Sedapnya Nasi Ayam Hainan perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ni. Rupanya tak sukar pun nak sediakan hidangan ini secara homemade. Lihatlah hasilnya, Nampak sedap dan macam sajian yang dibeli di restoran kan? Jom cuba buat untuk keluarga. Pasti suami dan anak-anak suka.
1. Panaskan beberapa ketulan lemak ayam ( ia boleh cantikkan warna kulit ayam jadi kekuningan). Setelah lemak cair, masukkan hirisan halia. Tumis seketika.
2. Kemudian, didihkan air. Barulah masukkan ayam yang telah dicucuk-cucuk isinya dengan garpu.Masukkan juga kiub pati ayam serta garam halus secukup rasa.
3. Angkat ayam selepas dicucuk sedikit untuk memastikan ayam sudah masak. Pastikan tidak terlalu lama dimasak. Ayam ni jika nak kukus pun boleh.
Ads
4. Tambahkan bebola ikan sebelum ditutup api. Ketepikan.
5. Tengok kulit ayam. Ini yang empunya resipi maksudkan lapisan kulit ayam kuning cantik masak guna lemak ayam.Sediakan ketulan ais.
6. Rendam seketika ayam yang telah diangkat untuk mematikan proses isi ayam terlebih masak.Isi ayam juga lebih segar.Toskan.
7. Potong 4 ayam yang telah ditos.Susun di atas pinggan.
8. Satukan bahan sos dan kacau sebati. Tuang ke atas ayam. Jika suka, boleh juga tambahkan minyak bijan.
BAHAN NASI AYAM:
1-2 cawan beras basmathi – basuh dan tos
Beberapa keping lemak ayam
Sedikit mentega
Beberapa keping halia
Serai
Daun pandan – disimpul
Kuah sup secukupnya
Sedikit air
CARA MEMASAK:
Tumiskan sedikit ketulan lemak ayam. Juga sedikit mentega.Masukkan kepingan halia, serai dan daun pandan simpul.
Selepas naik bau, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh dan ditoskan. Goreng seketika sehingga naik bau.
Masukkan beras tadi dalam periuk nasi. Tambahkan sup dan sedikit air mengikut sukatan yang betul.
Masak seperti biasa.
BAHAN SAMBAL CILI
1 hiris nipis halia
4 tangkai cili merah
1 ulas bawang putih
1/2 sudu makan cuka
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit kuah sup
CARA MEMASAK:
1. Kisar halia, cili merah dan bawang putih dengan cuka dan sedikit air. Masukkan juga sedikit garam serta gula.
2. Panaskan kisaran sambal cili dalam periuk supaya tahan lama.Masukkan sedikit kuah sup. Kacau dalam api perlahan untuk seketika.
BAHAN TAUGE STIR FRY
Ads
2 genggam tauge
Sedikit kucai
2-3 ulas bawang putih – hiris nipis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos ikan
Sedikit air
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis hirisan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan sos tiram dan sos ikan. Juga sedikit sahaja air. Kacau.
3. Terus masukkan taugeh dan sedikit daun kucai.Balik-balikkan.
4. Tak perlu masak lama. Cukup hanya seminit sahaja bagi mengekalkan kerangupan dan kesedapan taugeh.
5. Untuk menikmatinya, hidangkan bersama nasi, ayam Hainan dan juga sup.
Kuih Abok-Abok Sagu adalah antara kuih tradisionalyang sentiasa menjadi kegemaran ramai. Hanya menggunakan bahan-bahan yang ringkas, kuih ini menjadi pilihan ramai terutamanya ketika sarapan dan juga minum petang. Kalau dapat makan masa masih panas, memang nikmat. Jom cuba resipi perkongsian saudari MariaKhalisya Khalis ni. Pasti puas hati dengan hasilnya.
CARA BUAT KUIH ABOK ABOK SAGU GUNA SUKATAN CAWAN
BAHAN-BAHAN: 1 cawan sagu biji – beli online disini 3 cawan air biasa 1/2 cawan gula merah – beli online disini 5 sudu makan gula putih – beli online disini 1/2 biji kelapa parut Daun pisang secukupnya – layurkan atas api & lap bersih 1/2 sudu teh garam
CARA MEMASAK: 1. Rendam sagu dengan air sampai meresap semuanya dalam 30 minit. Kemudian toskan supaya tiada air yang meleleh. 2. Kemudian campurkan sagu yang di tos tadi dengan kelapa parut dan juga garam. Gaul rata. Dalam mangkuk laik, satukan gula merah dan gula putih kemudian gaul rata. 3. Ambil daun pisang dan buat macam corong @ kelonsong. Masukkan 1 sudu sagu, ratakan.
4. Kemudian masukkan gula ½ sudu atau boleh lebihkan ikut tahap manis yang disukai. 5. Seterusnya tambahkan 1 sudu lagi sagu. Bungkus kemas. Ulang langkah tadi hingga semua bahan habis.
6. Bila semua sudah siap dibungkus, kukus Kuih Abok Abok selama 30 minit menggunakan api sederhana atau sehingga sagu menjadi lembut dan jernih.
Menu bakeri dan pastri dari Hotel Armada PJ ini memang cukup popular. Dibuat khusus atas permintaaan majalah RASA. Chef Chong See Yee dan rakannya Chef Chin Yee Chia berjaya meneroka pastri baru di antaranya dengan menghasilkan bombolini iaitu donut Itali yang popular dan Cronut gabungan donut dan croissant.
Kalau nak tahu Cronut dicipta di Dominique Ansel Bakery. New York, Amerika Syarikat pada tahun 2013 oleh pemilik bakerinya Dominique Ansel. Dan kini sangat popular di merata dunia.
