![Untitled design](https://cdn.rasa.my/2019/01/Untitled-design-22.jpg)
Kalau anda orang utara pasti tahu akan nasi ulam. Istimewanya nasi ulam ialah nasinya dikukus dan dicampur dengan pelbagai herba, daun pegaga dan disertakan dengan lauk sampingan. Antara ulam ulaman yang dicampur ialah daun kaduk, daun kunyit , daun selom dan lain-lain. Kerisik dan rempah lain dicampur sebagai penambah rasa.Kadang-kadang ikan goreng cincang dicampur juga. Jika ada yang teringin nak buat resipi ini boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Ana Mizi
Bahan- bahan:
Daun selom
Daun kesum
Daun kemangin
Daun ulam raja
Daun kunyit
Pelbagaikan jenis ulam lagi byk ulam lgi sedap pastikan ulam yg beraroma
Bawang besar sebiji serai 5-6 batang
Bahan diatas dihiris halus
Bahan-bahan tumbuk:
Ikan tenggiri masam atau gelama masam digoreng dan di tumbuk
1/2 inci lengkuas
15-20 biji cili padi
1 inci belacan
3 sudu besar beras – digoreng tanpa minyak hingga garing dan tumbuk halus
Kerisik
7-10 senduk nasi sejuk
Cara- caranya:
1.Masukkan bahan tumbuk ke dalam nasi dan gaul rata.
2.Kemudian masukkan bahan hirisan tadi .
3.Kacau sama rata tak payah masukkan garam sebab ikan tadi dah masin kalau kurang silakan tambah sedia untuk dihidang
Selamat mencuba.
Kredit : Ana Mizi
Resipi Gulai Ayam & Sambal Belacan Ala Nasi Kak Wok, Memang Sedap!
Resipi Nasi Ayam Hainan Sedap & Mudah Boleh Buat Secara Homemade.
Mudah & Sedap. Ini Cara Masak Nasi Briyani Udang Macam Dekat Restoran
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasi Arab Mandy Sos Harrah Berperisa Luar Biasa
![Nasi Arab Mandy Sos Harrah Berperisa Luar Biasa](https://cdn.rasa.my/2022/01/Untitled-design-min.png)
Selalunya resipi nasi arab mandy ni sos harrah rasa kurang berperisa, tapi kalini resipi yang dikongsikan oleh Aisyah Humaira di facebook di olah sedikit resipinya supaya lebih ada rasa luar biasa sos harrah tu. Resipi ni banyak cara penyediaannya tapi kalau dah siap masak gerenti sedap baunya bertambah makannya. Jom kita cuba resipi ini.
RESIPI NASI ARAB MANDY
BAHAN-BAHAN:
½ kilo beras basmati dibilas dan rendam setengah jam lalu toskan. – BELI DI SINI
Minyak masak secukupnya untuk menumis – BELI DI SINI
3 biji bawang merah tak perlu hiris – BELI DI SINI
5 ulas bawang putih tak perlu hiris – BELI DI SINI
1 sudu kecil biji lada hitam – BELI DI SINI
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga lawang
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga
2 sudu besar rempah nasi arab
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang putih
1 biji tomato – BELI DI SINI
4 sudu besar sos cili – BELI DI SINI
CARA PENYEDIAAN:
Panaskan minyak, Tumis semua bahan diatas kecuali bahan kisar. Setelah bawang layu masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan beras dan air rebusan ayam perisakan dengan sedikit garam, gula. Sukat air dan masak nasi seperti biasa. Nasi separuh masak boleh Masukan 2-3 batang cili hijau atasnya dan beberapa ketul daging/ayam yg telah masak
BAHAN UNTUK AYAM DAN SUP:
1 ekor ayam potong 4
4 biji bawang putih tak perlu hiris
1 biji bawang besar potong 4
4 keping hirisan halia
5 biji lada hitam
2 biji kiub pati ayam
sedikit garam, gula
Sedikit perwarna saffron
Air secukupnya. Pastikan air lebih sebab air rebusan ini akan digunakan juga utk masak nasi
CARA PENYEDIAAN:
Masukkan semua bahan diatas dalam periuk. Rebus hingga ayam masak.
BAHAN KISAR PES AYAM PANGGANG:
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudu besar sos cili
2 sudu besar rempah nasi arab
6 sudu besar minyak masak,Garam, gula secukup rasa. Kisar semua bahan ini dan ratakan pada ayam yang telah direbus tadi lalu panggang/goreng hingga perang siap.
SALAD ARAB:
3 tangkai daun ketumbar dihiris
2 biji bawang merah dipotong dadu
1 biji tomato hiris dadu
½ batang timun Jepun dihiris dadu
1 bekas kecil yogurt plain
½ sudu kecil serbuk lada hitam dan sedikit garam
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan diatas dalam satu bekas dan kacau sebati.
SOS HARAH:
2 tangkai daun ketumbar
10 biji cili padi merah
2 ulas bawang putih
1 biji tomato
4 keping hirisan halia
sedikit air rebusan ayam
sedikit perahan lemon dan garam, gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN:
Kisar semua bahan diatas siap
SELAMAT MENCUBA!
Kredit: Aisyah Humaira
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Kenapa Nasi Kak Wok Digilai Ramai? Resepi inilah Jadi Puncanya!
![Kenapa Nasi Kak Wok Digilai Ramai? Resepi inilah Jadi Puncanya!](https://cdn.rasa.my/rasa/Untitled-design3-1.png)
NASI berlauknya cukup ringkas. Nasi putih dicampur gulai ayam bersama ayam goreng kecil dan dilengkapkan dengan sambal. Dibungkus pula dengan sehelai kertas makanan. Itulah identiti nasi berlauk yang sebelum ini dipopularkan oleh Kak Wook atau nama sebenarnya Allahyarham Mek Wook Hassan.
Biarpun serba ringkas, nasi Kak Wook yang pada mulanya bertapak di Kelantan pada 1984 mula mendapat tempat di luar negeri Cik Siti Wan Kembang.
Populariti Kak Wook ditambah dengan keenakan gulainya dan harga murah menjadi faktor makanan itu turut digemari bukan sahaja daripada kalangan penduduk Kelantan. Di atas faktor itu juga, muncul restoran-restoran yang menjual makanan seakan nasi Kak Wook di luar Kelantan sehingga membuatkan nasi berlauk itu menjadi fenomena. Ikuti kupasan Sinar Harian mengenai nasi yang menjadi sebutan orang ramai ini.
Ia sebenarnya bukanlah satu perkara mudah untuk mula-mula menambat hati pelanggan, namun ikhtiar atas keikhlasan, akhirnya ia terkenal hingga kini.
Mendekati anak ketiganya, Maheran Ibrahim, 48, yang kini mempunyai anak yang membuka tiga lokasi menjual nasi Kak Wook original, untuk menjadi pandai dia sering dimarah arwah ibunya. Arwah Kak Wook seorang penyabar dan menjaga kesedapan rasa lauk yang dimasak olehnya atau anak-anak, malah kalau ada kekurangan rasa itu, dia segera minta ubah.
Memendam rasa terkilan sebagai pewaris perniagaan nasi Kak Wook, Maheran mengakui kini pelanggan nasi Kak Wook keliru untuk mengenali nasi hasil usaha ibunya dengan nasi Kak Wook klon, namun dia tidak menolak, semua rezeki datang daripada ALLAH SWT.
Tiga Lokasi Nasi Kak Wook Asli
![Kenapa Nasi Kak Wok Digilai Ramai? Resepi inilah Jadi Puncanya!](https://cdn.rasa.my/rasa/image-3-300x225.jpg)
Meninggalkan sejarah tempat asal nasi Kak Wook di Kampung Lundang, Maheran berkata, sejak kecil, dialah anak yang selalu di sisi arwah menyiapkan nasi dan kuih setiap hari, selain arwah bapanya, Ibrahim Mamat.
“Dahulu saya rasa ‘derita’ sangat kerana agak terkebelakang dari segi pembelajaran, jadi arwah Mek selalu suruh membantunya di dapur, disuruhnya saya membuat gulai, menyiang ikan untuk buat nasi kerabu dan kuah laksam, juga menyediakan bahan untuk kuih. Nak menangis pun ada masa tu… tetapi saya sabar.
“Kini, apabila arwah tiada, barulah saya faham mengapa saya terpilih ‘sekaki’ memasak dan menjual nasi dengannya, malah memandangkan anak saya ramai, dari kecil mereka membantu arwah nenek menyediakan nasi Kak Wook,” katanya.
Mempunyai tiga anak menjual nasi Kak Wook asli menggunakan gambar arwah Kak Wook pada kain rentang di kedai, Siti Nur Hidayah Zulkifli, 28, menggantikan tempat lama di lokasi Jalan Telipot, manakala Rabiatul Adawiyah, 23, membuka kedainya di Pasir Tumboh dan satu lagi bersebelahan Bank Islam di Kubang Kerian dikendalikan Siti Nor Salwani, 23.
Berikut kami kongsikan resepi nasi berlauk ala kak Wok yang berasal dari Kelantan untuk anda cuba sendiri di rumah.
RESIPI NASI KAK WOOK
Gulai Ayam
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam
- 1 kotak santan 200ml (jenama Kara)
- 2 kiub pati ayam Knorr
- Air perahan asam jawa
- Air
- Garam dan gula secukup rasa
- Sedikit minyak untuk menumis
Bahan tumisan
- 1 labu bawang besar, dihiris nipis
- 1 inci halia, diracik halus
- 4 pelepah daun kari
- 3 bunga lawang
- 1 kayu manis
- 5 biji buah pelaga
- 5 biji bunga cengkih
*Bahan dijadikan pes rempah (dibancuh dengan sedikit air)
- 4 sudu besar serbuk kari ayam
- 4 sudu besar serbuk cili
- 2 sudu besar serbuk rempah briyani
Cara Memasak:
- Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga berbau harum. Setelah naik bau wangi, masukkan pes rempah. Goreng sehingga garing dan terbit minyak. Masukkan ayam dan gaul sebati.
