Kaya dengan antioksidan 
  2. Memelihara Jantung
  3. Membantu proses penghidratan
  4. Mengawal tekanan darah tinggi 
  5. Baik Untuk Buah Pinggang
  6. Mengurangkan lemak dalam badan
  7. Kencing Manis 
  8. Membantu sistem penglihatan.
  9. Menaikkan sistem metabolisma badan.
  10. Memberikan tenaga pada badan.
  11. Melancarkan saluran pencernaan.
  12. Rendah kalori

 

 

 

AISKRIM TEMBIKAI, YOGURT & BUAH KIWI

 Tembikai Makanan Sunnah Kegemaran Nabi. Ambil Tahu 12 Kelebihannya!

BAHAN-BAHAN:

3 cawan tembikai-dipotong kiub

IKLAN

1/2 cawan air soda

1/2 cawan greek yogurt

1 sudu teh makan jus lemon

6 batang kayu aiskrim

4 biji buah kiwi-dihancurkan

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Masukkan tembikai, air soda dan jus lemon ke dalam mesin pengisar.
  2. Tuang ke dalam acuan aiskrim. Selepas itu masukkan greek yogurt dan kiwi yang dihancurkan.
  3. Masukkan batang kayu aiskrim.
  4. Masukkan dalam peti sejuk lebih kurang 4 jam atau semalaman.

 

IKLAN

 

 ……………….

 

PIZZA TEMBIKAI

Tembikai Makanan Sunnah Kegemaran Nabi. Ambil Tahu 12 Kelebihannya!

BAHAN-BAHAN:

  • 1/2 cawan Greek Yogurt
  • 1 sudu teh madu
  • 1/4 sudu teh esen vanilla
  • 2 kepingan besar tembikai (ketebalan dalam 1 inci)
  • 1/2 cawan blackberries
  • 2/3 cawan strawberri-dihiris
  • Segenggam daun pudina-dicarik

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Satukan yogurt, madu dan esen vanilla dalam mangkuk kecil. Gaul sebati.
  2. Sapukan campuran yogurt atas hirisan tembikai. Potong tembikai seperti pizza.
  3. Taburkan strawberries, blackberries dan daun pudina.

 

IKLAN

 ……………….

 

MILKSHAKES TEMBIKAI

Tembikai Makanan Sunnah Kegemaran Nabi. Ambil Tahu 12 Kelebihannya!

BAHAN-BAHAN

  • 3 cawan buah tembikai-potong kiub dan disejuk beku
  • 1 cawan susu-disejukkan
  • 1/2 cawan esen vanilla
  • 2 sudu teh gula (pilihan jika buah tembikai sudah cukup manis)

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Satukan semua bahan dalam mesin pengisar dan kisar sampai halus
  2. Tuangkan dalam cawan. Boleh tambahkan potongan tembikai dan aiskrim vanilla.

 ……………….

SALAD TEMBIKAI KEJU FETA & CUKA BALSAMIK

Tembikai Makanan Sunnah Kegemaran Nabi. Ambil Tahu 12 Kelebihannya!

BAHAN-BAHAN:

  • 3 cawan tembikai- di potong kiub dan sejukkan
  • 1 cawan tomatao kecil
  • 1 biji tomato besar
  • 1/2 cawan minyak zaitun
  • 2 biji perahan limau nipis
  • 11/2 sudu teh garam
  • 3/4 sudu teh lada hitam
  • 1 cawan daun pudina
  • 11/2 cawan keju fata (keju kambing)

 

CARA MENYEDIAKANNYA:

  1. Tembikai di potong kiub dalam, tomato besar dihiris dan tomato kecil dibelah. Letakkan dalam penapis untuk mebuang cairan berlebihan.
  2. Dalam mangkuk kecil campurkan minyak zaitun, perahan limau nipis, garam dan lada hitam untuk mengghasilkan kuah untuk salad.
  3. Letak semua bahan yang sudah dipotong didalam mangkuk besar. Tuangkan kuah salad dan daun pudina yang dicarik-carik. Gaul sebati tetapi perlahan-lahan elak buah tembikai hancur.
  4. Taburkan keju feta yang dihancurkan dan sedia untuk dihidang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI