Daging salai memang sedap kalau buat Masak Lemak Cili Api. Terasa bau asap dalam kuah, lagi terangkat! Jika tiba-tiba teringin nak makan lauk daging salai tapi susah nak jumpa orang yang jual, cara dibawah ni anda boleh cuba. Kaedah ini sesuai dipraktikkan oleh anda yang tinggal di rumah-rumah tinggi macam kondominium dan apartmen. Maklumlah, kawasan tanah tak ada. Macam mana nak nyalakan arang. Betul tak? Jadi ini ada cara yang boleh dicuba.
Ads
RESIPI DAGING SALAI HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
Daging – sebaiknya daging batang pinang
Garam & serbuk kunyit secukupnya
Daun pisang
CARA MEMASAK: 1. Potong daging kepada kepingan yang bersesuaian. Rebus seketika dan jangan terlalu lama. Takut manis daging hilang. Anda perlu rebus jika guna daging bukan batang pinang. Jika guna daging batang pinang, tak perlu rebus. 2. Toskan dan gaul daging tadi dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. 3. Ambil pemanggang dan alaskan dengan daun pisang di dasarnya. Susun daging yang telah dilumur kunyit garam tadi. 4. Terbalikkan daging supaya masak sekata. 5. Setelah air daging berhenti menitis, alihkan lapik pemanggang tadi dan bakar daging menggunakan api. Ia bertujuan untuk dapatkan rasa dan bau hangus pada daging. 6. Angkat dan hiris nipis. Sedia untuk dimasak mengikut citarasa anda. Paling best, Masak lemak Cili Api lah!Selamat mencuba!
Minum petang apa ye untuk hari ini. Bila semua ada di rumah hidang apa pun pada ahli keluarga pasti habis. Jom kita buat apam susu jagung, paling mudah tak payah makan dengan kelapa pun dah sedap.
Apam susu jagung
Bahan-bahan:
1 1/4 cawan tepung gandum – BELI ONLINE DI SINI
Lebih kurang 3/4 cawan air suam
3 sudu makan susu jagung (saya guna brand Saji perisa jagung)
1 sudu makan yis -BELI ONLINE DI SINI
5 sudu makan gula pasir
Cara memasak:
1.Campur semua bahan.
2.Pukul sebati.
3.Perap hingga kembang.
4.Dah kembang,kacau balik pukul sekejap.
5.Masukkan dalam acuan.
6.Pengukus panaskan dulu.
7.Kukus apam dalam masa 12 hingga 15 minit.
Kredit:Badariah Abdrahman
Kalau anda orang utara pasti tahu akan nasi ulam. Istimewanya nasi ulam ialah nasinya dikukus dan dicampur dengan pelbagai herba, daun pegaga dan disertakan dengan lauk sampingan. Antara ulam ulaman yang dicampur ialah daun kaduk, daun kunyit , daun selom dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain dicampur sebagai penambah rasa.Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur juga. Jika ada yang teringin nak buat resipi ini boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Ana Mizi
Bahan- bahan: Daun selom Daun kesum Daun kemangin Daun ulam raja Daun kunyit Pelbagaikan jenis ulam lagi byk ulam lgi sedap pastikan ulam yg beraroma Bawang besar sebiji serai 5-6 batang Bahan diatas dihiris halus
Bahan-bahan tumbuk: Ikan tenggiri masam atau gelama masam digoreng dan di tumbuk 1/2 inci lengkuas 15-20 biji cili padi 1 inci belacan 3 sudu besar beras – digoreng tanpa minyak hingga garing dan tumbuk halus Kerisik 7-10 senduk nasi sejuk
Cara- caranya:
1.Masukkan bahan tumbuk ke dalam nasi dan gaul rata.
2.Kemudian masukkan bahan hirisan tadi .
3.Kacau sama rata tak payah masukkan garam sebab ikan tadi dah masin kalau kurang silakan tambah sedia untuk dihidang
Sesekali masak lauk kari kaw ni, pasti puas hati. Kena pula dengan Ikan Jenahak segar. Lagi bertambah-tambahlah sedap menunya. Bagi anda yang bercadang nak masak lauk kari hari ni, resipi ni boleh dicuba.
KARI MAMAK IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Jenahak
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2 cawan air asam jawa
250ml santan kotak
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
5 biji bendi
2 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili hijau
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
Tutup api dan kari sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Anda juga tukar ikan kepada ikan merah atau pun bawal untuk resipi ini jika suka.
Resipi puding karamel pandan ini diolah tanpa telur namun tetap sedap rasanya. Teksturnya yang lembut bergedik, puding ini sangatlah enak bila makan sejuk-sejuk.Memang terasa...