- Setelah ayam agak masak, masukkan santan. Boleh ditambah secawan air untuk kuah. (Jika suka kuah sedikit cair, boleh lebihkan air)
- Tambah perahan air asam jawa dan kiub pati ayam Knorr.
- Rasa gulai dan tambah garam atau gula mengikut citarasa.
- Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Tutup api.
Ayam goreng kunyit
Bahan-Bahan:
- 1/2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
- 1 sudu kecil garam
- 1 sudu serbuk pati ayam Knorr
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 1 cawan kacang panjang, dipoton2 satu inci
- 1 labu bawang besar, dihiris
- Minyak untuk menggoreng
Cara Memasak:
- Gaul ayam dengan garam, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit. Perapkan selama 15 minit. Goreng ayam sehingga kuning keemasan. Setelah ayam garing, angkat ayam, tos minyak dan ketepikan.
- Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
- Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga masak (tetapi masih mengekalkan kerangupan).
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata. Siap dan bolehlah dihidangkan.
Sambal Kelantan @ Air Lada
- Cili hidup
- Cili api
- Cuka masakan
- Garam dan gula secukup rasa
- Kisar semua bahan menggunakan blender (boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu)
Hidangkan dengan nasi putih panas-panas. Memang power!
Sumber: Sinar Harian Online / iluminasi.com
Masak Sendiri Sup Soto Letop So Sedap. Guna Resipi Ni Memang Puas Hati
![Masak Sendiri Sup Soto Letop So Sedap. Guna Resipi Ni Memang Puas Hati](https://cdn.rasa.my/2023/03/Untitled-design-2023-03-14T170120.652.jpg)
Resipi Sup Soto Ayam bersama Bergedil Kentang perkongsian saudari Khadijah Jaafar ni memang padu. Nak buat pun senang. Sesuai dinikmati sebagai sajin makan tengahari atau pun jika nanti ada bercadang nak buat makan-makan, menu ini boleh disajikan. Lengkap dengan resipi Sambal Kicap padu. Sangat sedap dan mudah nak masak. Kanak-kanak dan orang dewasa juga gemarinya. Jom cuba!
RESIPI SUP SOTO LETOP PALING SEDAP
BAHAN-BAHAN:
- 1 ekor ayam – potong 4
- 3 sudu besar rempah soto/rempah sup – beli online disini
- 1/4 sudu kecil serbuk lada putih – beli online disini
- 1 jug air
- Rempah 4 sekawan – cengkih, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
BAHAN KISAR:
- 1 biji bawang besar
- 5 ulas bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 batang serai
CARA MEMASAK:
1.Tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau & sedikit kuning.
2.Kemudian masukkan ayam bersama dengan rempah soto/rempah sup. Jika tiada rempah soto ganti dengan rempah sup. Kacau sehingga sebati dengan ayam.
3.Bila sudah sebati dengan ayam, tuangkan air.
4.Masukkan serbuk lada putih dan perasakan dengan garam. Masakkan sehingga mendidih dan ayam masak.
5.Setelah masak, keluarkan ayam. Gorengkan ayam sehingga luarnya garing. 6.Angkat dan carikkan ayam. Ketepikan.
SAMBAL KICAP KETAGIH
BAHAN-BAHAN:
- 2 genggam cili padi hijau
- 2 ulas bawang putih
- Kicap – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Goreng seketika dua bahan di atas.
2.Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng. Bila digoreng sambal kicap akan tahan lama & lebih sedap.
3.Kisarkan dalam blender dengan kicap. Kicap tu letak sehingga tutup paras cili.
4.Kisar sehingga hancur semuanya.
RESIPI BERGEDIL
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji kentang – kupas kulit dan potong setebal 1/2 inci – beli online disini
- 3 sudu besar daging cincang/ayam cincang
- 3 sudu besar bawang goreng – beli online disini
- Sedikit daun sup
- 1/4 sudu kecil serbuk lada putih
- Garam
- 1 biji telur ayam
CARA MEMASAK:
1.Goreng dulu ubi kentang sehingga lembut dan kekuningan.
2.Lenyekkan ubi kentang semasa masih panas.
3.Masukkan daging cincang, daun sup, lada putih dan garam. Bentukkan bergedil.
4.Panaskan kuali. Sementara itu, pecahkan telur, kacau telur.
5.Celup Begedil di dalam telur dan goreng di dalam minyak yang panas sehingga kekuningan.
6.Tunggu sehingga bahagian bawah Begedil keras sedikit baru diterbalikkan untuk mengelak Begedil dari hancur.
7.Angkat dan hidangkan bersama Soto.
Kredit resipi & foto: Khadijah Jaafar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official