Anda pengemar ikan air tawar seperti patin, lampam dan talipia, tapi selera makan terbantut bila ikan yang dijamah kuat bau tanahnya. Bau tanah yang kuat pada ikan seperti patin, talipia dan beberapa jenis ikan lain ini datangnya dari bakteria dan plankton di dalam kolam ternakan ikan. Tapi jangan risau ada tip mudah nak hilangkan bau tanah pada ikan ini.
Sebaiknya bersihkan ikan di bawah air mengalir
Cuci insang ikan dan sisik dengan bersih.
Rendam ikan dengan air yang dicampur dengan perahan air limau nipis atau kasturi.
Biarkan lebih kurang 30 minit
Bilas semula di bawah air mengalir
Cara Lain:
Ads
Ikan yang sudah dibuang sisik dan insang dicuci kemudian cuci sekali lagi dengan air garam.
Kemudian bilas di bawah air paip mengalir hingga bersih.
Cara Memasak:
Ads
Cara terbaik masak ikan ini dengan cara menggoreng atau membakar, dengan sedemikian bau tanah pada ikan akan hilang dengan sendirinya.
Gaulkan dengan perencah yang kuat aroma dan rasa seperti campuran bawang, kunyit, halia dan serai selain garam dan asam jawa. Hanya dengan cara ini bauk tanah akan hilang.
Semoga tip ini boleh membantu menangi masalah anda.
Ads
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Makan jagung rebus petang-petang, memang asyik sekali. Kena pula angin sepoi-sepoi bahasa. Ala-ala berpiknik gitu.
Tapi macam mana nak buat jagung yang direbus sedap seperti kita beli di gerai? Rupanya ada tips tertentu yang boleh dilakukan seperti yang dikongsi Nor Azlinda.
TIPS MEREBUS JAGUNG:
1. Jangan tambah garam semasa merebus jagung. Ia akan keraskan isi jagung anda. Selepas masak, baru taburkan sedikit garam halus. 2. Semasa rebus jagung, tambah sedikit gula dalam air rebusan jagung untuk rasa yang sedap. 3. Jagung segar yang dibeli jangan biarkan di luar. Ia akan kehilangan kemanisan semula jadi. Kalau jagung segar, terus simpan di peti sejuk. Jagung segar masih kehijaun kulitnya.
4. Cara rebus jagung , biarkan air mendidih dan masukkan jagung yang telah dikupas. Bila air mendidih semula, kecilkan api dapur dan rebus dalam keadaan reneh (simmering) dalam 5-10 minit sudah mencukupi. 5. Selepas jagung masak, boleh sapukan mentega. Taburkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada putih. 6. Kalau anda ada tanam jagung, petik jagung waktu pagi dan kalau ingin simpan biar simpan di peti sejuk.
Stok cili kisar memang kena sentiasa ada dalam dalam peti ais. Namun begitu nak buat cili kisar ini agak remeh juga terutama bab kena asingkan bijinya. Kena gunting satu-satu.
Tapi cara yang dikongsi oleh Mohd Ahzad Bin Nadirun lebih mudah. Tak perlu gunting lagi dah. Sekali tekan habis semua biji cili kering keluar. Tipnya adalah guna chopper.
Ramai sukakan donat, terutamanya kanak-kanak. Bila asyik beli teringin juga nak buat sendiri tapi risau tak menjadi macam beli kat kedai donat yang popular tu. Sekarang korang jangan risau ini ada cara macam mana nak buat adunan donat supaya kembang dengan cantik sempurna dan gebu dan bila digoreng garing kat luar, lembut di dalamnya.
Gunakan Bahan Berkualiti
Walau bahan buat donat ringkas dan senang, hanya tepung, gula, yiss, telur, susu dan margerin. Tetapi kualiti produk ini yang akan menentukan hasil donat korang nanti. Tepung akan menentukan tekstur donat, jadinya jangan guna sebarang tepung, sebaik gandum berprotein baik kualitinya dan bersih. Untuk mengetahui tepung masih elok, sebaliknya beli tepung yang masih dalam kemasan asalnya (belum dibuka). Begitu juga dengan yis, pilih yang kering dan baru. Yis adalah mikroorganisme hidup yang berfungsi mengembangkan adunan. Jika menggnakan yis yang sedia ada dalam simpanan pastikan mikroorganisme di dalamnya masih hidup. Kemudian sediakan sedikit air suam dalam bekas kecil dan masukkan yis, kacau dan biarkan. Jika ada gelembung udara, ia bermakna yis masih elok dan aktif. Begitu juga dengan susu, sebaliknya gunakan susu suam untuk mencampurkan adunan. Ia membantu yis lebih aktif dan donat mengembang cantik serta mempunyai serat-serat lembut. Elok juga kalau gunakan susu cair yang dipanaskan atau susu tepung yang dilarutkan dengan air suam.
Campur & Adun Bahan Dengan Betul
Walaupun tepung baru, korang patut ayak tepung dahulu untuk mengelakkan tepung berketul semasa digunakan. Campurkan tepung, gula dan yis, jangan campurkan garam di peringkat awal ini kerana ia akan menyebabkan yis tidak akan berfungsi. Cara paling senang korang boleh je gunakan breaf improver (kalau ada) kerana ia membantu adunan kembang dengan rata, lembut dan tidak keras bila sejuk.
Kalau tak ada bread improver, uli adunan 12-15 minit dengan tangan, sambil tuangkan susu suam, bila semua bahan sudah bercampur rata, tambahkan mentega atau marjerin yang telah dicairkan. Mentega juga berperanan melembutkan struktur gluten dan menjadikan adunan terasa elmbut dan berkilat serta memberikan rasa yang lebih sedap. Uli adunan hingga sebati dan tak lekat pada mangkuk adunan. Pastikan juga korang tidak terlebih uli kerana ia boleh menjadikan donat keras dan tak lembut.
Rehatkan Doh Di Tempat Panas
Balut adunan yang sudah diuli dan letakkan dalam mangkuk, kemudian tutup dengan kain. Rehatkan di tepat panas selama 30 minit, misalnya di bahagaian dapur yang ada cahaya mata hari atau dekat dengan dapur. Apabila adunan kembang dua kali ganda asal. Uli semula selama tiga minit, kemudian rehatkan semula 15-20 minit. Adonan siap untuk diterap dengan acuan donat dan digoreng.
Haha inilah rahsia hasil kejadian donat yang sempurna lebut, gebu dan setanding donat yang dijual di kedai donat popular.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Kalau diperhatikan sekarang, hampir setiap kawasan perumahan atau pusat beli-belah pasti ada restoran yang menjual Ayam Penyet, Ayam Geprek atau Ayam Gepuk. Malah, ada sesetengah kedai sanggup beratur panjang hanya kerana sambalnya yang “padu” dan ayam gorengnya yang rangup.