
Isi Kandungan
ToggleKuih gunting ini rangup dan krup krap bunyinya bila dikunyah. Hanya guna air fryer. Mudah dan menjimatkan masa.
Ada yang panggil kerepek gunting. Sedap dijadikan kudapan pada hari raya nanti. Sambil bersembang, mulut kunyah kuih ini. Boleh buat leka tau.
Boleh ikut resipi yang dikongsikan oleh puan Eniza M. Salim ini (Kredit juga untuk Ai Haiza Abdul Jabar). Bahannya juga ringkas saja.
Kuih Gunting Rangup Krup Krap Gun Air Fryer
Bahan-Bahan:
1 paket tepung cucur Adabi udang atau ikan bilis
3 sudu besar tepung gandum – boleh beli online di sini
1 sudu besar minyak masak ( atau 2 sudu majerin) – boleh beli online di sini
Daun sup (hiris)
Daun kari
Air sejuk (dari peti ais)
Cara Memasak:
Campurkan semua bahan di atas. Air agak-agak sampai tepung boleh diuli hingga membentuk doh. Pastikan air yang digunakan itu memang sejuk ye. Baru dapat hasil yang crunchy.
Ambil doh dan gunting kecil-kecil.
Setelah itu, masukkan ke dalam air fryer (boleh beli on;ine di sini) dan bakar pada suhu 170 selama 15 minit.
Goncang-goncangkan selepas 10 minit untuk membolehkan ia masak sekata dan sambungg bakar lagi antara 5-10 minit. Ia bergantung pada air fryer masing-maaing ye.
Biarkan betul-betul sejuk baru masuk balang. Memang rangup.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Mudah Je Buat Keropok Bawang, Nasi Dan Bawang Putih Wajib Ada
Kerepek Tempe Rangup Rasa Berempah, Ini Teknik Hirisannya Nipis
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di
Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Resipi Bebola Bergedil Ayam Sedap, Buat Begini Confirm Puas Makan

Isi Kandungan
ToggleBagi penggemar Bergedil, resipi Bebola Bergedil Ayam perkongsian saudari Har Ryea harus anda cuba. Sangat mudah dan sedap. Sesuai dinikmati bersama Soto atau Bihun Sup.
Jika tiada dimakan bersama Soto atau Bihun Sup, nikmati begitu sahaja pun boleh. Cicah sambal kicap, memang enak tak terkata. Jom cuba!
RESIPI BEBOLA BERGEDIL AYAM SEDAP
BAHAN-BAHAN:
6-7 biji kentang – dipotong dadu – beli online disini
Sedikit garam
Sedikit lada sulah – beli online disini
Isi ayam kisar secukupnya
Hirisan daun sup
Hirisan lada merah
Hirisan bawang merah
3 biji telur
Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1. Goreng ubi kentang yang sudah dipotong dadu. Lenyek-lenyekkan dalam mangkuk.
2. Masukkan sedikit garam, lada sulah, isi ayam kisar, hirisan daun sup, hirisan lada merah, hirisan bawang merah, sebijik telur dan bawang goreng. Gaulkan semua bahan.
3. Bulat-bulatkan adunan macam bebola daging. Simpan dalam bekas & masukkan dalam peti sejuk sekejap (1/2 jam) sebelum digoreng.
4. Pukul 2 biji telur dalam mangkuk.
5. Panaskan minyak, celupkan bergedil tadi kemudian bolehlah digoreng.
6. Bila sudah kuning keemasan, bolehlah angkat.
7. Bebola Bergedil Ayam enak dimakan bersama Soto sedap dan juga sambal kicap.
Kredit resipi & foto: Har Ryea
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Nasi Beriani Ayam Telur Rebus Sedap, Sebutir-Sebutir Nasinya Memang Gebu
Resipi Tauhu Bergedil Berlauk, Cicah Sambal Kicap Memang Padu
Chicken Chop Crispy & Sos Cendawan Sedap. Langsung Tak Guna Minyak
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Pembantu Rumah Kongsi Resipi Kacang Goreng Bawang Putih Sedap Dari Seberang

Kacang Goreng Bawang Putih merupakan salah satu snek yang jadi kegemaran ramai. Sangat sedap dan ralit bila dimakan. Rangup dan ada rasa bawang putih, membuatkan sesiapa yang mencubanya susah untuk berhenti makan. Menerusi perkongsian saudari Xiyans Muhamad, beliau kongsikan resipi Kacang Goreng Bawang Putih sedap yang diperolehi dari pembantu rumah kepada kawannya. Memang sedap dan mudah. Jom lihat cara-caranya.
