Ada berbagai cara orang masak kuetiau, menu yang asalnya diperkenalkan oleh masyarakat Cina ini, kini ia sudah menjadi kegemaran ramai rakyar Malaysia. Anda yang suka kuetiau goreng tetapi bila buat sendiri tidak sesedap makan di kedai, ini ada rahsianya macam mana nak dapatkan kuetiau goreng yang sedap macam makan direstoran atau digerai.
Sebenarnya, kalau tau caranya, tak susah, bahan utama adalah bawang putih, untuk aroma, untuk lauk, paling sedap adalah campuran udang dan telur sahaja, sayur pula hanya daun kucai dan tauge. Pelengkap rasa, hanya perlu sedikit sos cili, kicap, sos tiram jika suka dan sos ikan ( penambah aroma dan rasa seperti makan di gerai). Atau ikut je resipi yang disediakan ini.
IKLAN
KUETIAU GORENG BAHAN-BAHAN: 1 paket besar kuetiaw | lerai-leraikan 20 ekor udang | buang kulit 7 ulas bawang putih | cincang 2 cawan tauge 1 cawan daun kucai | potong 3cm 2 sudu makan cili kisar 2 sudu makan sos cili 3/4 sudu makan sos ikan/seasoning Kicap manis secukup rasa 4 sudu makan air Garan dan gula secukupnyasecukup rasa 3-4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
IKLAN
CARA MEMBUAT:
1. Goreng udang hingga masak, ketepikan. 2. Pecahkan telur dalam kuali, buat telur hancur. Ketepikan. 3. Masukkan minyak, tumis bawang putih hingga wangi dan kekuningan. 4. Masukkan icili kisasr, sos cili, sos ikan, kicap dan sedikit gula dan garam. 5. Kacau rata, masukkan air. 6. Seterusnya masukkan kuetiau, kacau lebih kurang 3 minit, masukkan udang yang telah digoreng dan telur hancur tadi. 7. Akhir sekali setelah cukup rasa, taburkan tauge dan daun kucai. 8. Tutup api dan gaulkan tauge dengan daun kucai. 9. Kuetiau sedia dihidangkan.
Gulai Lemak Pucuk Selom adalah antara sayur kampung yang sedap kalau dimasak lemak. Macam pucuk ubi juga. Begitu juga dengan sayur-sayur lain. Tidak lengkap hidangan tanpa sayur. Apa kata anda cuba beberapa resipi istimewa sayur yang dimasak mengikut resipi lama untuk hidangan keluarga, ia pasti tidak mengecewakan.
GULAI LEMAK PUCUK SELOM DENGAN KEPAH
BAHAN-BAHAN:
1 cekak daun selom | simpul dan celur seketika
300 gram kepah
500 ml santan
1 keping asam gelugor
Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR:
3 cm kunyit hidup
10 biji cili padi
3 ulas bawang merah
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan kisar dan asam keping.
2. Renehkan di atas api sederhana.
3. Setelah mereneh masukkan daun selom yang telah dicelur tadi.
4. Diikuti dengan kepah.
5. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
6. Setelah cukup rasa, tutup api dan sedia dihidangkan.
KARI REBUNG MADU RAMPAI DAGING TETEL
BAHAN-BAHAN:
500 gm rebung madu | cuci bersih
200gm daging tetel | rebus & hiris kecil
1000ml santan
2 sudu makan air asam Jawa
3 sudu makan rempah kari daging
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu makan pes cili kering
Garam, gula dan perasa secukupnya
Rempah penumis | kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga
4 sudu makan minyak masak | untuk menumis
BAHAN HIRIS HALUS:
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3cm halia muda
CARA MEMASAK:
1. Panaskan air dalam periuk, celur seketika rebung, setelah lembut, angkat dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk, tumis rempah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
3. Masukkan pes cili, kacau seketika masukkan pula rempah kari dan serbuk kunyit yang dibancuh dengan sedikit air.
4. Kacau rata masukkan air asam Jawa, kacau hingga pecah minyak.
5. Seterusnya masukkan rebung madu bersama daging tetel.
6. Gaul sebati, masukkan santan. Biarkan kari terus mereneh lebih kurang lima minit.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa secukupnya.
8. Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.
PUCUK PAKU RAMPAI DAGING BAKAR
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk paku | celur dan tos
200gm daging bakar | hiris nipis
250ml santan pekat
3 sudu makan kerisik
1 sudu teh lada hitam | kisar kasar
Garam dan gula secukup rasa
1 biji limau nipis | ambil jus sahaja
BAHAN HIRISAN:
8 ulas bawang merah
1 biji cili merah
8 biji cili padi
2cm halia muda | jika suka
CARA MEMASAK:
1. Campurkan pucuk paku yang telah dicelur dalam mangkuk.
2. Masukkan bersamanya bahan hirisan.
3. Diikuti kerisik, garam, gula dan jus limau nipis.
4. Gaul rata, kemudian masukkan santan.
5. Gaul lagi sehingga cukup rasa.
6. Segera dihidangkan.
PUCUK TURI LEMAK PUTIH BERSAMA LABU DAN TEMPE
BAHAN-BAHAN:
1 cekak pucuk turi | lurutkan dari tangkai
1 potong labu kuning | buang kulit dan potong dadu
1 paket kecil tempe | potong dadu
1000ml santan
1 sudu makan ikan bilis
1 biji bawang besar | hiris
2 ulas bawang putih | hiris
2cm halia muda | hiris
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Masukkan santan dalam periuk bersama bahan hirisan, ikan bilis, labu dan tempe.
