Nasi kukus memang enak. Teksturnya yang gebu membuatkan ia tidak puas dimakan. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama kuah gulai, ayam goreng berempah panas serta sambal. Bagi yang nak cuba buat nasi kukus ni, bolehlah guna teknik serta sukatan perkongsian saudari Yatie Tie. Resipi ni juga sesuai untuk berniaga. Selamat mencuba!
CARA-CARA MASAK NASI GUNA TEKNIK KUKUS
BAHAN-BAHAN:
Beras
Air
Bekas (seperti dalam gambar)
CARA MEMASAK:
1. Basuh beras seperti biasa dan toskan airnya.
2. Sukat 1 bekas beras dan 1 bekas air. Guna sukatan yang sama untuk kedua-dua bahan ini.
3. Masukkan beras dan air ke dalam bekas kukusan dan kukus selama 30 minit. Jika menggunakan api yang besar, lagi cepat nasi masak.
IKLAN
4. Angkat dan nasi boleh dinikmati bersama ayam goreng berempah, sambal belacan dan kuah gulai/kari.
Resipi apam kampung pandan. Guna pati pandan asli semerbak harum baunya. Boleh makan dengan kelapa parut. Tapi ada juga yang makan dengan sambal. Terpulang pada selera masing-masing ye.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Noor Baini Bakar ini (Sumber: Lubuk Resipi). Selamat mencuba. Masak malam ni, esok pagi boleh makan seisi keluarga.
Satukan bahan-bahan untuk apam. Gaul sehingga sebati. Kemudian perap selama 1 jam ½.
Kemudian tuang adunan 3/4 ke dalam acuan yang telah disapu sedikit minyak. Kukus selama 15 minit utk acuan kecil,utk acuan besar kukus 45 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam. Selamat mencuba!
Ikan masin talang yang dihiris nipis-nipis dan dimasak sangat ringkas sesuai untuk yang ingin cepat dan bosan makan hidangan yang berat. Boleh makan bersama ikan masin dan nasi panas, jika suka boleh tambah kicap atau telur goreng.
IKAN MASIN TALANG TUMIS CILI KERING
BAHAN-BAHAN:
100gm Ikan talang masin | rendam seketika dan goreng seketika
1/2 biji bawang besar | dihiris halus
2 ulas bawang merah | dihiris halus
4 tangkai cili kering | dihiris
Sedikit air asam jawa
Sedikit minyak masak
Gula secukup rasa
Bahan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan ikan masin dan cili kering. Goreng seketika.
Masukkan bahan yang dihiris halus. Kacau sehingga sebati.
Masakan bergoreng kalau dipadankan dengan sambal pedas giler ni memang menambah nasi. Sambalnya lebih kurang seperti sambal penyet cuma tidak ada tomato sebaliknya menggunakan air perahan lemon. Sangat power untuk kamu yang sukakan pedas!
RESIPI SAMBAL PEDAS GILER
BAHAN-BAHAN:
2 biji sederhana bawang besar
4 ulas bawang putih
2 cawan cili padi (ikut kepedasan masing2 ye)
1 cawan cili besar
Segenggam ikan bilis
2 inci belacan
Perahan lemon @limau agak2 secukup rase (optional if asam jawa dah masam no need)
Saya letak asam jawa sikit kurang masam asam jawanya. Gantikan lemon sikit secukup rasa.
Garam dan Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Potong bawang besar dan bawang putih dan cili
Tumiskan semua bahan diatas sehingga naik bau dan layu. Kecuali garam, gula dan Asam jawa dn perahan lemon.
Kisar semua bahan (jangan sampai hancur, nak tumbuk pun boleh) saya buat banyak jadi kisar jer.
Tumiskan bahan kisar bersama minyak sekali lagi,
Masukkan asam jawa, biarkan sebentar bila dah naik minyak masukkan garam dan gula secukup rasa perah sedikit lemon, biarkan sebentar.