RESIPI KACANG GORENG BAWANG PUTIH
BAHAN-BAHAN A:
Kacang tanah tanpa kulit – beli online disini
5 ulas bawang putih kisar – beli online disini
1 mangkuk kecil daun limau purut
1 kotak kecil santan – beli online disini
8 cawan air
2 sudu makan garam
2 sudu makan gula
BAHAN B:
8 ulas bawang putih – cincang
Air garam
CARA MEMASAK:
1. Ambil bawang putih cincang dan kacau dalam air garam selama 5 saat. Toskan. Ia bertujuan supaya bawang putih tidak hangit bila digoreng. Panaskan minyak dan goreng bawang putih hingga garing.
2. Bawang putih yang telah siap digoreng.
3. Basuh kacang dan bilas selama 4-5 kali. Toskan.
4. Satukan air, bawang putih kisar, daun limau purut yang telah dikoyak-koyakkan, santan, garam dan gula. Gula tidak perlu banyak kerana jika digoreng akan menyebabkan kacang mudah hangus. Panaskan campuran ini.
5. Bila santan sudah mendidih, rasa. Jika kurang masin, tambah garam. Kemudian padamkan api. Tuang kacang yang telah ditoskan tadi.
6. Rendam kacang selama 1 – 1 1/2 jam. Pastikan kacang tenggelam. Jika air kurang, boleh tambah air panas.
7. Bila sudah cukup masa rendaman, toskan kacang tadi. Tidak perlu bilas ya. Toskan sahaja.
8. Panaskan minyak dengan banyak. Untuk tahu minyak sudah masak atau tidak, masukkan sebiji kacang. Jika timbul, itu tandanya minyak sudah cukup panas.
9. Goreng kacang dengan api sederhana dan selalu dikacau. Bila kacang nampak perang, boleh angkat dan toskan minyaknya.
10. Sejukkan kacang di dalam dulang. Tabur bawang putih goreng dan sedikit garam. Gaul mesra.
11. Kacang Goreng Bawang Putih siap disediakan dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Xiyans Muhamad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Asam Pedas Ikan Kerisi. Resipi Orang Pantai Timur Yang Sangat Sedap
Masak Sayur Pedas Timun Ikut Resipi Arwah Mak. Sedap Tak Terkata
Resipi Sambal Goreng Sayur Yang Sedap & Menyelerakan. Semua Cukup Rasa!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Koleksi Resipi Snek Homemade Sedap & Mudah Boleh Buat Untuk Anak

Koleksi resipi snek yang ibu-ibu kena cuba. Maklumlah, bila tibanya cuti sekolah, riuh rendah rumah dibuatnya. Masa inilah kaum ibu ‘terlebih’ sibuk di dapur sebab kaki makan tengah ramai berkumpul. Memang meriah! Snek antara hidangan ringan yang menjadi kegemaran anak-anak namun kebanyakan snek beku yang dijual di pasaran, kurang bagus untuk kesihatan kerana mengandungi kandungan garam serta MSG yang tinggi.
Bagi anda yang mementingkan kualiti makanan yang dihidangkan, anda boleh menyediakan aneka resipi snek ini secara homemade. Mudah je! Jom cuba.
1. NUGGET AYAM TEMPURA
BAHAN-BAHAN:
- 700gm isi dada ayam | potong kecil
- 2 biji telur
- 5 ulas bawang putih
- 2 biji bawang merah saiz sederhana
- Serbuk lada hitam secukupnya
- 3 sudu makan tepung ubi kayu
- Garam dan perasa ( jika suka) secukupnya
- Tepung goreng serbaguna secukupnya
- Sedikit mentega
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus. ( boleh guna food processor jika ada. Jika tiada, boleh guna pengisar biasa.)
2. Ambil loyang bersesuaian dan sapukan sedikit mentega.
3. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama30 minit.
4. Setelah masak, keluarkan kek nugget tadi dari loyang.
5. Potong kek nugget mengikut saiz yang digemari.
6. Bancuh tepung serbaguna dengan air. Jangan pekat sangat dan jangan cair sangat supaya nugget boleh disalut dengan sekata.
7. Celupkan nugget dalam tepung serbaguna dan goreng hingga garing.
8. Selain goreng, nugget juga boleh di gril.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Noor Liyana
2. CHEWY CHEESE SPINACH
BAHAN-BAHAN:
- 250gm keju Mozarella parut (jika beli yang ketul, parutkan supaya senang cair.)
- 250gm krim keju
- 1 cawan daun bayam racik (daun sahaja tanpa batang.)