CRONUT
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh cronut:
150ml susu segar
10gm yis kering
50gm mentega
35gm gula
350gm tepung roti
6gm garam
1 biji telur
Bahan lapisan cronut :
100 gm pastri marjerin | dicanai nipis
Bahan inti cronut (coklat ganache): 150gm coklat masakan 100gm krim putar 10gm mentega
CARA MEMASAK : Membuat inti : 1. Panaskan krim putar sehingga mendidih sedikit 2. Tuang ke atas coklat dan kacau hingga sebati 3. Masukkan mentega dan sebatikan Membuat cronut : 1. Masukkan tepung, yis, gula, telur dan garam. Gaulkan hingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan uli lama 5 minit sehingga menjadi doh. 3. Masukkan mentega ke dalam doh tersebu dan uli sekali lagi selama 7 minit. 4. Rehatkan selama sejam. 5. Setelah itu mulai memproses lapisan demi lapisan cronut dengan membuat lipatan antara doh dengan mentega tawar yang dilakukan berulang. 6. Bentukkan menjadi doh bersegi, giling hingga tipis dan kemudian sapukan mentega di atas permukaan doh tepat di tengah-tengah dan lipatkan balik dan canai hingga mentega tertutup rapat. 7. Canaikan dan lipat berulang-ulang sampai mentega dan doh tercampur dan membentuk lapisan-lapisan. 8. Masukkan doh dalam peti sejuk seketika 9. Seteleh dikeluarkan dari peti sejuk. mulai menerap dan membentuk bulat doh dengan acuan donut. 10. Panaskan minyak penuh dalam kuali dan goreng hingga keperangan 11. Paipkan coklat ganache ke dalam cronut 12. Sediakan gula yang digaulkan bersama sedikit serbuk kayu manis..Golekkan cronut dalam gula tadi. 13. Sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 1 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Gabungan donut dan croissant Keistimewaan : Rapuh dan garing dan rasa yang kaya bercoklat
Info Chef :Pemilik bakeri Dominique Ansel, menggunakan doh berupa pasteri lapis atau puff (ala croissant) berinti krim dan rupanya pula menyerupai donut, yang dikenali sebagai cronut.
BOMBOLINI
BAHAN-BAHAN :
Bahan doh :
250gm tepung roti
110ml susu segar
1 biji telur
60gm mentega
35gm gula
15gm yis kering
2 gm garam
2 biji kuning telur
Bahan untuk inti (krim kastad) :
100ml susu segar
1 biji kuning telur
20gm gula halus
9gm tepung jagung
1ml esen vanila
30gm krim putar (whipping cream)
CARA MEMASAK : Krim kastad : 1. Didihkan susu di dalam bekas, atas api yang sederhana. 2. Kemudian masukkan ke dalam mangkuk dan satukan dengan kuning telur dan gula, kacau hingga sebati. 3. Campurkan tepung jagung dan terus kacau hingga sebati 4. Tuangkan larutan susu mendidih tadi ke dalam campuran di dalam mangkuk tadi. Biarkan masak hingga pekat. 5. Biarkan kastad sejuk sebentar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang sejam. 6. Pukul krim putar sehingga mencapai ‘stif peak’ (bertanduk). 7. Kaup balik krim putar ke dalam adunan kastad yang telah sejuk hingga sebati. 8. Ketepikan
Bombolini: 1. Masukkan tepung, yis, dula telur dan garam. Gaullkan sehingga sebati. 2. Masukkan susu segar dan mentega. Uli sehingga menjadi doh. 3. Rehatkan selama dua jam, sehingga saiz doh naik dua kali ganda dari doh yang asal. 4. Giling sehingga nipis dan terap bentuk bulatan 5. Goreng dalam minyak panas sehingga menjadi warna keperangan. 6. Biarkan sejuk seketika. Setelah itu lubangkan bahagian tengah dan diisi dengan krim kastad. 7. Taburkan gula di atasnya dan sedia untuk dihidangkan.
Saiz hidangan : 10 orang Waktu memasak : 2 jam Cara memasak : Goreng minyak penuh Jenis masakan : Donut Itali Keistimewaan : Gebu lembut dan berkrim
Info Chef: Goreng antara 5- 10 minit sahaja. Kerap dibalik- balikkan supaya masak sekata dan berwarna perang keemasan.
Terima kasih : Hotel Armada, Lot 6, Lorong Utara C, Section 52, Darul Ehsan, 46200 Petaling Jaya, Selangor. www.armada.com.my
1.Saya guna peria besar. Belah tengah buang biji, tak belah pun tak apa. Hanya korek biji guna pisau atau sudu besi.
2. Kemudian, potong nipis-nipis ya. Nak guna pisau pun boleh, sagat pun boleh. Sagat bagi nipis ya, sebab kalau tebal nanti tak rangup.
3. Apabila dah siap sagat, rendam dengan air garam selama 1 jam. 4. Lepas 1 jam, basuh peria bersih-bersih, bagi hilang rasa pahit-pahit dan toskan peria.
5. Sediakan bancuhan tepung untuk salut peria. Kemudian, masukkan peria. Bagi rata-rata tepung pada peria.
6. Tapiskan peria yang disalut tepung. Kena tapis supaya tepung tak tebal sangat masa nak goreng.
7. Dah siap tapis, boleh masukkan ke dalam minyak. Goreng sehingga nampak kekuningan. Angkat dan toskan.
8. Dah sejuk boleh makan. Kalau nak isi dalam balang, pastikan sejuk dulu ya.