Manisan Jala Mas ni memang sedap. Ia adalah salah satu manisan tradisi orang Kelantan. Jika di Pahang, ia merupakan salah satu bahan wajib ada dalam pembuatan manisan Puding Raja. Dek kerana harganya yang agak mahal, ramai yang beranggapan ia sangat susah disediakan. Tapi pengasas perniagaan bakeri online Mr Creampuffs, saudara Adri Oppa bermurah hati nak kongsi cara mudah untuk menyediakan manisan ini. Jadi bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Memang sedap dan jimat.
RESIPI JALA EMAS HOMEMADE #MRCREAMPUFFS
BAHAN-BAHAN:
6 biji kuning telur
Sedikit esen vanilla
Tepung jagung ( hujung sudu sahaja)
BAHAN AIR GULA:
200gm gula pasir
Sedikit/ sebiji kecil gula batu ( bertujuan supaya jala mas nanti jadi berkilat)
300gm air
Sedikit daun pandan
Barang nak masak tak cukup? Mudah je. Order secara onlineDISINI.
CARA MEMASAK:
1. Satukan kuning telur, esen vanilla dan tepung jagung. Kacau guna garpu hingga sebati.
2. Tapis campuran kuning telur tadi dan masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan.
Ads
3. Bagi menyediakan air gula, masak semua bahan seperti biasa dan gulanya larut.
4. Keluarkan daun pandan dan bolehla mula menjala. Pastikan api yang digunakan kecil sahaja.
5. Untuk menjala, potong sedikit hujung piping bag dan picit adunan telur ke dalam periuk berisi air gula.
6. Dengan menggunakan lidi, angkat jala mas dan letak dalam tapis.
Ads
7. Ulang hingga habis. Kemudian bolehlah digunakan untuk membuat Puding Raja.
Tengah usha PENGISAR baru ke tu? Meh pilih dekat SINI. RASA senaraikan pilihan terbaik buat anda. Ada banyak pilihan & pastinya pada harga mampu milik.
Jom cuba resipi bawah ni. Memang mudah, sedap & gerenti jadi.
Agar-Agar Santan Gula Melaka memang digemari ramai kerana rasanya yang lemak manis dan teksturnya yang lembut. Tak guna banyak bahan, tetapi hasilnya sangat sedap dan menarik. Hidangan ini juga sesuai untuk majlis keraian atau jamuan keluarga. Jika anda suka manisan tradisional, jom cuba buat sendiri agar-agar santan gula melaka ini di rumah!
Bahan-Bahan Agar-Agar Santan Gula Melaka
30gm agar-agar bertali
2 mangkuk air
2 biji telur
1/2 kole atau mug santan pekat
1 1/2 cawan gula melaka + sedikit gula putih
Daun pandan
Secubit garam
Loyang
Cara Memasak Agar-Agar Santan Gula Melaka
Rendam agar-agar tali dalam air basuhan beras sehingga kembang. Toskan airnya.
Masak gula melaka bersama air secukupnya, gula putih dan daun pandan. Jadikan 1 cawan air gula yang agak pekat, kemudian ketepikan.
Rebus agar-agar bersama air mengikut sukatan. Tambah sedikit garam. Biasanya jika guna 1 mangkuk agar-agar, sukatan airnya adalah 2 mangkuk. Masak hingga larut.
Satukan telur dan santan ke dalam pengisar dan pukul hingga kembang. Tuang ke dalam periuk agar-agar bersama air gula melaka.
Masak dan kacau sehingga adunan betul-betul nampak berkepala (santan dan telur mula pekat).
Padamkan api dan tuang ke dalam loyang yang telah disediakan.
Sejukkan agar-agar sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
Bila sudah keras, potong dan sedia untuk dinikmati.
Tip Memasak Agar-Agar Santan Gula Melaka
Gunakan air basuhan beras untuk melembutkan agar-agar. Jika nak masak keesokan hari, boleh rendam semalaman.
Sejukkan loyang dalam peti sejuk sebelum menuang adunan agar-agar supaya ia membeku lebih cepat.
Kuantiti gula boleh diubah mengikut cita rasa. Lebih banyak gula melaka digunakan, lebih gelap warna agar-agar yang dihasilkan.