2. Renehkan di atas api sederhana hingga mengelegak.
3. Masukkan pucuk turi Kacau lagi.
4. Perasakan dengan garam, gula secukup rasa.
5. Tutup api, sayur sedia dihidangkan.
SULUR KELADI MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK
BAHAN-BAHAN:
1 ikat selur keladi bersama isi
100 gm isi udang
2 sudu makan tempoyak
6 pucuk daun kesum
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
10 biji cili padi
3cm kunyit hidup
CARA MEMASAK:
1. Potong sulur keladi lebih kurang 3 -4cm. Ketepikan.
2. Isi keladi dibuang kulit dan potong dadu.
3. Panaskan air, rebus isi keladi, apabila hampir empuk masukkan sulur keladi.
4. Biarkan lebih kurang lima minit. Kemudian buang air dan lalukan di bawah air paip dan toskannya.
5. Dalam periuk lain masukkan air secukupnya, masukkan bahan kisar bersama tempoyak. Kacau sekata.
6. Letakkan atas dapur dengan api sederhana. Masukkan asam keping dan undang..
7. Apabila kuah mereneh, masukkan daun kesum, sulur keladi dan isinya yang telah direbus tadi.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
9. Selepas dua minit tutup api dan sedia dihidangkan.
BETIK TUMIS SANTAN IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda | parut atau cincang isinya.
250ml santan
Garam dan gula secukup rasa
1 batang serai
Sedikit minyak untuk menumis
BAHAN KISAR:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3cm kunyit hidup
8-10 biji cili padi
Sedikit ikan bilis | kopek
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan betik yang telah diparut atau dicincang tadi.
3. Apabila betik layu, masukkan santan,
4. Biarkan mereneh, baru perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah masak, tutup api dan sedia dihidangkan.
Sotong pun boleh masak merah rupanya! Dengar nama resipi Sotong Sumbat Masak Merah je pun dah terliur sekarang. Bayangkan Sotong sumbat yang padat tu dimakan bersama nasi panas fuhh kenyang dan gerenti puas hati. Ada yang dah pernah cuba resipi Sotong Sumbat Masak Merah? Kalau belum pernah wajib cuba masakan ni!
SOTONG SUMBAT MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
4 ekor sotong
Bawang besar – dikisar
Bawang kecil – dikisar
Bawang putih – dikisar
Halia – dikisar
4 biji telur
1 biji lada besar merah – dihiris
1 biji lada besar hijau – dihiris
1 batang daun bawang
1 biji tomato
1/2 biji bawang besar – dipotong dadu
1 ketul kiub ayam
5 sudu besar cili kering – dikisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Garam
Serbuk perasa
CARA PENYEDIAAN:
Campurkan telur, lada besar merah, lada besar hijau, daun bawang, tomato, bawang besar dan kiub ayam.
Pastikan kiub ayam hancur. Gaul sehingga sebati.
Panaskan minyak dah goreng bahan yang telah digaul tadi sehingga menjadi scramble egg. Ketepikan.
Kemudian, masukkan bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia yang sudah dikisar ke dalam kuali. Masak sehingga naik bau.
Masukkan garam atau serbuk perasa. Masukkan cili kering ke dalam kuali dan kacau hingga sebati. Masak sampai pecah minyak.
Sementara tunggu cili masak, sumbat scramble egg ke dapat sotong sehingga padat.
Letak kepala sotong dan cucuk dengan lidi supaya telur tak terkeluar.
Bila cili dah pecah minyak, maasukkan sos cili, dan sos tiram. Kacau sehingga sebati.
Tambah garam dan perasa mengikut kesesuaian tekak.
Akhir sekali, masukkan sotong tadi. Jangan kacau terlalu kuat, takut kepala sotong tercabut.
Tengok rupa biskut ni alahai nampak comel aje. Macam pisang emas kuning dengan tompokan coklat.
Ni lah biskut pisang atau Banana Cookies ada rupa pisang emas kan, tapi sebenarnya disadur coklat berwarna kuning dan coklat. Tu yang sedap sangat tu. Ada inti kacang pulak tu. Ni resepi yang dikongsikan oleh Zaimah Zakaria. Jom semak resipi biskut sedap ni.
BANANA🍌 COOKIES🍪
BAHAN-BAHAN :
Bahan A :
170gm mentega
60gm gula halus
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen pisang
* Kacau dengan senduk sahaja semua bahan-bahan di atas
Bahan B :
300gm tepung gandum
20gm tepung jagung
20gm susu tepung
Bahan inti :
Kacang tanah secukupnya | disangai dan ditumbuk
Gula secukup rasa
* Campurkan dan gaulkan sekali
CARA MEMASAK : 1. Ayak semua bahan., masukkan ke dalam bahan A.
2. Uli sampai jadi doh, kalau nak sama besar timbang doh 15gm tiap satu
3. Masukkan inti kacang tanah yang dicampur dgn gula
4. Bentukkan doh jadi bentuk pisang
5. Bakar pada suhu 170 darjah Celsius selama 30 minit
Bahan Coklat
Coklat putih dicampur beberapa titik pewarna lemon kuning
Dark coklat
* Masak coklat guna kaedah ‘double boil’,celup biskut satu-satu dalam coklat kuning, coklat dah keras baru sapu dark coklat.