- 1 sudu makan mentega
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu teh lada hitam | tumbuk halus
- 1 sudu teh garam halus
BAHAN SALUTAN:
- 1/2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur | dipukul
- 1 cawan serbuk roti oren
Nota:
** Nak tambah isi ayam cincang pun boleh.
** Nak gantikan bayam dengan daun sawi pun boleh.
** Nak guna carrot pun sedap. Caranya ialah parut halus dan perah sikit airnya.
** Nak guna brokoli pun ok. Ambil kepala brokoli tu cincang halus.
** Nak campur pun ok sangat-sangat. Ikut citarasa masing-masing.
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan bawang putih. Biar naik bau. Masak guna api perlahan sahaja bagi elakkan bawang garing.
2. Masukkan keju mozarella dan krim keju. Kacau hingga cair.
3. Bila keju dah cair, masukkan daun bayam, lada hitam dan garam secukup rasa. Kacau rata hingga bayam agak layu dan bertukar warna hijau gelap.
4. Masukkan ke dalam bekas bersesuaian yang tidak melekat. Boleh juga sapukan sedikit minyak pada bekas. Jika nak buat bentuk bulat, kepal semasa keju masih panas. Sebab jika dah sejuk, susah nak bentukkan keju tersebut.
5. Tekan-tekan keju supaya rata. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama 30 minit sehingga set.
6. Bila dah pejal, potong keju menjadi kepingan serta saiz yang digemari. Sebaiknya jangan terlalu tebal atau nipis. Jika tak nak potong, boleh juga terap menggunakan ‘cookies cutter’. Bentuknya cantik nanti.
7. Salutkan dengan 1/2 cawan tepung gandum.
8. Kemudian celupkan ke dalam bancuhan telur. Ulang poses beberapa kali. Urutannya ialah: tepung – telur-tepung-telur.
9. Salut pula dengan dengan serbuk roti berwarna oren hingga rata.
10. Simpan kepingan keju di tempat beku selama 15 minit sebelum digoreng.
11. Panaskan minyak dan goreng dengan api perlahan hingga kekuningan. Jika nak ‘frozen’kan pun boleh.
Kredit resipi & foto: Asha Zainudin
3. ROTI JOHN MINI
BAHAN-BAHAN:
- 200gm daging kisar
- 4 biji telur
- 1 biji bawang besar | potong dadu
- 2 biji ubi kentang | potong dadu
- 1 kiub pati ayam
- 1 paket kecil rempah sup
- Garam secukup rasa
- 1 sudu makan marjerin / mentega
- Daun sup dan daun bawang secukupnya
- Roti frankfurter
- Mayones secukupnya
- Sos cili secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan mentega @marjerin .
2. Masukkan bawang besar.Tumis sampai sedikit layu.
3. Masukkan kentang yang dipotong dadu. Kuantitinya ikut citarasa. Nak lebihkan pun boleh.
4. Kemudian masukkan daging kisar.Gaul sekata.
5. Masukkan kiub pati ayam. Kacau lagi hingga larut.
6. Selepas semua bahan kelihatan mesra, masukkan rempah sup.
7. Perasakan dengan sedikit garam. Guna sedikit sahaja kerana kiub pati ayam tadi telah memberikan rasa masin.
8. Lepas dah siap masak, pecahkan telur dan campurkan dengan inti yang siap dimasak tadi. Selebihnya simpan dalam peti sejuk dan boleh tahan sebulan.
9. Tambahkan sedikit daun sup dan daun bawang.
10. Potong roti ,belahkan jadi 2 macam dalam gambar.
11. Masakkan inti di dalam kuali. Jumlahnya ikut citarasa masing-masing.
12. Setelah inti kelihatan sedikit masak, letakkan 2 keping roti. Kemudian terbalikkan.
13. Ini rupa roti dengan inti yang dah diterbalikkan.
14. Sapukan mayones dengan secukupnya.
15. Seterusnya sapukan sos cili mengikut citarasa.
16. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Nurul Shuhada Nsar
4. TEMPE GORENG REMPAH
BAHAN-BAHAN:
- Ketumbar
- Jitan manis
- Bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam
- Tepung gandum
- Air
INFO: Ikut sukatan berapa banyak tempe (Dikisar atau ditumbuk)
CARA MEMASAK:
1. Potong tempe mengikut ketebalan yang dikehendaki.
2. Bancuh bancuhan dengan bahan-bahan kisar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.
3. Masukkan tempe yang sudah dibelah ke dalam bancuhan.
4. Panaskan minyak dan gorengkan tempe sehingga keperangan.
5. Bila tempe sudah garing boleh angkat dan toskan.
INFO:
- Boleh makan begitu saja atau sedap cicah dengan sos atau sambal kicap.