Kredit resipi & foto: Jamal dan Asmahan
Agar-Agar Santan Gula Melaka bukan sahaja mudah disediakan, malah rasanya sangat menyelerakan. Cubalah resipi tradisional ini dan nikmati keenakan manisan klasik yang sentiasa menjadi kegemaran ramai.
Menu minum petang atau sesuai juga untuk sajian pagi. Walaupun ianya nampak mudah, resipi kali ini ada istimewanya. Perkongsian dan olahan resipi ini di ambil dari resipi baba dan nyonya dan terhasillah hidangan yang enak ini. Selamat mencuba!
RESIPI CUCUR UDANG GERAGAU
BAHAN-BAHAN:
200g (1 1/3 cawan) tepung serbaguna
2 sdt serbuk penaik (baking powder)
1 sdt serbuk kunyit
1 sdt serbuk cili
1 gelas (230 ml) air
4 sdb udang geragau kering
Sebiji bawang besar (hiris halus)
Setangkai cili merah (buang biji & hiris)
Setangkai cili hijau (buang biji & hiris)
1/2 batang lobak merah (sagat halus)
3 tangkai daun ketumbar/ daun bawang/ daun kucai (hiris halus)
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Bersihkan udang geragau kering dari kekotoran. Bilas & tuskan.
Campurkan ke semua bahan ke dalam mangkuk & masukkan air sedikit demi sedikit.
Kacau rata sehingga mendapatkan konsistensi adunan yang baik. Adunan hendaklah tidak terlalu pekat & tidak juga terlalu cair.
Panaskan minyak. Ambil adunan lebih kurang satu sudu besar & goreng dengan menggunakan api sederhana di dalam minyak yang banyak. Balik-balikkan cucur sekali-sekala ketika menggoreng hingga berwarna keemasan & masak. Angkat & tuskan minyak berlebihan sebelum dihidangkan.
Nota: – Udang geragau segar biasanya digunakan untuk membuat cencaluk. Udang geragau kering boleh didapati di pasaraya. Sekiranya tiada, boleh juga digantikan dengan udang kering yang ditumbuk, ikan bilis atau udang segar yang dicincang. – Anda juga boleh tambahkan tauge atau jagung ke dalam adunan cucur.
Ramadan dan Syawal bakal menjelang. Rasa tak lengkap tanpa adanya biskut Almond London ni. Kombinasi rasa coklat dan kacang badam rangup, memang sedap sangat. Menurut empunya resipi, cara yang dikongsi sangat mudah kerana tidak memerlukan mesin pengadun. Malah sukatannya juga menggunakan cawan sahaja. Wah..mesti sedap kan. Jom cuba resipi perkongsian saudari Fazilah Zakaria ni. Pasti puas hati.
RESIPI ALMOND LONDON
BAHAN A:
1 cawan buttercup
3/4 cawan gula ising – kalau tak nak manis, boleh kurangkan
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
BAHAN B:
2 ½ cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu makan tepung beras
1 sudu teh serbuk penaik
3 sudu makan serbuk badam
BAHAN C:
2 cawan coklat masakan – cairkan guna kaedah double boiler
Kacang badam secukupnya – panggang dalam ketuhar pada suhu 150C selama 15 minit
CARA MEMASAK:
1. Gaul bahan A sampai sebati guna senduk kayu sahaja. Kemudian masukkan bahan B sedikit demi sedikit sambil diuli. Kalau doh lembik, boleh tambah tepung. Kalau keras, boleh tambah sedikit mentega. Uli jangan lama. Cukup sekadar sampai doh tak melekat di tangan sahaja.
2. Cubit doh, gentel dan masukkan 1biji kacang badam. Saiznya ikut kesukaan anda. Buat hingga habis dan susun biskut dalam dulang pembakar.
3. Bakar biskut pada suhu 170C selama 25 minit. Masa mungkin berbeza ikut jenis dan saiz ketuhar masing-masing.
4. Bila biskut dah masak, sejukkan terlebih dahulu. Bila dah sejuk, boleh celupkan dalam coklat.
5. Letak biskut dalam cawan kertas dan boleh dihias dengan badam cincang. Biarkan coklat keras sebelum dimasukkan ke dalam balang kedap udara.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!