Inti sardinni tak susah pun untuk membuatnya. Jika tahu cara dan teknik yang betul, karipap sardin yang anda buat pasti kelihatan elok dan tidak bocor ketika digoreng. Terasa nak cuba? Ha…Jom kita lihat cara-cara membuat inti sardin untuk karipap perkongsian FB Che Kelly Muhamad. Malah jika ada lebihan, anda juga boleh gunakan inti yang sama untuk menghasilkan Sardin Roll, Roti Goreng, Popia dan sebagainya. Just be creative. Selamat mencuba!
CARA BUAT INTI KARIPAP SARDIN
BAHAN-BAHAN:
4 tin sardin | asingkan kuah dan isi ikan
6 ulas bawang putih | ditumbuk
5 biji bawang merah besar | dihiris
Minyak untuk menumis
Serbuk cili secukupnya
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih seketika.
Ads
2. Kemudian masukkan masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
3. Seterusnya masukkan serbuk cili, garam, gula dan serbuk perasa. Jika mahu letak cili boh atau cili api pun boleh. Masak hingga sebati.
4. Masukkan ikan sardin yang telah ditapis kuahnya. Lenyek hingga sedikit hancur.
5. Setelah berpuas hati dengan rasa serta semua bahan telah masak sepenuhnya, tuang inti sardin ke dalam bekas berlubang. Tujuannya untuk menapis lebihan cecair yang ada pada inti. Jika tidak, bila inti diisi pada doh, kulit karipap akan berlubang dan bocor kerana intinya basah.
Ads
6. Setelah inti sardin sejuk, bolehlah disudukan pada kulit karipap dan kelim dengan kemas.
7. Sedia untuk digoreng dan dinikmati.
Ads
Info chef: 1 tin sardin boleh menghasilkan inti untuk 30-35 biji karipap bergantung pada jumlah yang anda isi.
Buat Tokoyaki sendiri, macam tak percayakan? Tapi ini bukan mustahil kerana Puan Liza ni, dah buat dan menjualnya lebih sembilan tahun. Malah beliau sudi pula berkongsi resipinya untuk anda cuba sendiri di rumah. Moga perkongsian resipi ini menjadikan rezeki Puan Liza bertambah ye..
TAKOYAKI
BAHAN-BAHAN (26-30 biji) 1 cawan tepung gandum 1 1/2 sudu makan tepung jagung 2 biji telur 1 3/4 cawan air 1 sudu makan serbuk perasa ayam 1 sudu teh garam 2 sudu makan minyak masak 1 sudu teh paking powder BAHAN INTI : Sotong/ udang/ crab stick/ sosej Daun bawang | hiris nipis Kobis bulat | mayang halus Carrot diparut halus BAHAN SOS TAKOYAKI: 1/2 cawan sos tomato 1/2 cawan air 1/2 cawan kicap kipas udang 1 sudu makan tepung jagung 1/2 cawan gula Madu secukupnya BAHAN HIASAN: Sos Tokoyaki Mayones Bonito Flakes | boleh beli di pasar di bahagian makanan Jepun atau di shopee.
CARA MEMBUAT:
Campurkan semua bahan-bahan dalam besar.
Kacau dan sebatikan dengan whisk sampai semua larut
Tutup dan simpan dalam peti sejuk selama setengah jam.
Sediakan bahan inti pula.
Panaskan acuan takoyaki (boleh cari di shoppe) dan sapukan minyak masak di setiap lubang.
Curahkan adunan dalam lubang dalam 3/4 penuh.
Letakkan inti sotong/udang/ crab stick/sosej di setiap lubang.
Taburkan carrot, daun bawang dan kobis.
Curahkan lagi adunan sampai agak-agak nak melimpah
Pusingkan bebola takoyaki tu sampai dapat bentuk bebola (adunan yang berlebih-lebih tu sumbat-sumbat masuk dalam lubang acuan.
Pusing dan pusingkan bebola takoyaki sampai bentuk bulat.
Renjis-renjiskan dari masa ke masa minyak masak di celah-celah acuan.
Teruskan sampai nampak garing
Angkat takoyaki ke pinggan hidangan
Untuk sediakan sos, campur semua bahan dalam periuk, kacau sebati dan panaskan atas api sederhana hingga mendidih dan pekat.
Angkat, tambahkan madu dan gaul rata. Bila sejuk masukkan dalam botol sos untuk mudah drizzle atas Tokoyaki nanti.
Drizzle sos Tokoyaki, mayones di atas Tokoyaki dan hias di atasnya dengan bonito flakes
Mulut terasa nak kunyah sesuatu untuk minum petang. Fikirkan bahan apa yang ada di dapur dan menu yang boleh dihasilkan. Nampak ada yis jadi bolehlah buat apam kampung. Dah lama mengidam nak merasa apam kampung buatan sendiri.
Resipi Apam Kampung
Bahan-Bahan A
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
2 helai daun pandan (masak dengan air kemudian tapis)
# campurkan air, gula merah, dan gula pasir kemudian masak hingga larut lepas itu tapis dan sejukkan.
Bahan-Bahan B
1 sudu kecil gula halus
11 gm yeast mauripan
1/2 cawan air suam
# pada bekas lain satukan semua bahan B kemudian kacau rata selama 4 minit atau hingga berbuih, biarkan sekejap.
Bahan Bahan C
4 cawan tepung gandum
secubit garam
Cara memasak:
1. Siapkan bekas yang besar kemudian masukkan semua bahan C ke dalam bekas dan masukkan air gula (bahan A) lepas itu kacau hingga sebati menggunakan whisk.
2. Apabila sudah sebati masukkan bahan B dan gaul hingga sebati kemudian perap selama lebih kurang 1 jam.
3. Siapkan loyang bersaiz 11 inci yang sudah disapukan minyak dan tuang adunan ke dalam loyang, supaya air kukusan tidak menitis pada apam tutup loyang dengan kertas alumunium.
4. Kukus adunan dengan api besar selama 35 – 45 minit atau hingga masak. Akhir sekali, angkat dan biarkan sejuk.
5.Nak makan tabur kelapa parut.
*Kelapa parut kukus sebentar dan tabur sedikit garam
Teringin nak buat kuih cara manis tapi tiada telur atau santan di dapur. Usah kempunan, kita tetap boleh membuatnya tanpa dua bahan ini. Caranya boleh guna resipi Aida Bani.
Cara buat kuih cara manis tanpa santan dan telur
Bahan-bahan
Dua cawan tepung gandum
Dua cawan air pandan
Secubit garam
Satu sudu kecil minyak masak
Pewarna hijau sikit
Bahan inti
Gula secukupnya
Cara memasak
1. Satukan semua bahan, kisar hingga sebati kemudian tapis.
2. Panaskan acuan kuih cara manis yang telah disapu dengan minyak atas dapur.
Kecilkan api.
3. Tuang adunan kuih cara, kemudian bubuh gula di tengah-tengah.
4. Tutup acuan guna penutup periuk dan biarkan sampai masak. Siap.