- Makain nipis tempe dipotong makin rangup bila digoreng.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Chinta Eyja
5. BEGEDIL AYAM
Buat dulu stok begedil dan disimpan dalam freezer dan digoreng bila hendak makan. Begedil sesuai makan dengan soto atau bihun dan boleh juga makan sebagai lauk. Sedap juga makan begitu sahaja dicicah dengan sambal kicap.
BEGEDIL AYAM
BAHAN-BAHAN
- 5kg kentang
- 1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
- 200g bawang goreng
- 200g daun sup
- Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
- garam
- gula
- serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
1. Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
2. Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
3. Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
4. Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
5. Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
Info: Pernah rebus kentang tapi bergedil cepat basi.
Kredit resipi & foto: Izany Izhas
6. SOSEJ AYAM
BAHAN-BAHAN:
- 1 kg isi ayam
- 1 1/2 sudu teh garam
- 3 ulas bawang putih
- 1/2 sudu teh lada sulah
- 1/2 sudu teh thyme
- 1/2 sudu teh oregano
- 1 tangkai cili kering ( nak pedas letak lebih, yang serbuk pun boleh )
- 1 gelas air / stok ayam
* Anda boleh tambah atau tukar bahan mengikut kreativiti masing-masing.
Saiz gelas plastik untuk menyukat air / stok ayam
CARA MEMASAK:
1. Kisar semua bahan hingga halus dan sebati.
2. Masukkan dalam piping bag, picit memanjang diatas cling flim. Gulung kemas, pusingkan hujung cling flim hingga ketat dan padat. Ikat kuat kanan dan kiri.
3. Didihkan air, rebus dalam 10 minit. Angkat dan rendam dalam air ais sebentar.
4. Tos dan buka balutan cling flim tadi. Bolehlah di goreng atau pan fried. Sosej ini juga boleh disimpan beku.
Kredit resipi & gambar: Siti Zarina Jaidon
7. CHEESY BALL
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji ubi kentang
- 1 blok keju mozarella | dipotong kiub
- 1 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan minyak masak
- 3 biji telur | dipukul
CARA MEMASAK:
1. Kupas ubi kentang dan rebus. Setelah empuk, lenyekkan hingga hancur. Letak sedikit garam jika perlu.
2. Kemudian masukkan minyak dan tepung gandum. Uli. Jika terlalu lembik, tambah tepung gandum sedikit demi sedikit.
3. Cubit adunan tepung tadi dan leperkan. Kemudian isikan dengan keju.
4. Bulatkan adunan sebegini.
5. Celup bebola ke dalam bancuhan telur.
6. Kemudian golekkan di dalam bekas beriswi serbuk roti hingga rata.
7. Celup sekali lagi dalam adunan telur.
8. Salutkan sekali lagi dalam serbuk roti. Ulang proses sehingga semua bahan habis.
9. Panaskan minyak dan goreng bebola keju menggunakan api sederhana sehingag kekuningan.
10. Sedia untuk dinikmati. Mengancam sungguh!
Kredit resipi & foto: Che Kelly Muhamad
8. TWISTER ALA KFC
BAHAN-BAHAN:
- Roti tortilla – dibakar sekejap dalam kuali non stick selama 2-3 minit
- Isi ayam bahagian dada – digoreng tepung
- Mayones secukupnya
- Sos Thousand Island secukupnya
- Daun salad secukupnya
- Tomato – potong dadu
- Lobak merah – disagat
- Timun – disagat
- Keju – ikut citarasa. Tak nak pun tak mengapa
BAHAN PERAP AYAM
- Tepung gorengan serbaguna
- Telur – dipukul
- Bahan perasa
CARA MEMASAK:
1. Ambil isi ayam dan perapkan dengan sedikit perasa. Biarkan selama 15-30 minit.
2. Kemudian celupkan isi ayam dalam bancuhan telur dan golekkan dalam bekas berisi tepung serbaguna.
3. Celup dalam bancuhan telur sekali lagi diikuti tepung serbaguna. Tekan-tekan sedikit ayam tadi kemudian goreng dalam minyak hingga garing dan berwarna keemasan.
4. Untuk menyediakan twister, ambil roti tortilla dan bakar seketika di atas kuali non stick. Ia bertujuan untuk memudahkan proses menggulung.
5. Sapu mayones pada keseluruhan roti tortilla.
6. Susun daun salad, lobak merah, timun dan tomato. Kemudian paipkan sos Thousand Island dengan secukupnya.
7. Susun kepingan isi ayam yang digoreng tadi diikuti kepingan keju. Balut dengan kemas.
8. Bakar gulungan Twister sekali lagi untuk mencairkan keju. ( boleh bakar guna kuali non stick sahaja.) Jika tak nak bakar pun tak apa.
9. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Mastura Razali
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Cara Buat Ayam Masak Ungkep Yang Sedap, Pedas & Membuka Selera
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official